Hampir setahun buat research pasal shaklee,buat bacaan dari google.Tanya kawan-kawan.Tengok post-post kawan yang menjual shaklee di facebook.Terdetik kata hati mahu mencuba.Tapi tidak berani!
Saya adalah sejenis yang tidak pernah ambil apa-apa produk kesihatan seumur hidup waktu tu. Tolak waktu kecil lah,sebab tidak ingat kan haha,mungkin ada juga vitamin kena bagi mumy dady.Tapi bukan secara konsisten lah.So dari kecil memang tidak ada pendedahan makan vitamin pun. Jadi terbiasalah sudah tidak makan vitamin,kalau jatuh sakit pun makan ubat saja.
Dalam soal siasat saya tu pasal sahklee,kerap lagi bertanya dengan kawan-kawan,ipar dan husband baguskah tidak shaklee ni. Jawapan mereka,selagi tidak cuba tidak tahu. Maka saat itu,saya buat keputusanlah untuk mencuba juga.
Jadinya,hujung tahun 2013,bertarikh 18/12/2013 saya mendaftarkan diri jadi ahli shaklee dibawah upline saya Wilhelmina. Memilih dia sebab,rajin dia post-post shaklee di facebook waktu itu. Lagipun sama-sama orang Tenom hihi.
Dipendekkan cerita,register ahli tu hasil invest dari husband juga. Thank you husband. Sampai saat ini dia tidak pernah stop support saya. Produk pertama saya beli lepas jadi ahli tu adalah SR Vitamin c. Beli tu sebab saya mahu kasih bagus kulit waktu tu.
Saya ada masalah kulit kusam,kulit gelap,berjerawat,berjeragat. Saya tidak pernah pakai apa-apa jenis skincare juga (Part ni nanti mahu story lain entri). So,mencubalah saya makan supplemen.Sebab baca Vitamin c tu pun bagus untuk kulit.
2 Minggu selepas amal Vitamin c,jerawat nonstop keluar. Tapi kulit ada nampak keceriaanya sudah. Semakin glowing. Tapi!! jerawat pula tidak bagi kerjasama. Jadi,balik kepada upline lagi. Soal siasat kenapa jadi begitu. Upline pun bagitahulah,badan kena flush out toksin. Toksin tu pula menganggu penyerapan Vitamin c dalam badan. So dia suggestlah buat detox badan. Ambil supplemen detox. Masa tu dia suggest ambil Alfalfa. Sebab alfalfa ni bagus untuk daily detox,buang angin dan sebagai pelawas. Maka produk kedua saya beli adalah alfalfa. Konsisten makan dua tu sampailah saya dapat kesannya. No doubt! it works well. Jadi saya teruskan pengamalan supplemen tanpa henti,sehinggalah saat ini.
Asbab dua produk inilah,saya terus terjebak untuk belajar ilmu-ilmu nutrisi yang ada dalam shaklee. Ini yang buatkan saya jatuh cinta NAMATEEEE sama shaklee :). Sambil makan produk sambil belajar ilmu nutrisi. Lebih ideal begitu.
Okaylah,sekian story perkenalan saya dengan shaklee. Banyak lagi mahu share lepas ni. Nantikan di next entri ya :)
Ohyaa,saya adalah loyal consumer shaklee merangkap seller sah shaklee juga. Bagi yang mahu mencari produk kesihatan baik punya. Jangan lupa contact Ivy ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan