Khamis, 9 Februari 2023

INTERMITTENT FASTING

Sejak menjak ini,banyak sangat kita dengar tentang misi-misi mahu kurus sana sini kan?.Siap ada group-group,ada ebook,ada kelas-kelas bersemuka untuk ilmu dan teknikal. Syukur,itu nampaknya ramai yang sudah memilih untuk menjalani kehidupan lebih sihat kan. Happy juga dengar,sekaligus kita pun boleh terjebak mahu join sekaki.Termasuklah saya hehe. 

Tapi kali ini,saya terpanggil untuk buat coretan tentang INTERMITTENT FASTING. 





Intermittent Fasting ini secara ringkasnya dikenali sebagai sejenis kaedah diet yang sangat diminati ramai msuim ini. Ini sebab,cara yang diguna pakai dalam kaedah ini sangatlah mudah untuk dibuat. Saya juga tertarik dengan cara IF ini dibuat.

Bagaimana teknik atau cara yang betul untuk buat Intermittent Fasting atau IF ini?

okay,jom..



Dalam Intermittent Fasting ini,dikelompokkan atau dibahagikan kepada 4 waktu ideal ;

PERTAMA : 12 JAM

> Secara ringkasnya,IF 12 jam ini adalah waktu yang sangat basic untuk jangka waktu permulaan bagi yang ingin mencuba IF.

> Jenis waktu ini,menurut para penyelidik.Berpuasa antara 10jam sehingga ke 16jam boleh menyebabkan tubuh mengubah lemak kepada tenaga.Ini boleh mendorong kepada penurunan berat badan secara optimum.

Waaaa!!!! So simple way kan? Mahu kurus tidak payah stress-stress buat IF saja pun sudah best.
Baru 12jam. Mari kita tengok jam seterusnya pula.

KEDUA : 16 JAM

> Puasa 16 jam ini lebih dikenali dalam kaedah 16:8.
Dimana 16 jam sehari,meninggalkan waktu malam selama 8 jam jarak.

>Dalam kaedah 16:8 ini biasanya orang akan menghabiskan makan malam sebelum jam 8 dan tidak akan mengambil sarapan sehingga waktu makan tengah hari.

>Jenis waktu ini,memberi manfaat kesihatan dan kebaikan pada masalah kegemukan,keradangan dan juga yang ada masalah hati.

Lebih jam kita berpuasa semakin banyak manfaat kesihatan yang kita dapat elakkan dari terus menganggu hidup harian kita. Mesti amal baik-baik macam ni! Kejap! ada lagi ni hah. 





KETIGA : 24 JAM

>Kaedah ini dikenali sebagai EAT-STOP-EAT. Dimana satu keadaan kita tidak akan makan selama 24jam.

>Walaupun begitu,orang yang menggunakan kaedah ini masih boleh minum air kosong/putih dan tea yang mana ia dikategorikan dalam zero kalori pada waktu puasa.

>Jenis waktu ini boleh menyebabkan fugsi badan berada dalam fasa keletihan,rasa sakit kepala dan mudah rasa marah.Waktu ini sangat ekstrim.Namun kebiasaannya,orang yang menerima manfaat dari kaedah pertama dan kedua itu tadi sudah memadai buat IF dengan baik.





KEEMPAT : BERPUASA 2 HARI SEMINGGU

>Ada juga orang yang memilih untuk berpuasa selama 2 hari dalam seminggu.

>Biasanya orang yang menggunakan kaedah ini,membuat puasa secara selang hari.Contohnya hari isnin dan seterusnya hari rabu.Hari lain dijalankan seperti rutin biasa.

Yang ini pun best juga buat kan.Tapi mahu kena hati kental juga,takut tersasar hari hehe..








Dalam setiap kaedah yang diguna pakai sudah pasti memberi kebaikan dan manfaat kepada tahap kesihatan badan.

Kebaikan IF ;

1.Memperbaiki sistem pencernaan/penghadaman.
2.Meningkatkan imuniti badan.
3.Mencantikkan kulit tampak lebih sihat.
4.Memberi tenaga yang optimum.
5.Mengurangkan keradangan badan.
6.Membakar lemak yang optimum.
7.Dapat membina otot yang baik.
8.Autophagy

Bila dapat buat IF dengan teknik yang betul,kita akan dapat ;

> Pastinya dalam tempoh berpuasa,sel-sel badan sedang 'Makan' sel-sel yang lain.

>Dalam tempoh berpuasa kalori,masa itulah dimana akan berlaku proses pembakaran lemak secara semulajadi.Ini terjadi kerana badan akan menggunakan tenaga yang disimpan atau dikenali lemak yang membekalkan tenaga kepada badan.

Bestnya dapat praktikan kaedah IF ini dalam rutin harian kita. Bila sudah terbiasa buatkan,kita dapat adapt baik-baik,sekaligus manfaat kesihatan itu kita dapat juga.

Orang cakap KONSISTEN PASTI BERHASIL.

Ohya,selain info dari saya. Boleh juga baca di artikel lain tentang Intermittent Fasting ini.

Jangan lupa untuk share ya ;)


#blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi










 
































4 ulasan:

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...