Khamis, 30 Mac 2023

IDEA MENU SAHUR YANG SIHAT LAGI BERTENAGA


"Banyak kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan yang kita boleh dapat dengan cara berpuasa. Salah satunya ketika berpuasa,ia memberi impak kepada tahap kesihatan otak kita terutamanya dalam meningkatkan daya tumpuan. Dalam masa yang sama,kita boleh fokus pada sesuatu yang baik apabila berada dalam keadaan perut yang kosong berbanding dengan perut yang penuh dan kenyang. 
Mengikut kajian lagi,bila keadaan perut yang penuh ia boleh melemahkan daya pemikiran kita menyebabkan kita mudah atau cepat mengantuk."

Kali ini saya mahu berkongsi sedikit tentang Menu sahur yang boleh membantu kawan-kawan dan keluarga beragama Muslim yang berpuasa untuk dapatkan idea menu sahur yang sihat dan memberi tenaga sepanjang berpuasa. Boleh juga diamalkan bagi mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat. 

Sarapan atau bersahur ini adalah waktu makan yang sangat penting bagi memastikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bertenaga supaya rutin harian kita berjalan dengan lancar sepanjang hari. So,jangan skip ya 😊

Kebiasaannya,menu-menu yang ringkas dan mudah ini akan menjadi pilihan utama dalam proses penyediaan. Disebabkan kekangan waktu untuk menyediakan sehingga tidak sempat bersiap ke hal yang lain,maka sebab itu orang sekarang mahukan yang lebih ringkas tetapi mampu memberi tenaga sepanjang hari terutama ketika berpuasa. 
Oleh itu,diharapkan dengan perkongsian ini bolehlah membantu mereka yang memerlukan idea-idea simple ini.


MENU-MENU SAHUR SIHAT DAN MUDAH

1. Scrumble Egg with Vege



Resepi ini tersangat mudah. Terutama yang memang liat sangat mahu bangun awal subuh. Ambil 2 biji telur,cukup portion untuk orang dewasa,dan sayur bayam. Kemudian boleh panaskan kuali dan masaklah telur tu ala-ala kacau-kacau sampai masak jadi hancur macam tu dan mixkan dengan sayur tadi. Bolehlah letak perasa seperti garam dan lada sulah. Optionlah kan. Siap! hidang panas-panas dan makan.

Menu ini boleh juga dimakan bersama dengan wholemeal bread atau sewaktu dengannya untuk bekalkan carbo kompleks pada badan.


2. Avocado spread boiled  egg with wholemeal bread


Menu yang paling simple dan tidak memakan masa yang lama untuk disediakan. Lecekkan avocado tu dengan sedikit minyak zaiton atau avocado oil bagi memberikan lemak sihat pada badan,dan rebuskan separuh masak telur. Sesudah itu,bolehlah sapukan lecekan avocado itu tadi ke atas bread dan toppingkan telur separuh masak ini ke atas bread tadi. Just so very nice!! sedap dan yummy. 

Bestnya menu ini padat dengan zat,mineral dan fibernya juga. So,badan tidak akan rasa lemau sepanjang berpuasa. Have good try!


3. Banana peanut butter wholemeal bread


The best and simple menu! Yang ini memang kegemaran sendiri juga. Dan memang amalkan ini kalau tidak mahu menjamah makanan yang berat-berat. Pemilihan menu ini sangat kaya dengan karbo,vitamin dan juga mineral. So kenyang! 

Sesuai dengan orang dewasa,warga emas dan juga kanak-kanak. 


4. Tortilla wrap 



Tortilla wrap juga salah satu cara paling simple untuk disediakan. Semudah abc gituu. Biasanya,saya akan buat resepi macam ni. Tortilla wrap,goreng telur dadar,potong-potong Avocado. Balutkan sekali semua. Siap boleh makan! 

Kaya dengan karbo ringkas,lemak sihat dan protein. Kenyang lama!


5. Protein shake


Esp mix susu kurma


Esp mix strawberry


Esp chia seed


Protein shake adalah menu yang tersangat paling simple antara semua pilihan yang ada. Yala,kita shake-shake saja lalu siap diminum dengan gembira.

Protein shake yang menjadi pilihan adalah ESP yang berasaskan daripada sumber tumbuhan iaitu soya. Diproduce secara tulen tanpa ada bahan suntikan pematang pada soya,tidak ada bahan pewarna,tidak ada gula tambahan dan kaya dengan 9 asid amino badan perlu.

 ESP ini juga sangat terbaik sebagai meal replacement. Kaya dengan mineral dan vitamin. So siapa yang terasa susah betul mahu bersiap cepat,bolehlah amalkan protein shake ini sebagai hidangan ringkas lagi bertenaga 😊

Selain ESP,ada juga pilihan lain iaitu Cinch shake. 




Cinch shake ini ada beza sedikit dengan ESP. Cinch shake ada 3 jenis perisa iaitu perisa coklat,perisa vanila dan perisa cafe latte. Kelebihan Cinch shake ini ia ada kandungan fiber dan juga leucine. Leucine ini membantu mengekalkan kepejalan otot dalam badan. Cinch shake juga sebagai meal replacement terbaik dan sangat direkomenkan sebagai menu sahur paling best,sihat dan bertenaga sepanjang hari. Kenyang lama dari biasa 😊.

Paling best juga boleh amalkan sekali Set Puasa shaklee. Boleh rujuk sini Set Puasa dan bertenaga shaklee.


6. Rolled overnight oats

 


Ada juga pilihan lain iaitu,rolled overnight oats. Menu sahur ini juga sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan pun. Option tu bolehlah add on dengan buahan dan mix nuts kegemaran masing-masing. 


KEBAIKAN BERPUASA 

Berpuasa menuntut kita supaya dapat mengamalkan ibadah dengan baik. Dengan mengamalkan ibadah yang lancar dan baik,seterusnya juga point utama membolehkan kita mendapat kesihatan yang baik. Dapat jaga kesihatan mental fizikal kita supaya selalu aktif,sihat dan bertenaga. Berpuasa adalah wajib untuk semua orang. 


1. Dapat menjaga dan memperbaiki komposisi kecergasa badan 

Ini melibatkan tindakan hormon badan kita dan juga metabolisme badan. Kalau berpuasa,maka kita akan dapat menyumbangkan komposisi tisu-tisu badan ke tahap yang lebih baik.

2. Dapat meningkatkan tahap kekenyangan dalam badan

Tisu badan berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin yang menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satunya adalah hormon Leptin. Apabila berpuasa,tahap leptin dalam badan akan menurun pada peringkat awal. Bila berat badan juga turut menurun,sekaligus rintangan terhadap leptin itu akan berkurang dan ini memberi respon leptin meningkatkan tahap kekenyangan perut dengan baik.

3. Dapat mengurangkan keradangan

Keradangan disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya adalah diet yang tidak sihat. Bila diet tidak sihat,ia mengundang radikal bebas yang sangat banyak. Makanan dan minuman yang tinggi gula,makanan berproses,berminyak atau digoreng,alkohol dan karbo ringkas akan menyebabkan keradangan tinggi. Apabila berpuasa,ia boleh mengurangkan kadar keradangan melalui keseimbangan hormon. Menurut kajian,apabila tahap insulin dalam badan rendah ia mampu mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas.

4. Dapat menyokong kolagen yang sihat dalam kulit

Diet yang sihat sangat mempengaruhi kesihatan kulit. Berpuasa dapat meningkatkan dan menambahbaik intergriti kolagen dalam badan terutama kulit. Sekiranya gula tinggi dalam darah akan menyebabkan struktur kolagen dalam badan rendah dan melemahkan kekuatan serta ketahanannya.

5. Dapat memperbaiki proses kitar semula sel (Cell Recycling)

Usia meningkat (sel jahat) dari luar dan dalam akan membiak dalam badan. Ini akan menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbangkan kepada penyakit progresif. Berpuasa boleh membantu kita memperbaiki badan dalam proses kitar semula sel melalui proses autophagy. Proses ini akan mencernakan sel-sel rosak dan tua pada peringkat selular.


Hebatnya manfaat berpuasa kan!!. Kalau dalam 30 hari kita dapat melakukan puasa dengan baik. Pasti kita akan mendapat manfaat kesihatan yang jauh lebih baik seadanya. Bonusnya dapatlah juga badan yang slim dan berat badan yang ideal. 



Jangan lupa tau kongsikan pada semua orang tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Dan selamat mencuba menu-menu sahur yang sihat lagi bertenaga ini 😉😉

Untuk pertanyaan dan pembelian shaklee boleh hubungi saya di Healthy Is A Gift 



#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


























8 ulasan:

  1. Paling sedap menu sihat sahur bersama Esp tu. Terima kasih perkongsian sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Lagi menyihatkan gitu. Sama2 sis,semoga bermanfaat ya 😊

      Padam
  2. amboi avocado toast pun ada, ni sahur T20 hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😆😆. Sedappp 😋🤤. Hahaha sekali sekala bo kot kan haha..

      Padam
  3. Amazing sharing dear! Great info

    BalasPadam

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...