Ahad, 26 Februari 2023

Menawan Aki πŸ’“ ( 13 November 2022 - 14 November 2022 )

THE AKI NABALU


  

 "Takkan lari gunung dikejar". Begitukah perumpamaannya itu? hehe..

Entri kali ini,saya mahu story-storylah sikit pengalaman menawan si Aki pada 
13-14 November 2022.

Dan yang pasti sebelum pendakian itu,mesti ada persiapannya kan hehe.Maka itu,saya mula story dari persiapanlah terlebih dahulu.

Mesti mahu cerita dari awal sampai akhir supaya ada juga kenangan bikin dibaca-baca oleh anak-anak nanti πŸ˜†

Planning ini bermula dari awal tahun 2022,team saya join adalah team Family juga. Jadi pengaturan kami tu slow and steady saja.
Asalnya kan,kami plan naik pertengahan tahun.Tapi disebabkan tiada slot kena buka untuk sabahan waktu tu,jadi posponed lagi.Nasiblah dalam team Family saja.Kami lugai-lugai saja dengan penuh sabar menanti detik slot ada πŸ˜‚.

Dipendekkan ceritalah,bila plan tu kan semangat jugalah kunun mahu pigi kasi up stamina badan dengan memulakan aktiviti-aktiviti macam hiking,jogging dan buat cardio hitt workout.



Masa ini plan yang untuk pertengahan tahun.Jadi semangatlah hiking paling awal pagi sampai tunggu sunrise gitu πŸ˜†.Kawan hiking masa tu adalah si husband sendiri dan juga si aunty bita.Semangat bah! 
Kalau ikut betul saya adalah jenis orang yang tidak suka aktiviti hiking.Sebab saya fikir macam tidak fun saja aktiviti ni. Bosan! Haha sampailah satu saat,saya kontek coach Hiitstep saya si Coach Agnes. Diabilang cuba-cuba juga hiking untuk kasi up tu stamina dan kekuatan kaki especially bahagian lutut, Sebab naik gunung ini perlukan kekuatan kaki(lutut).
Jadi saya cuba-cubalah timbulkan minat tu dalam diri saya.

Sekali pigi hiking,rasa siuklah habiskan rasa fresh,rasa enjoy dan dapat bersilaturahim dengan alam semulajadi.Memang best pula hiking dalam hati saya cakap,lepastu kan tup-tup jadi listing one of my favourite aktiviti pula. Nasiblah ada geng pembawa,kalau tiada tu,mana mungkin saya suka dengan hiking kan hehe.


Kapus-kapus juga naik sebab tidak biasa πŸ˜‚


Fuh!! panatsssss...gitchuu kan πŸ˜…


Hudiiiii.....AKI 😍
Dalam hati masa ini,saya cakap sama diri AKI tunggu saya datang πŸ’ͺπŸ™


Tempat hiking yang pertama Bukit Kopungit


Pertama kali hiking di Bukit kopungit kunun hehe.Disinilah awal pagi kami pigi,sebab kira dekat dengan rumah saja.Kalau ikut mau juga pigi tempat yang jauh sikit.Bila tengok tempat lain lagi mencabar sikit laluan dia,tapi itulah,masi ada kekangan dalam urusan jaga anak-anak.Jadi tetap syukur juga dapat pigi yang dekat-dekat hehe.

Tapiiiiii........kamurang mahu tau ka?

Lepas saja pigi hiking tu kan,dapatlah news yang slot untuk sabahan tu belum ada.Jadi plan naik gunung kami ditangguhkan.Sedih juglah,sebab sudah semangat kan haha 😌
Maka dengan itu,aktiviti hiking juga ditangguhkan haha.Apalaaaakan πŸ˜‚,hiking bertujuan saja.
Tapi ya,ditangguhkan sebab semangat pudar-pudar sudah haha.

Memang lama stop aktiviti hiking lepastu.Sampailah disatu bulan ogos begitu,ada update dari agent yang urus trip kami.Katanya ada slot sudah open bulan ogos.Tapi sekali lagi kami terpaksa tolak slot tu sebabkan tidak sempat buat persiapan dan tidak sempat up stamina juga.Lamakan cuti hahahaa.
Jadi kami teruskan menunggu dengan sabar tetapi masi lugai-lugai lagi lah.Lugai-lugai tidak buat workout haha.

Kamuranggggg... kalau kamu plan naik gunung kan,tolong workout! Kasi up tu stamina badan.Train pernafasan juga,train kaki terutama lutut dan ankle supaya kuat untuk buat perjalanan yang berliku-liku gituu. Ingat naik gunung jalan lurus naik atas ka πŸ˜‚.Tidak!!! tidak sama sekali.Maka alert pesanan ini ya πŸ˜†πŸ˜Œ

Jadi lepastu apa??....Lepastu kan kami terima update sekali lagi daripada agent trip.Katanya ada available slot bulan november tarikh 12hb.Kami tanpa fikir panjang semua on terus untuk lock date tu.Agent fightlah untuk sot tersebut,tapi bilangnya lagi available pula untuk 9 pax pada 13hb.Jadi kami kasi lock date 13hb tu.Lalu berjaya lock! maka dengan itu,saya mulalah buat senaman sikit-sikit dirumah saja.Memandangkan masi awal lagi untuk plan hiking,buat sajalah cardio hitt di rumah,Itupun kan pandai skip-skip hahaaa.

Pendek cerita lagi......

Mau dakat sudah tu kami mau naik gunungkan,awal bulan November baru saya start balik aktiviti hiking saya. Dalam seminggulah gituu pigi hiking sana Bukit kopungit juga,saturang-saturang masa tu. Lepastu,fikir punya fikir,tidak siok saturang pigi.Lalu mengajaklah si aunty bita sekali lagi pigi hiking awal pagi.Kali ini pilihan kami sana Bukit padang.Sebab bilang si aunty kan di sana ada tu tangga-tangga yang lebih kurang saja tinggi dia macam laluan yang ada di Aki nabalu. Bah terai testlah saya kunu disana. Uinaaaa!!! memang sioklah ba sana. ada panjang sikit laluan dan banyak lubang hiking juga hehe. Kami hiking sana dalam 4hari sebelum. Orang cakap sebolehnya,1 minggu tu rehat-rehat badan kaki sudah.Tapi macammana lagi layan lugai-lugai punya pasal kan maka seminggu sebelumlah baru kami berhabis hahahaaa. Tapi syukur,nasib juga badan dan kaki tidak sakit-sakit masa tu.



Bhuaaa ini laitu laluan paling siok di Bukit padang!


Inilah rupa tangga idaman hati πŸ˜πŸ˜‚


Kasi tayang kasut yang masi suci gituu...


Menyempatlah gambar sikit view kk waktu di peak Bukit Padang.
Peak yang tidak mau berapa peak hahaa...


Selesai hiking-hiking disini untuk hari terakhir sebelum esoknya gerak ke ranau kan. Kami punya nasib waktu pun bagus juga πŸ˜†πŸ˜†.Siap hiking menyempat jalan-jalan tamu pagi dia. Lepastu mau gerak baliklah sudah,tibaaa kami kena interbiu oleh Era.Fm kk hahaa..

BUKTI !!!!!!!!





KAN....saya bilang hehe..

OKAY! Selesai untuk setakat ini. Bersambunggg...

#MrsJeremyJeffery
#SiAkiMemories




































 













WHY I LOVE SHAKLEE COMMUNITY πŸ’“

 


πŸ’“SHAKLEEπŸ’“


SHAKLEE BEST

Sewaktu buat keputusan untuk register shaklee,saya tidak ada benda lain difikirkan selain produk dan masalah kesihatan. Amat jauh sekali bila cakap tentang benefit yang ada dalam shaklee ini. Sebab pada saya,masuk ahli dapat harga member saja sudah cukup.

Tidak juga pernah terfikir yang saya mahu buat duit dengan shaklee. Lepas saja buat belian,consume dan tunggu sajalah dapat kesannya. Begitu sajalah pandangan saya dengan shaklee masa itu. Mungkin juga sebab saya ini tidak ada talent berbisnes. Yala,orang bisnes ni kan pada saya secara peribadi adalah orang yang perlu smart setiap masa,perlu pandai,perlu nampak korporat gituu dan perlu banyak modal untuk memulakan perniagaan haha. Saya bukan bekerja,duit belanja pun kena tunggu suami bagi baru dapat. Dan sebab itulah pemikiran saya sangat-sangat cetek waktu dahulu haha. As simple like that kan? πŸ˜‚πŸ˜‚

But now! saya sedar yang sahklee itu ada lebih dari apa saya fikir waktu dulu. Rupanya dalam sahklee tu sudah tersedia pelbagai peluang yang tinggal kena grab saja. Tapi biasalah,lain orang lain pandangan kan. Tapi saya lebih kepada bersikap ingin mahu tau lebih,mahu tahu apa peluang yang ada dalam shaklee,apa yang best dia dalam shaklee ini sampaikan kalau search google saja,memang nama shaklee sajalah keluar.

SHAKLEE BEST COMMUNITY

1. Shaklee bisnes fleksibel
-Apa yang saya tertarik dengan shaklee adalah,plan bisnesnya yang sangat mudah untuk follow. Bisnes yang sangat fleksibel,sangat terbuka dan sangat enjoy. Buat shaklee bisnes tidak ada konsep 'PUSH'. Tidak akan ada yang memaksa untuk join bisnes. Even saya sendiri pun,kenapa boleh terjebak dengan shaklee sebab sudah terdetik dalam hati waktu itu,mahu mencuba something new. Saya adalah surirumah sepenuh masa.Terasa mahu berduit sendiri,terasa mahu kebebasan untuk enjoy,terasa mahu mencari kawan,mahu keluar dari zon keselesaan. Saya fikir,saya tidak boleh berdiam. Saya adalah orang yang suka enjoy jadi saya mesti buat sesuatu,ahh kira gituulah.
Maka dengan itulah,saya memilih shaklee sebagai satu titik permulaan untuk saya keluar dari zon selesa.



Saya sejenis orang yang tidak pandai bergaul dengan orang ramai. Boleh katakan saya adalah orang introvert satu ketika dulu hehe. Tapi lepas kenal shaklee,disebabkan shaklee ni adalah bisnes fleksibel,boleh dimana-mana saja buat. Maka saya keluar dari zon selesa tu,dengan berdepan sama orang ramai. Saya cuba berinteraksi dengan orang ramai melalui cara buka booth. Sambil buka booth,sambil layan orang ramai,promote shaklee dan sambil juga buat posting di media sosial. Kalau ingat dulu,betapa strugglenya untuk saya bawa diri berdepan dengan orang ramai. Introvert lepastu pemalu pula tu πŸ˜‚πŸ˜‚



Selain booth di garage sales,saya juga pernah buka table berjual di tamu. Produk yang di publish hanyalah botol dan kotak kosong sahaja. Sebab dalam shaklee ada rule,so saya komit untuk buat tanpa melanggar rule shaklee. Apa yang saya tekankan disini adalah untuk melatih diri saya untuk berkomuikasi dengan dunia luar selain di alam maya. 

2. Sokongan upline,downline dan juga sideline
-Dalam shaklee juga,kami tidak bergerak sendiri. Kami ada satu networking yang sentiasa bergerak bersama tanpa mengira kedudukan. Walau dia di pangkat Master,tetap turun padang untuk bantu team dan sideline. Begitu juga dengan downline dan sideline. Kami sentiasa bergerak sebagai satu komuniti shaklee yang besar. Sebab itu,walau berbeza nama team tapi kami selalu suka gelar 'SHAKLEE FAMILY' dimana-mana posting. We are ONE gituu. Walau kami berada diseluruh pelusuk dunia,kami tetap dapat berkomuikasi dengan baik. Zaman sekarang kan hanya petik jari saja semua boleh jadi,gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin. 


Secara offline.Kami juga bertemu secara bersemuka untuk sesi kelas dan gathering. Tetap bersemuka,kerana aura itu lebih mendapat sikit πŸ˜†


Duduk berbincang sambil mengenali setiap kami dengan lebih dekat. Waktu ini,shaklee buat Recoginations untuk ahli yang naik rank dan juga efektif rank. Kehadiran Master sendiri hadir untuk support anak-anak team yang berada di sabah.




Satu program yang dijalankan oleh para Masters dan pihak shaklee dalam Jom Bangkit Sabah. Dalam ini,kami tidak kenal satu sama lain pun. Bertemu pertama kali disitu. Tapi bila buat aktivit bersama,kami sangat senang serasi. Bestnya aura macam tu. This is the reason why i love shaklee so much!



Selain offline,dunia internet yang semakin canggih ni pun menjadi salah satu medan kami untuk terus berhubung. Buat sesi sharing,kelas dan sesi coaching. Walau jauh tapi cara begini pun sudah buat kami semakin dekat antara satu sama lain.

3. Workshop Nutrisi bersama shaklee management
-Selain kelas dengan Upline,downline dan juga sideline. Kami juga biasa menghadiri kelas nutrisi yang pihak shaklee sediakan untuk para distributornya. Ini adalah bertujuan untuk kami semua dapat lebih mengenali tentang produk,tentang produksi,tentang keistimewaan shaklee,peluang-peluang yang shaklee tawarkan dan banyak lagi. Shaklee suka mementingkan kualiti produk dan juga menjaga nama baik syarikat. Maka dengan itu,setiap distributornya perlu rajin mengikuti kelas-kelas nutrisi yang dijalankan. 


Program ini dipanggil "I am shaklee ambassador". Dimana pihak shaklee memberikan sesi para distributor untuk lebih komited tentang penyampaian falsafah shaklee kepada dunia luar dengan lebih telus dan efektif. Best kan dishaklee! komuniti ini yang membuatkan kami sentiasa berada dalam circle yang positif.


Berlainan team dan datang dari setiap daerah yang ada. Tapi kami boleh berkomuikasi dengan baik tanpa rasa kekok. Jumpa saja terasa macam lama sudah kenal,dia lebih kurang begitulah umpamanya hehe.


Gathering di tepi pantai pun boleh πŸ˜†. Waktu ini sarat mengandung anak ke 4. Tapi boleh lagi ke sana ke sini untuk aktiviti shaklee. Gathering yang berisi dan berilmu gitu.



4. Shaklee ada sistem yang adil


Dalam shaklee juga semestinya ada menyediakan peluang bisnes yang sangat best. Bisnes yang punya sistem yang adil. Bisnes tanpa syarat. Maksudnya,ia tidak meletakkan kita kena ada modal dulu baru boleh buat. Even kita register ahli saja pun sudah boleh buat bisnes. Bisnes ini juga tidak perlu menyimpan stok,kerana anytime kita boleh buat pembelian secara online,malah packaging juga shaklee sendiri akan aturkan untuk kita. Bestkan!

Selain itu,setiap bisnes pasti ada peringkat-peringkat yang menunjukkan kita ini sangat komited dengan bisnes platform ini. Dalam network ini tidak akan ada wujud,siapa diatas akan dapat lebih dan dibawahnya kurang. Bisnes shaklee menekankan sistem secara adil,siapa usaha lebih dia akan dapat lebih baik,walaupun dia berada di line bawah sebagai downline. Dia kena lihat pada usaha dan tindakan masing-masing. Tidak ada istilah,dia berusaha dan upline yang akan mendapat keraian. Tidak sama sekali! Sebab itu di shaklee family,kami suka dan selalu support each other. 

Ada pelbagai benefit shaklee tawarkan,contohnya Cash bonus,Car bonus dan juga Convention trip percuma dari shaklee. The best bila syarikat sentiasa memberi reward terbaik atas hasil usaha para distributornya. Tanpa gagal! Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus pada distributornya. Walau bonus layak dapat RM20,tetap shaklee bayar juga. Tidak ada pilih kasih. Itulah cara shaklee hargai kami sebagai keluarganya.


Yang selalu dirai shaklee itulah kami 😍

5. Produk yang berkualiti
-Shaklee juga well known oleh ramai orang,dimana produk shaklee adalah yang selalu mementingkan kualiti. Syarikat akan memastikan segala productionnya itu akan melalui sistem yang benar dan telus bagi menjaga kualiti produk,supaya ia sentiasa kekal selamat dan berkesan pada penggunanya.







6.  Workshop Nutritions dan medic
- Bila cakap tentang ilmu nutrisi ini,selalu disalah anggap bahawa,kami ingin melawan falsafah medic. Tapi tidak sebenarnya. Malah kami dishaklee selalu berkerjasama dengan para doktor khasnya untu sesi nutrisi dan medic session ini. Menjadi seorang distributor bukan hanya setakat pada tujuan menjual saja,malah kami juga perlu menyampaikan maklumat yang betul tentang nutrisi ini. Produk makanan tambahan ini perlu berilmu dalam semua aspek supaya dunia luar lebih percaya akan ketelusan syarikat shaklee disini. 

Best kan di sini,network kami juga bersama dengan para doktor untuk kami sendiri dapat menambah lebih pengetahuan lagi tentang ilmu-ilmu kesihatan dan juga ilmu nutrisi.


Bersama sesi Dr.Redza. Tetap boleh berzoom meeting dalam menyampaikan ilmu kesihatan dan nutrisi.



Workshop bersama Dr Redza secara offline. Dan yang jauh pula secara zoom. Tetap mendapat maklumat yang sama disampaikan dalam sesi yang sama. 


Selain Dr.Redza, kami juga ada sesi bersama dengan Dr.Haresh. Kesemua sesi bersama dengan Doktor ini adalah doktor yang juga menerima bahawa konsep nutrisi itu sangat penting untuk menyokong dan membantu memperbaiki sistem badan.


Bersama Dr.Haresh

7. Shaklee dan Sistem website
-Shaklee juga ada sistem website yang sangat mesra pengguna dan punya marketing tools yang boleh diguna pakai untuk semua warga distributor untuk dikongsikan pada umum secara telus. Maknanya,setiap kami sebagai distributor menyampaikan ilmu nutrisi dan panduan pengambilan produk secara sistematik mengikut P&R shaklee ada. Website ini juga ada menyediakan info-info yang boleh dilayari oleh semua orang. Best kan! sistem dihujung jari sepanjang zaman gituu.



8. Program kebersamaan 
-DI shaklee juga ada program kebersamaan. Apa program ini? Okay,program ini shaklee running untuk satu malaysia. Dan yang best,duta untuk program ini adalah orang shaklee sendiri. Shaklee tidak pernah hire artis atau siapa-siapa pun orang terkenal sebagai duta produk mahupun program. Malah shaklee sendirilah yang akan melahirkan duta tersebut.
Contoh program yang sedang giat di jalankan sekarang adalah program Hello New You.


Real people,Real result
Hello New You

 

Produk : Hello New You


9. Hubungan keluarga shaklee
-Apa yang membuatkan saya sayang sekali dengan komuniti shaklee ini adalah hubungan yang wujud dalam ni. Kami menjalankan bisnes ini dengan keutuhan hubungan yang sangat kuat. Salah satunya proven dalam program #Blogmegashaklee ini sendiri. Komuniti yang sangat besar,program yang sangat membina dan kami masih mampu berhubung dengan baik sehingga dapat merealisasikan program ini dengan jayanya. Terbukti dalam Batch 1.0 sebelum ini. Boleh baca di entri saya tentang #Blogmegashaklee Batch 1.0.


Zoom meeting dalam sesi batch 1.0


Over than 1 hundred participants yang join Batch 1.0 dan bertuah memenangi reward.
Bestkan,tetapi bukan pada reward semata-mata program ini berjalan.Tapi lihat pada kesungguhan dan kerjasama juga dapat dilihat dalam ni. Syukur menjadi salah seorang peserta program ini.


INGIN BERSAMA KAMI DALAM PERNIAGAAN SHAKLEE BOLEH HUBUNGI SAYA DI Healthy Is A Gift



#HealthyIsAGift
#MrsJeremyJeffery
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23





























Khamis, 23 Februari 2023

The Best Part of Learning And Gain Knowledge #Blogmegashaklee 1.0




Belajar sesuatu kita akan dapat sesuatu. Pengetahuan itu adalah satu nilai yang semua kita sebagai manusia perlu ada. Apa maksud pengetahuan? 

Secara terperincinya,mengikut kepada sumber wikipedia,pengetahuan ini adalah merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang mana ia merupakan kefahaman yang secara sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya,pengetahuan ini mempunyai potensi atau label tinggi yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan sesama manusia.

Sebab saya terpanggil untuk menulis blog kembali kerana setelah sekian lama sendu dan semangat pun hilang tanpa kesan.Maka saya dengan rela hati,memberi peluang pada diri sendiri atau bolehlah dikatakan mencabar diri sendiri untuk keluar dari zon keselesaan.
Saya selama ini merasa selesa dengan aktiviti harian yang hanya sibuk dengan urusan rumahtangga,sibuk dengan urusan niaga.Penat dengan urusan harian,layan mata sampailah esoknya dan esoknya dan seterusnya mengulangi dengan rutin yang saya fikir memang bosan juga.Sebab kenapa? Saya berada dalam bakul yang sama setiap hari dan tidak mampu berjaya keluar untuk menikmati kehidupan yang mana banyak benda lagi boleh diexplore. Hah!! sampai macam tu sekali perumpamaannya untuk diri saya haha πŸ˜‚

Sampailah satu masa itu,master upline saya share satu sesi yang dipanggil Projek Blog Mega shaklee. Waktu itu,tanpa saya berfikir panjang,saya terus saja klik untuk join dan dengar apakah intipati tentang projek ini.

Maka waktu itulah saya bilang sama diri, "Ivy,tidak apa membusykan diri kali ini.Biar busy dengan ilmu.Biar busy dengan sesuatu yang boleh membawa manfaat pada diri dan juga sesama.". Jadinya saya terjebaklah terus dengan projek ini. Why not cuba kan? Haahhh gituuu.. hehe


To society and family of course to ourself too.

Bila dengar sendiri tujuan projek ini,saya dapat bayangkan betapa ruginya diri kalau tidak cuba.Yala,kalau asyik dengan dunia selesa saja, satu apa pun tidak mahu belajar bagai hidup dengan sia-sia.Kan! 

Hakikatnya proses pembelajaran ini sepanjang zaman malah sepanjang kehidupan pun. Apa saja hal yang kita lalui memerlukan proses untuk bantu kita membangun dengan baik. Maka ianya perlu bermula dengan pengetahuan. Belajar dan biar berilmu. Baru kita boleh pandang dunia luar itu ternyata luas. Hahh gituu kan hehe.


APA SAYA DAPAT DARI PROJEK INI?

Sejujurnya,terlalu banyak input penting saya dapat dari projek ini. Bukan senang mahu masuk dalam circle hebat-hebat ini. Hebat? Ya hebat! sebab dalam projek ini yang terlibat semuanya yang sudah pun berpengalaman jauh dalam dunia blogging. Dan yang best hasil konsistensi mereka tu,dapat sekali membina rangkaian bisnes yang luar biasa bagi saya.

Saya juga dapat belajar menggunakan ruang waktu saya dengan baik.Kalau sebelum ini kan,bila selesai saja menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak,saya akan buang masa dengan layan media sosial tanpa memberi impak baik pun untuk saya. Auchhh!! sungguh membuang masa betul bah hahaa. Walaupun saya menjalankan bisnes,tapi tetap juga digunakan ruang waktu tu dengan bukan-bukan. Kalau bukan melayan media sosial,saya tidurlah haha. Bilang mahu kaya bah! tapi lekanya tindakan πŸ˜“. 
Syukur,lepas melibatkan diri dalam projek ini,ruang dan waktu itu saya gunakan sebaik-baiknya dengan bercerita di ruangan blog saya. 

Selain itu,saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan berjalan-jalan di blog kawan-kawan yang ada dalam projek sama.
Best bah baca blog-blog kawan yang ada,sekaligus dapat idea untuk diceritakan dalam ruangan sendiri.
Kalau sebelum ini kaku mencari idea kan,ambil masa mahu 2-3hari baru boleh gerak blog. Tapi sekarang ini,bolehlah dapat habiskan penceritaan itu dalam masa yang singkat. Luas perjalanan maka luaslah pengetahuannya juga,begitulahh...

Bestnya lagi,apa yang saya belajar dalam projek ini,selain buat blog,membaca dan berkongsi idea.Saya juga dapat belajar untuk bertoleransi dengan orang secara baik. Boleh dikatakan dapat manage pergaulan dengan baik walaupun dialam maya saja. Selalu berjumpa di zoom dan juga blog pun sudah rasa sangat dekat. Bestnya relation macam ni,sebab dapat kembangkan pergaulan yang positif dalam ni. Ini yang buatkan saya rasa happy,rasa release,rasa best betul berada dalam circle yang membina dan positif ni.

Sesuatu projek tu pasti ada pengasasnya. Orang kata foundernya dan juga team yang terlibat. Ini juga salah satu yang memberi impak membina dalam diri saya secara jujurnya. Founder iaitu Master Norita dan moderater yang kuat iaitu Master Salwa,banyak memberi kata-kata semangat,membina dan sangat berdedikasi dalam memberi kerjasama sepanjang saya berada dalam batch 1.0 ini.
Saya tidak pernah kenal mereka,tapi bila saya melibatkan diri dalam projek menulis blog ini,barulah saya kenal siapa mereka yang pada saya sangat baik hati,sangat berwawasan,sangat berkebolehan dan punya sikap keterbukaan. Jadi sangat senang untuk saya terus bangkit menulis. Semangat mereka tu tanpa leka pun. Sebab tu saya katakan dari awal,projek ini adalah circle positif bagi saya. Bestttttt !!!!!! πŸ’“





FEELINGS


Bila buat sesuatu kan,dengan adanya sikap keterbukaan siok betul mahu menghayati. Dari seorang yang malas boleh jadi rajin. Dari seorang yang tidak suka membaca boleh jadi suka membaca. Dari seorang yang suka beralasan boleh jadi orang yang bermotivasi. Dari seorang yang suka bertangguh boleh jadi orang yang sangat bertoleransi dan berdedikasi. Yang tidak bersemangat pun boleh jadi bersemangat. Kurang menimba ilmu,jadi seorang yang sangat suka mencari ilmu. Itulah saya pada saat ini. Saya harap sangat semangat ini kekal sampai saya dapat cipta kejayaan dalam hidup saya.

Happy! bilang orang kan,bila kita mahu buat sesuatu tu mesti dengan hati yang ikhlas. Betul kenyataan itu,bila saja saya join masuk dalam projek ini secara autonya saya ajar diri untuk ikhlas dalam segala hal.Ikhlas menimba ilmu,ikhlas mahu belajar,ikhlas terima kritikan,ikhlas menerima.ikhlas memberi dan ikhlas untuk membina hubungan yang positif.Bila kita lakukan dengan ikhlas,kita pun akan rasa tenang dan happy saja.

Kenyataan pengalaman pertama saya share dalam group πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡;

"Niat mau belajar. Nak adapt balik semangat untuk berkongsi manfaat. Nak hidupkan balik dunia blog diri yang sekian lama sendu. Yang best,dalam projek ni saya dapat circle positif yang ramai. Tidak kenal pun tapi dapat peluang berkenalan. Dapat baca link-link blog kawan-kawan. Im just proud and too much appreciated with this project. Thanks masters untuk effort semua ini πŸ™πŸ˜­πŸ’“" _Ivy_

Dengan Niat yang baik tiada yang mustahil kan. Bila ada niat untuk terus membangun dan mengubah hidup ke arah yang lebih baik pasti ada jalan yang diberi. Tinggal pilih untuk terus melangkah atau tidak saja.

Saya kongsikan juga hasil pengalaman kawan-kawan yang sama-sama saya join dalam projek ini ;


_Aini Salleh_

Tujuan join projek blog ni sebab nak aktifkan semula blog yang dah bersawang 🀣

Masa awal² buat blog dulu main hentam je. Nak edit pun terkial². Pastu tinggal gitu je

Then bila ada projek ni terus niat dalam hati, nak usaha buat juga blog ni. Hidupkan blog dan dptkan sale dr blog mcm org lain.

Seronok buat ramai-ramai sebab rasa lagi semangat.


 _Charlene May_

Tak tau buat blog sebelum ne.. Bila join blog mega ne, tiba-tiba pandai buat blogπŸ˜…πŸ˜…

Terima kasih semua yang sudi tunjuk ajar dan master salwa & master N πŸ’•πŸ’•


_Ayunie Ali StarRich_

Blog saya dah 2 tahun bersawang. Bila buat sorang - sorang semangat up and down. Tapi bila masuk projek ni kembali bersemangat. Sparring partner, ahli group dan upline juga byk membantu dari segi teknikal dan moral support ♥️.


_Fatimah Bt Tony_

blogmegashaklee 1.0, semangat untuk buat artikel blog macam lebih sedikit, berbanding kalau buat sendiri. Join projek ni, dalam 1 hari, cepat je dapat idea. Kalau buat sendiri, mesti memakan 2-3 hari baru nak siap 1 artikel.


Sebahagian feedback dari Blog batch 1.0. Best kan projek macam ni. Ada valuenya yang tersendiri. 



⭐⭐⭐⭐⭐



BILA ADA YANG PERTAMA,HARUS ADA YANG KEDUA


Sejujurnya bila sudah terjebak dengan projek ni,tanpa sedar saya sudah mulai suka dengan habit baru ini. Rutin harian saya juga sudah mulai berubah dan cuba untuk jadikan ianya teratur sebab saya tahu yang saya akan ada jadual untuk blogging,maka saya susun jadual urusan rumahtangga,urusan bisnes dan blogging harus dengan sistematik.

Kenapa saya perlu buat macam ni? Sebab saya semakin suka mahu mendalami lebih lagi dunia blogging. Mahu menambah pengetahuan dan mahu memberi manfaat pada sesama melalui blogging terutama pada rutin bisnes shaklee saya.

Bila ada pertama,harus ada yang kedua untuk lebih fit lagi kata orang gituu. Fit dengan segala ilmu-ilmu yang boleh memberikan kebaikan pada orang dan pada diri sendiri juga. As i said,part of learning will never end! Gain the knowledge as well.  


Boleh baca entri saya disini tentang Intermittent Fasting  Dan yang mahu tahu tentang Set Kurus Premium boleh rujuk di Hello New You Set Premium πŸ˜‰

Untuk pertanyaan atau info lanjut tentang shaklee boleh cari saya di Healthy Is A Gift


#HealthyIsAGift
#Mrsjeremyjeffery
#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23





5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...