Khamis, 27 Julai 2023

PERCUTIAN SHAKLEE YANG MENARIK

 


Sebelum ini saya pernah berkongsikan tentang Insentif Terbaik Shaklee. Kali ini mahu share lebih info pula tentang C yang ketiga dari shaklee,iaitu Conventinal trip atau Percutian Shaklee yang menarik sekali. 

Conventional trip ini,dinilai pada point yang dapat dikumpul oleh para leaders shaklee yang berkelayakan. Biasanya pada pangkat coordinator shaklee akan layak untuk tajaan percutian shaklee ini.

Pada tahun lalu,shaklee trip telah berlangsung di Negara salji iaitu Switzerland. Nanti saya akan kongsikan pengalaman indah-indah dari family shaklee yang join trip ini.



Percutian shaklee ini terbagi kepada dua jenis percutian,iaitu :

💓 Trip Serantau - Percutian serantau ini biasa melibatkan dalam negara dan negara asia tenggara yang berdekatan.

💓 Trip Antarabangsa - Percutian antarabangsa pula melibatkan negara yang terpilih yang ada di seluruh dunia.



Percutian shaklee ini sangatlah mewah. Kalau diikutkan,sekiranya menggunakan bajet sendiri,mungkin tidak akan tercapai seperti yang shaklee sediakan ini.

KEISTIMEWAAN BERCUTI DENGAN SHAKLEE

  • 👉 Bisnes leader yang layak dapat join
  • 👉 Boleh membawa ahli keluarga jika layak 
  • 👉 Percutian ditaja sepenuhnya oleh Shaklee
  • 👉 Shaklee bagi luggage percuma
  • 👉 Ada gift percuma Shaklee sediakan
  • 👉 Shaklee bagi duit poket
  • 👉 Hanya perlu bawa kelengkapan diri saja
  • 👉 Shaklee bagi stay hotel mewah bertaraf 5 bintang
  • 👉 Makan minum halal dan semua makanan mewah disediakan

  • Menarik bukan shaklee trip ini. Semua shaklee provide termasuklah tiket kapal sekali. Hanya bawa diri saja. Shaklee trip ini juga sebagai reward diri dan hadiah shaklee pada para leaders yang sudah bertungkus lumus dengan jayanya dalam bisnes shaklee.

  • So,now jom kita jalan-jalan tengok gambar-gambar menarik hasil dari percutian shaklee yang lepas-lepas. Saya kongsikan gambar-gambar dari rakan leaders yang join trip shaklee ini 😊







  • Percutian Shaklee Yang menarik 😍

  • BESTKAN BISNES SHAKLEE !!!
  • Syarikat yang selalu meraikan para pengedarnya. Bisnes platform shaklee yang menjanjikan keuntungan dalam aspek menjana pendapatan dan juga kesihatan yang terbaik.

  • Doakan saya layak kesemua C shaklee ini dengan jayanya ya. Best bah sahklee !!!

  • Join saya di sini Healthy Is A Gift 

  • #HealthyIsAGift
    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023😊
    #ShakleeTriumph2023
    #ShakleeTenom
    #ShakleeLokKawi


















  • 4 TIPS TRAVEL ALA-ALA BACKPACKERS

     


    Shallom dan hai semua 😉
    Kembali lagi diruangan entri saya kali ini dengan tips lain pula.
    Kali ini mahu share pula Tips Travel ala-ala backpackers style.
    So,enjoy your reading with me 😊


    Siapa yang tidak suka travel kan. Semua orang suka travel. Begitu juga dengan saya. Sebab pada kita semua,travel ini adalah salah satu terapi jiwa dan minda juga bah kan. Yala,ianya sebagai reward diri setelah berpenat lelah dengan hal-hal kerja ataupun hal-hal rumahtangga. So,travel adalah perlu juga sebagai satu cara untuk release tension. Explore dunia luar yang penuh dengan keistimewaan sendiri.

    Kali ini saya mahu share 4 Tips Travel ala-ala backpackers style. Sebab backpackers style ini tidak tertumpu pada satu kawasan saja dan yang best boleh listing bajet-bajet setiap plan perjalanan. Mungkin agak mencabar tapi ianya sangat enjoy.


    4 TIPS TRAVEL ALA-ALA BACKPACKERS

    1. PLANNING


    Planning travel adalah perlu untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan. Planning itu adalah dari segi bajet,penginapan,tiket kapal (sekiranya plan jauh),pemilihan tempat makan dan pemilihan tempat mahu dilawati.

    planning travel ini juga dapat bantu menjimatkan masa dan perbelanjaan sekiranya diatur bagus-bagus. 


    2. MENCARI MAKLUMAT AWAL DESTINASI YANG DIPILIH


    Selain itu, adalah juga dinasihatkan untuk mencari sedikit maklumat tentang desitinasi yang menjadi pilihan supaya percutian itu menjadi berbaloi dan menyeronokkan. 
    Walaupun ada kemungkinan tidak sempat untuk membuat carian di rumah,boleh juga mencarinya ketika dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi.

    Sekurangnya jarak destinasi itu tidak menyusahkan dan tidak menyesatkan. Paling penting juga,kena utamakan keselamatan terhadap kawasan atau destinasi yang ingin ditujui.



    3. CHECKLIST


    Spoil mood bila barang tertinggal? Perlu dan wajib membuat checklist keperluan penting apa yang perlu dibawa semasa travel nanti. Pakaian,ubat-ubatan,pengenalan diri dan barang penjagaan diri.

    Senarai semak ini akan sangat berguna dan membantu apabila percutian sudah tamat dan akan pulang ke rumah kerana kita dapat menyemak semula barang-barang buat kali terakhir sebelum berangkat pulang. So,tidak akan berlaku kes kecuaian,terlupa atau sebagainya.


    4. BAJET

    Pertama-tama yang perlu adalah setkan beberapa lama percutian.Sebagai contoh,jika plan travel kita itu disetkan selama 3 hari,maka aktiviti percutian hanya terhad kepada tiga hari sahaja.

    Manakala untuk bajet pula,jika percutian itu mengambil masa yang lama seperti dua minggu maka sudah tentu bajet kita akan bertambah kerana kos makanan,penginapan,pengangkutan akan turut bertambah.

    Jadi,seperti yang saya katakan tadi dalam point pertama iaitu planning,saya juga syorkan bajet yang ada mestilah bersesuaian dengan tempoh percutian yang sudah disetkan. Lagi best dapat menabung awal supaya ada kelebihan diwaktu percutian. Ini juga membantu disaat sekiranya ada emergency. So bajet adalah paling utama perlu disediakan dengan baik.



    Sekian perkongsian saya untuk kali ini. 
    Semoga Tips Travel ini bermanfaat dan membantu kamu yang mempunyai perancangan untuk travel suatu hari nanti 😉😊


    #HealthyIsAGift
    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023😊
    #ShakleeTriumph2023
    #ShakleeTenom
    #ShakleeLokKawi








     






    Selasa, 11 Julai 2023

    PERBEZAAN VIVIX DAN RESV 🍇

     


    Mesti ramai yang mahu tahu ada perbezaan kah diantara Vivix da Resv ini? Jawapannya,bukan perbezaan sangat. Tetapi Vivix dan Resv ini masing-masing ada kelebihannya.

    So,dalam entri ini saya mahu berkongsikan pada semua tentang kelebihan yang ada pada Vivix dan Resv 😉

    JOM !!!!

    KELEBIHAN VIVIX



    1. Common Tagline : Energy Booster 

    2. Powerful polyphenol 10% 

    3. Mempunyai 4 ramuan penting ( Anggur Muscadine,Ekstrak lobak ungu,Ekstrak eldeberi eropah,Ekstrak japanese knotweed )

    4. Cara penyimpanan : Dalam peti ais ( Beku pun ok )

    5. Jenis : Cecair 

    6. Cara makan : Pagi 
                               : 1 sudu makan

    7. Harga : RM498.75 ( Retail )

    8. Jangka hayat : 12 Bulan

    9. Cara digunakan : Meningkatkan kesihatan 

    10. Pasaran : Sangat stabil. More than 11 tahun di pasaran dunia.

    11. 3 Patent ( Gabungan polifenol,diproses secara Cold filling extractions,semulajadi dan tanpa bahan pengawet )




    1. Common Tagline : Live Vibrantly

    2. Extra 30% powerful of polyphenol

    3. Ada tambahan 3 ramuan utama menjadikannya ada 7 
    ( Anggur Muscadine, Japanese Knotweed, Chebulic Myrobalan, Purple Carrot, Pomegranate, Blackcurrant, Grape pomace )

    4. Cara penyimpanan : Pada suhu bilik ( Jangan terdedah cahaya matahari/suhu yang tinggi )

    5. Jenis : Softgel ( Biji )

    6. Cara makan : Malam
                               : 2 Biji

    7. Harga : RM535 ( Retail )

    8. Jangka hayat : 24 Bulan 

    9. Cara digunakan : Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan

    10. Di daftarkan : Secara rasmi  di Malaysia dalam Bahagian perubatan tradisional  dan kotemporari

    11. 6 Patent ( 3 patent vivix ditambah 3 patent baru )

    12. Mudah dibawa travel






    So,kalau ditanya,mana pilihan terbaik ? Jawapan saya adalah,dua-duanya adalah pilihan terbaik. Saya sendiri mengamalkannya untuk meningkatkan tahap kesihatan dan melindungi sel-sel DNA badan daripada rosak akibat radikal bebas. 

    Bulan ini adalah bulan RESVIX !!!! Jangan lupa tau grab promo ini dari saya 😉. 


    Dapatkan promo dari saya. Klik sini Healthy Is A Gift

    Atau 

    Direct Wasap Saya disini 😊


    #HealthyIsAGift
    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023😊
    #ShakleeTriumph2023
    #ShakleeTenom
    #ShakleeLokKawi









    Isnin, 10 Julai 2023

    APA KEUNIKAN VIVIX SHAKLEE? JOM BACA DISINI..

     




    Apa keunikan vivix? 
    Ahh.. Jom sama-sama saya sekali lagi dalam edisi keunikan vivix shaklee disini..

    Hampir 11 tahun bersama shaklee dan 7 tahun consume vivix. Walaupun adakalanya tidak konsisten ambil. Tapi saya sendiri sudah merasakan kesannya pada tahap kesihatan saya terutama ketika saya mengambil vivix semasa berpantang anak ke 3 dan anak ke 4. Berpantang dengan vivix sememangnya satu reward terbaik untuk diri saya. Banyak manfaat kesihatan yang ada dalam vivix ini. Boleh baca disini Vivix Shaklee 

    So,jom kita sama-sama kenali apakah keunikan Vivx shaklee ini sehinggakan ianya merupakan produk NO.1 dunia 😉


    1. ANGGUR MUSCADINE 

    Semua tahu hasil sharing dan pembacaan tentang vivix ini,kandungan utamanya adalah anggur muscadine. Mahu tahu rupa anggur muscadine ni? Ianya lebih besar dari anggur biasa yang terdapat di pasaran. Dan ianya adalah anggur yang sangat mahal diantara anggur jenis lain. 

    Apa kelebihan Anggur Muscadine as Super grape ini ?

    1. Kulit dan biji yang tebal berbanding anggur biasa
    •  Kaya dengan antioksida. Mengandungi 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida daripada beri biru.
    •  Ciri uniknya menjadikan anggur ini lebih tahan terhadap serangga perosak. Dan boleh hidup dalam keadaan panas dan berpasir.

    2. Ada lebih kromosom 
    • Anggur Muscadine ada 20 kromosom manakala anggur biasa cuma 19 kromosom. Tambahan kromosom yang unik, membolehkan anggur ini menghasilkan jumlah asid ellagik yang tertinggi.
    • Asid ellagik sejenis polifenol,bertindak sebagai anti virus,anti bakteria dan anti radang yang berkuasa tinggi.


    2. KAYA DENGAN POLIFENOL ( SUPER ANTIOXIDANT )

    Khasiat vivix sebenar adalah sangat kaya dengan polifenol. Resveratrol adalah sejenis Polifenol. Banyak supplemen tambahan suka menggunakan Resveratrol disebabkan khasiat dan kelebihannya.

    Resveratrol dalam 1 sudu Vivix adalah bersamaan dengan Resveratrol dalam 100 gelas wine.100 kali ganda lebih banyak!! Wowwww !!!,bayangkan betapa berkuasanya Resveratrol dalam sebotol Vivix 😱😱. Amazing !!!

    Inilah kelebihan Vivix yang tidak ada dalam produk lain. Resveratrol dalam produk lain hanya 20%. Tetapi dalam Vivix ada 98% Resveratrol asli. Lebih 5 kali ganda banyaknya. Best nampak keunikan vivix shaklee ini.


    MANFAAT POLIFENOL DALAM VIVIX ?

    1. Meningkatkan penghasilan tenaga
    2. Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat
    3. Mengawal tekanan darah yang sihat
    4. Menggalakkan fleksibiliti sendi
    5. Mengawal gula dalam darah
    6. Menyokong kesihatan mata
    7. Membantu pengurangan berat badan
    8. Mengurangkan risiko pertumbuhan sel abnormal


    3. RAMUAN VIVIX -BIJI DAN KULIT

    Tahukah bahawa kadar dan kepekatan polifenol adalah paling tinggi terdapat pada biji dan kulit sesuatu ramuan itu. 
    Contohnya anggur muscadine,Shaklee menggunakan biji dan kulitnya sahaja disebabkan kandungan polifenol tertinggi padanya.
    Maka itu,kita dapat produk yang sememangnya tulen tanpa campuran filler seperti air atapun minyak.Sebab itu Vivix juga tidak membeku walaupun lama simpan dalam freezer.
    Selain tu,proses extract polifenol dalam biji dan kulit ini memakan kos yang sangat besar juga. Dan shaklee sanggup invest untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Sebab itu,vivix ini adalah produk premium shaklee. 




    4. TERCIPTA DENGAN HASIL KAJIAN 

    Kalau kamu mahu tahu,bahawa vivix ini terhasil bukan saja-saja tau. Ada kajian yang dilakukan oleh para saintis shaklee. 

    Kajian secara saintifik yang shaklee US buat mengambil masa selama 6 tahun untuk memberikan kualiti terbaik sebelum dipasarkan pada umum. Vivix keluar di pasaran US pada tahun 2008 dan seterusnya masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2010. Woww !!! Im proud as vivix consumer as well. Maknanya vivix wujud hasil daripada kajian saintifik oleh para saintis shaklee yang hebat-hebat belaka.

    Selain itu juga,pengambilan vivix telah dikaji ke atas pengguna yang telah mengamalkannya selama 5 tahun (bersama-sama supplement Shaklee yang lain) dan hasil kajian ini kita dapat  lihat dalam reseach Telomere Shaklee.
    Shaklee juga melakukan sebanyak 16 ribu kajian kualiti dan kajian keselamatan ke atas Vivix semasa ia dicipta. Amazinggg right !!! Ini membuktikan betapa telitinya para saintis Shaklee dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan premium ini. 




    JOM VIVIX !!!

    Saya sangat-sangat rekomenkan kamu dengan vivix ini. Walau harganya mahal,tetapi ianya terhasil sangat premium. Maka ia sangat sesuai dan sangat berbaloi dengan harga premium. Berbanding kamu kena beli sebiji atau beberapa gram anggur muscadine yang memakan harga ratusan ringgit hanya untuk beberapa hari consume,better grab Vivix sebotol ini yang tahan untuk sebulan pengambilan. Harga worth! Nah sebulan yang lalu shaklee lancarkan promo ResVix dilanjutkan ke bulan ini. Jangan lupa grab tauuu!! Sudah payung info ini 😉

    Boleh klik sini Vivix Shaklee

    Dapatkan vivix boleh klik Healthy Is A Gift 

    Atau 

    Direct Wasap Saya


    #HealthyIsAGift
    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023😊
    #ShakleeTriumph2023
    #ShakleeTenom
    #ShakleeLokKawi














    Ahad, 9 Julai 2023

    5 TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE



    Suka bekerja dari rumah? Atau suka buat part time?
    Jom manfaatkan masa dan ruang untuk sama-sama membaca entri saya tentang 
    Tips memulakan bisnes secara online 

    Pada era zaman teknologi ini,semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapatkan sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

    Jadi,agak rugi sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. 

    Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah.Lebih-lebih lagi pada waktu keadaan seperti masa pandemik Covid-19 yang lalu,yang mana lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis.So,jom kita lihat tips bagaimana memulakan perniagaan secara online.




    TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE

    1. DROPSHIP

    Sebagai permulaan, adalah lebih senang dan tidak perlu bersusah payah untuk mencipta produk sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana kita menjual produk yang sedia ada,tetapi pada platform kita sendiri dan keuntungan kita merupakan daripada komisen. 

    Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan,kerana kita hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang kita jual sahaja.

    Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai.Jadi,tidak salah untuk kita menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’.


    2. MASA BERNIAGA

    Ramai yang menganggap bahawa perniagaan atas talian hanyalah kerja sampingan yang boleh diambil ringan.Sebenarnya tidak,kerana sekiranya kita mahu online bisnes kita berjaya,kita perlulah membuang sikap sambil lewa dan ambil mudah itu.

    Sangat disarankan agar kita dapat cari masa yang sesuai untuk membuat online bisnes kita dan fokus pada perniagaan itu sahaja. Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif perniagaan atas talian. Ini untuk memastikan masa yang di peruntukkan untuk buat promosi perniagaan atas talian kita dengan lancar. Kita juga boleh meluangkan masa untuk menguruskan wang perniagaan supaya menjadi lebih terurus.




    3. MARKETING YANG KONSISTEN

    Jangan terlalu excited dalam online bisnes juga kerana tidak ada sebarang teori yang mengatakan jika mengeluarkan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar. Keuntungan yang besar akan datang sekiranya jualan dan promosi kita konsisten.

    Namun tidak salah sekiranya kita mahu melaburkan modal yang besar,tetapi kita harus ada ilmu untuk melakukan dan menguruskan jualan kita. 

    Mulakan dari modal kecil dan tingkatkan modal kita bila perniagaan kita semakin maju. Namun,kita juga perlu memastikan hasil kerja kita secara online itu lebih menguntungkan dari segi masa dan wang.So,orang online bisnes ini wajib tingkatkan marketing dan buat dengan konsisten.



    4. KUKUHKAN PLATFORM ONLINE BISNES

    Kita juga dinasihatkan supaya elakkan membuat pinjaman bank atau rakan-rakan untuk memulakan online bisnes ini,kerana kita tidak memerlukan modal yang besar disebabkan tidak memerlukan premis atau pekerja. Dan boleh juga mencari online bisnes yang zero model seperti yang saya pilih di sini Bisnes Online Terbaik Bantu Saya Jana Pendapatan.

    Perkara yang penting perlu kita lakukan pada permulaan bisnes adalah memperkasakan platform kita di Facebook atau Instagram. Jika platform medsos sudah kukuh,sudah pasti proses jual beli kita dengan pelanggan lebih lancar.



    5. KUKUHKAN TEKNIK MARKETING

    Walaupun berniaga secara online nampak mudah,tetapi ia akan menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga online dan bisnes kita mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

    Oleh itu,keberkesanan yang boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan adalah dengan platform medsos seperti Facebook,Instagram,Blog.Tiktok dan sebagainya melalui data yang disediakan. 

    Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran,teknik marketing kita haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi bisnes kita yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang kita jual.Pastikan cara pemasaran kita lain dari yang lain supaya kita lebih menonjol dan dikenali ramai pelanggan. Ada lagi Tips Bisnes Online disini.



    Mencari bisnes online yang tidak memerlukan modal ? Join saya di Jom Shaklee atau boleh direct contact saya di sini HealthyIsAGift


    #HealthyIsAGift
    #NextLevelBlogging
    #Blogmegashaklee
    #ShakleeThrive2023😊
    #ShakleeTriumph2023
    #ShakleeTenom
    #ShakleeLokKawi
















    5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

      TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...