Khamis, 30 Mac 2023

IDEA MENU SAHUR YANG SIHAT LAGI BERTENAGA


"Banyak kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan yang kita boleh dapat dengan cara berpuasa. Salah satunya ketika berpuasa,ia memberi impak kepada tahap kesihatan otak kita terutamanya dalam meningkatkan daya tumpuan. Dalam masa yang sama,kita boleh fokus pada sesuatu yang baik apabila berada dalam keadaan perut yang kosong berbanding dengan perut yang penuh dan kenyang. 
Mengikut kajian lagi,bila keadaan perut yang penuh ia boleh melemahkan daya pemikiran kita menyebabkan kita mudah atau cepat mengantuk."

Kali ini saya mahu berkongsi sedikit tentang Menu sahur yang boleh membantu kawan-kawan dan keluarga beragama Muslim yang berpuasa untuk dapatkan idea menu sahur yang sihat dan memberi tenaga sepanjang berpuasa. Boleh juga diamalkan bagi mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat. 

Sarapan atau bersahur ini adalah waktu makan yang sangat penting bagi memastikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bertenaga supaya rutin harian kita berjalan dengan lancar sepanjang hari. So,jangan skip ya 😊

Kebiasaannya,menu-menu yang ringkas dan mudah ini akan menjadi pilihan utama dalam proses penyediaan. Disebabkan kekangan waktu untuk menyediakan sehingga tidak sempat bersiap ke hal yang lain,maka sebab itu orang sekarang mahukan yang lebih ringkas tetapi mampu memberi tenaga sepanjang hari terutama ketika berpuasa. 
Oleh itu,diharapkan dengan perkongsian ini bolehlah membantu mereka yang memerlukan idea-idea simple ini.


MENU-MENU SAHUR SIHAT DAN MUDAH

1. Scrumble Egg with Vege



Resepi ini tersangat mudah. Terutama yang memang liat sangat mahu bangun awal subuh. Ambil 2 biji telur,cukup portion untuk orang dewasa,dan sayur bayam. Kemudian boleh panaskan kuali dan masaklah telur tu ala-ala kacau-kacau sampai masak jadi hancur macam tu dan mixkan dengan sayur tadi. Bolehlah letak perasa seperti garam dan lada sulah. Optionlah kan. Siap! hidang panas-panas dan makan.

Menu ini boleh juga dimakan bersama dengan wholemeal bread atau sewaktu dengannya untuk bekalkan carbo kompleks pada badan.


2. Avocado spread boiled  egg with wholemeal bread


Menu yang paling simple dan tidak memakan masa yang lama untuk disediakan. Lecekkan avocado tu dengan sedikit minyak zaiton atau avocado oil bagi memberikan lemak sihat pada badan,dan rebuskan separuh masak telur. Sesudah itu,bolehlah sapukan lecekan avocado itu tadi ke atas bread dan toppingkan telur separuh masak ini ke atas bread tadi. Just so very nice!! sedap dan yummy. 

Bestnya menu ini padat dengan zat,mineral dan fibernya juga. So,badan tidak akan rasa lemau sepanjang berpuasa. Have good try!


3. Banana peanut butter wholemeal bread


The best and simple menu! Yang ini memang kegemaran sendiri juga. Dan memang amalkan ini kalau tidak mahu menjamah makanan yang berat-berat. Pemilihan menu ini sangat kaya dengan karbo,vitamin dan juga mineral. So kenyang! 

Sesuai dengan orang dewasa,warga emas dan juga kanak-kanak. 


4. Tortilla wrap 



Tortilla wrap juga salah satu cara paling simple untuk disediakan. Semudah abc gituu. Biasanya,saya akan buat resepi macam ni. Tortilla wrap,goreng telur dadar,potong-potong Avocado. Balutkan sekali semua. Siap boleh makan! 

Kaya dengan karbo ringkas,lemak sihat dan protein. Kenyang lama!


5. Protein shake


Esp mix susu kurma


Esp mix strawberry


Esp chia seed


Protein shake adalah menu yang tersangat paling simple antara semua pilihan yang ada. Yala,kita shake-shake saja lalu siap diminum dengan gembira.

Protein shake yang menjadi pilihan adalah ESP yang berasaskan daripada sumber tumbuhan iaitu soya. Diproduce secara tulen tanpa ada bahan suntikan pematang pada soya,tidak ada bahan pewarna,tidak ada gula tambahan dan kaya dengan 9 asid amino badan perlu.

 ESP ini juga sangat terbaik sebagai meal replacement. Kaya dengan mineral dan vitamin. So siapa yang terasa susah betul mahu bersiap cepat,bolehlah amalkan protein shake ini sebagai hidangan ringkas lagi bertenaga 😊

Selain ESP,ada juga pilihan lain iaitu Cinch shake. 




Cinch shake ini ada beza sedikit dengan ESP. Cinch shake ada 3 jenis perisa iaitu perisa coklat,perisa vanila dan perisa cafe latte. Kelebihan Cinch shake ini ia ada kandungan fiber dan juga leucine. Leucine ini membantu mengekalkan kepejalan otot dalam badan. Cinch shake juga sebagai meal replacement terbaik dan sangat direkomenkan sebagai menu sahur paling best,sihat dan bertenaga sepanjang hari. Kenyang lama dari biasa 😊.

Paling best juga boleh amalkan sekali Set Puasa shaklee. Boleh rujuk sini Set Puasa dan bertenaga shaklee.


6. Rolled overnight oats

 


Ada juga pilihan lain iaitu,rolled overnight oats. Menu sahur ini juga sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan pun. Option tu bolehlah add on dengan buahan dan mix nuts kegemaran masing-masing. 


KEBAIKAN BERPUASA 

Berpuasa menuntut kita supaya dapat mengamalkan ibadah dengan baik. Dengan mengamalkan ibadah yang lancar dan baik,seterusnya juga point utama membolehkan kita mendapat kesihatan yang baik. Dapat jaga kesihatan mental fizikal kita supaya selalu aktif,sihat dan bertenaga. Berpuasa adalah wajib untuk semua orang. 


1. Dapat menjaga dan memperbaiki komposisi kecergasa badan 

Ini melibatkan tindakan hormon badan kita dan juga metabolisme badan. Kalau berpuasa,maka kita akan dapat menyumbangkan komposisi tisu-tisu badan ke tahap yang lebih baik.

2. Dapat meningkatkan tahap kekenyangan dalam badan

Tisu badan berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin yang menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satunya adalah hormon Leptin. Apabila berpuasa,tahap leptin dalam badan akan menurun pada peringkat awal. Bila berat badan juga turut menurun,sekaligus rintangan terhadap leptin itu akan berkurang dan ini memberi respon leptin meningkatkan tahap kekenyangan perut dengan baik.

3. Dapat mengurangkan keradangan

Keradangan disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya adalah diet yang tidak sihat. Bila diet tidak sihat,ia mengundang radikal bebas yang sangat banyak. Makanan dan minuman yang tinggi gula,makanan berproses,berminyak atau digoreng,alkohol dan karbo ringkas akan menyebabkan keradangan tinggi. Apabila berpuasa,ia boleh mengurangkan kadar keradangan melalui keseimbangan hormon. Menurut kajian,apabila tahap insulin dalam badan rendah ia mampu mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas.

4. Dapat menyokong kolagen yang sihat dalam kulit

Diet yang sihat sangat mempengaruhi kesihatan kulit. Berpuasa dapat meningkatkan dan menambahbaik intergriti kolagen dalam badan terutama kulit. Sekiranya gula tinggi dalam darah akan menyebabkan struktur kolagen dalam badan rendah dan melemahkan kekuatan serta ketahanannya.

5. Dapat memperbaiki proses kitar semula sel (Cell Recycling)

Usia meningkat (sel jahat) dari luar dan dalam akan membiak dalam badan. Ini akan menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbangkan kepada penyakit progresif. Berpuasa boleh membantu kita memperbaiki badan dalam proses kitar semula sel melalui proses autophagy. Proses ini akan mencernakan sel-sel rosak dan tua pada peringkat selular.


Hebatnya manfaat berpuasa kan!!. Kalau dalam 30 hari kita dapat melakukan puasa dengan baik. Pasti kita akan mendapat manfaat kesihatan yang jauh lebih baik seadanya. Bonusnya dapatlah juga badan yang slim dan berat badan yang ideal. 



Jangan lupa tau kongsikan pada semua orang tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Dan selamat mencuba menu-menu sahur yang sihat lagi bertenaga ini 😉😉

Untuk pertanyaan dan pembelian shaklee boleh hubungi saya di Healthy Is A Gift 



#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


























Khamis, 23 Mac 2023

KEMERIAHAN SHAKLEE FUN DAY DAN HEBATNYA SHAKLEE BISNES 😍

 KEMERIAHAN SHAKLEE FUN DAY 😍



Pada 18 March 2023 yang lalu,bersamaan hari Sabtu shaklee malaysia ada buat program 
"Shaklee Fun Day" di branch-branch terpilih iaitu di Home office (Pj),KL branch,Kota Baharu branch dan juga Johor Baharu branch.

Menariknya yang ada dalam program ini adalah,shaklee menawarkan diskaun setiap item yang shaklee malaysia jual dan memeriahkan lagi suasana terdapat pelbagai free gift untuk mereka yang sudah menjadi ahli dan Exclusive gift bagi mereka yang baru mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee. 

Semenjak kenal shaklee,memang tidak pernah miss dengan event-event shaklee buat ini. Kalau dekat memang akan turut serta hadir dan support. Tapi kalau Jauh,kita support saja dengan pembelian kaw-kaw yang shaklee offer. Family shaklee is everywhere gituuu..


Menarik kan 😍😍


Diskaun kaw-kaw Youth skincare shaklee 😍💓



Borong Twin pack cinch yang tengah promo ni. Sebagai persediaan berpuasa katakan.

Bestnya meriah kawan-kawan ambil peluang ini. Buat belian dapat pula free gift banyak.

Shaklee terbaik !!!!












Biasanya kalau shaklee buat event,mesti shaklee sediakan juadah-juadah sihat juga. Ada saja produk free to test kata orang,terutamanya yang protein shake.

Memandangkan bulan ini adalah promo Twin pack cinch,maka adalah testernya di hidangkan.

Cinch ni ada 3 perisa. Siapa suka kopi,ada Cafe latte. Siapa suka coklat,ada Cinch chocolate dan siapa suka Creamy taste,ada Vanilla juga.

Semua sedapppp !!!! Rugi kalau tidak grab protein cinch shake ni. 



Yang inilah performance drink Lime flavour. Kalau bulan puasa,air basikal ini tersangatlah laku. Dan kebiasaanya,shaklee akan bagi tester untuk semua yang datang berkunjung di shaklee event masa tu.

Air basikal yang sedap !!! 

Ahh.. Inilah free gift yang member dapat hasil datang dan support Shaklee Fun Day masa tu. Meriah giftnya 😍😍. Untung yang dapat grab item-item rare shaklee ni.


HEBATNYA SHAKLEE BISNES 💓



Apa yang bestnya dengan Shaklee Bisnes ini ?? 

1. Produk berkualiti,Semulajadi dan Berkesan 

Shaklee mempunyai produk yang berkualiti,bersifat secara semulajadi dan sangat berkesan. Sebab inilah saya jatuh cinta dengan shaklee. Kerana keutamaan saya pada produk supplement,harus pentingkan keberkesanan,kualitinya dan base on nature. Yang bestnya produk shaklee ini disokong dengan kajian-kajian yang dijalankan sendiri oleh pakar-pakar saintis shaklee. 

2. Shaklee adalah Company yang kukuh

Antara sebab saya memilih shaklee juga adalah disebabkan latar belakang syarikat ini secara global. Shaklee sangat kukuh di US dan baiknya,Malaysia juga sentiasa terbuka dan mengalu-alukan keberadaan shaklee ini di negara kita. Shaklee di Malaysia pun sudah bertapak hampir lebih dari 50 Tahun dan ini menunjukkan bahawa permintaan akan shaklee di Malaysai sangat memberangsangkan. 


3. Shaklee Bisnes adalah adil

Shaklee Bisnes ini mempunyai sistem MLM yang adil. Ia tidak meletakkan shaklee ini adalah syarikat yang menjalankan sistem penipuan mahupun penindasan. Sistem yang adil di mana,tidak semestinya hanya orang atas sahaja akan berpeluang menjana pendapatan yang tinggi. Orang bawah juga mampu mencapai pendapatan tinggi. Ini adalah kerana shaklee mengajar kita untuk berkarya dengan usaha diri. Bukan duduk goyang kaki tapi boleh dapat hasil. Semua dilakukan dengan usaha diri. Untuk berhasil kenalah kerja keras.

4. Teamwork 

Seperti yang saya share di point yang ketiga,bahawa shaklee ini mengajar kita untuk berkarya dengan usaha sendiri. Namun begitu,shaklee juga ada sistem teamwork yang kukuh. Walaupun bergerak secara berkumpulan tetapi usaha diri itu tetap yang paling utama untuk berjaya dengan misi hidup. Teamwork ini membantu kita dari segi mentoring (coaching),kelas-kelas nutrisi,kelas marketing dan sebagainya.

5. Shaklee Bisnes boleh diwarisi

Yang bestnya di shaklee yang tidak akan dapat dalam company lain,adalah shaklee bisnes ini boleh diwariskan kepada anak. Shaklee bisnes ni berkonsepkan 'LEGASI'. Apa yang dikerjakan,dapat dinkimati seisi keluarga dan sekaligus dapat memberi peluang untuk anak-anak mengenali shaklee dengan lebih dekat. Anak-anak sentiasa akan diberi pendedahan mengenai platform bisnes shaklee ni bagaimana ia dijalankan dan yang best anak-anak dapat dididik dari awal betapa pentingnya pengambilan supplement untuk masa depan yang baik-baik.

6. Modal kecil

Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee,maka bolehlah memulakan bisnes shaklee tanpa had. Yuran keahlian shaklee hanya RM35 sahaja. Shaklee juga sudah menyediakn sistem-sistem yang baik yang kita boleh guna pakai untuk marketing. Ada sokongan kelas nutrisi juga untuk kita mudah mengenali produk-produk shaklee supaya kita boleh memberi guideline yang baik pada customer/prospek.

7. Shaklee produk adalah HALAL

Shaklee produk adalah halal. Shaklee mempunyai sijil-sijil halal daripada JAKIM dan ISA dan yang best shaklee juga ada kelulusan KKM. So tidak ada keraguan bila kita mengamalkan produk shaklee ini. Shaklee Malaysia sentiasa peka akan isu-isu sebegini bagi menghormati akan undang-undang dan sistem pentadbiran negara Malaysia. 


Demikianlah point-point utama yang membuatkan saya suka dan sentiasa setia dengan bisnes plan shaklee ini. Hampir 10 tahun bersama shaklee dan sehingga ke saat ini saya masih setia menjadi pengguna shaklee dan menjadi seorang wanita berkerjaya dengan shaklee kerana shaklee adalah punca pendapatan saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa.

Bagi kawan-kawan,student dan surirumah yang mahu ada pendapatan sendiri ataupun sedang mencari side income. Jom bersama kita dalam shaklee bisnes dan contact saya di Healthy Is A Gift .Saya akan consult dan bantu kamu sebaik mungkin sehingga berjaya dalam bisnes shaklee ini.

Rujukan lain boleh klik di sini Kenali Shaklee Dan Supplement Terbaik

Boleh baca juga tentang  keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu perkongsian dari rakan saya. Selamat membaca ☺️

#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Rabu, 22 Mac 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Tahukah kamu,terdapat banyak kaedah-kaedah diet yang digunapakai masa kini,termasuklah yang paling popular sekali iaitu Intermittent Fasting

Sebelum ini di entri saya juga,ada saya share tentang apa itu Intermittent Fasting. Tapi suka saya mahu refresh kembali apakah itu Intermittent Fasting secara umum dan mudah untuk difahami.

    
  " Intermittent Fasting ini lebih dikenali sebagai diet yang berkonsepkan pengaturan pola pemakanan mengikut jaudal tertentu. Pendekatan konsep ini lebih mengutamakan menu diet dan jenis makanan diet serta pengamalannya memerlukan perancangan yang lebih tersusun dan teliti. Kebanyakkan orang sekarang lebih senang memilih konsep Intermittent Fasting ini kerana,ia sangat mudah untuk diikuti. "



Perkongsian kali ini,saya mahu kongsikan sedikit info tentang keberkesanan Intermittent Fasting sehingga ke tahap Autophagy dan juga keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu. 






APA ITU AUTOPHAGY?

Autophagy bermaksud " Makan dengan sendiri " self eating. Ia berlaku apabila kita sudah berpuasa sehingga mencapai jam ke 18-20.
Berpuasa membolehkan kita merawat dan memulihkan tubuh badan. Yang best dalam tahap Autophagy ini mampu menyingkirkan protein toksik yang menyebabkan penyakit pelupa/nyanyuk dan bantu menghidupkan sel sihat yang baru. 


MANFAAT AUTOPHAGY

> Membuang protein jahat dan tidak baik dalam badan.Kebiasaannya mengaitkan kepada simptom penyakit parkinson dan alzheimer.

> Mengitar semula protein baik untuk membina tisu dan organ dalam badan.

> Memberikan tenaga dan menjadi blok bangunan kepada sel yang masih baik.

> Autophagy juga berperanan dalam mencegah dan merawat kanser.
   ( Sel-sel badan berperanan sebenarnya dalam proses Autophagy ini.Tapi bila proses itu menurun selari dengan proses penuaan kita,maka sel tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini akan menyebabkan peningkatan kepada masalah risiko kanser ).

> Autophagy ini juga adalah proses yang membantu merangsang sistem imun dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan.
 

CARA UNTUK KITA CAPAI PROSES AUTOPHAGY 


Kalau dilihat dalam time line seperti diatas,proses autophagy itu akan berlaku bermula pada jam ke 18-20 dan ianya akan mencapai tahap kemuncak selepas IF 72 jam,( IF yang dibuat selama 3 hari tanpa makan,hanya minum air putih ).

Bayangkan kalau kita mampu buat IF ini selama 3 hari bersamaan 72jam. Kita akan mampu melakukan pembersihan sel sehingga ke tahap selular. Badan akan lebih ringan dan lebih aktif dari kebiasaan.

APA KAEDAH YANG MENYOKONG AUTOPHAGY?

- Intermittent Fasting atau berpuasa 

- Mengamalkan lemak baik contohnya asid lemak Omega 3,minyak zaitun dan buah avocado.

- Melakukan senaman yang sesuai dengan penerimaan badan.

- Mendapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.



Dalam Intermittent Fasting,kita biasa akan follow jadual yang sudah pun disusun dengan baik. Dan sebagai langkah pertama dan baru mahu menjinakkan badan dengan puasa,ia bermula dengan jam 12:12. Sekiranya badan boleh menerima,barulah ia akan naik ke jam seterusnya.

Kebiasaannya juga,kita akan disertakan dengan meal plan yang sesuai bagi memberikan tubuh badan kita menerima sesuatu dalam keadaan yang baik. Dan sebaik-baiknya perlu dilakukan dalam kaedah suku-suku separuh.



Mekanisme bagaimana Proses Autophagy perbaharui sel badan kita

Ini adalah table mekanisme bagaimana proses Autophagy itu bertindak dan memperbaharui sel badan kita.
Bila kita mampu berpuasa dan dapat mencapai tahap Autophagy itu,maka kita boleh memperbaiki tahap kesihatan kita dengan lebih baik. 
Cara mudah saja,dengan berpuasa kita dapat berikan yang terbaik dan sayang akan tubuh badan kita.  

Tetapi,kita juga perlu beringat. Bila kita mengamalkan berpuasa dan ingin mencapai tahap Autophagy dengan sistematik. Jangan pula kita mengambil pemakanan yang tinggi toksin. kita buang tapi kita masukkan balik toksin,proses itu pun tidak berjalan dengan lancar. Maka itu,ditekankan juga dengan meal plan yang sesuai ketika melakukan IF ini,supaya IF kita itu lebih bermakna keperluannya. Mahu sihat,kena buat dengan cara yang sihat juga. Jadi,pemilihan makanan dan minuman itu perlu dijaga juga ya. Sebolehnya buatlah cara suku-suku separuh,dan penuhkan ruangan pinggan kita itu dengan cukup fiber,protein dan karbo yang betul.


 SOKONGAN KAEDAH PROSES AUTOPHAGY

- Berpuasa secara sihat dengan mengambil Set Puasa Shaklee.

- Mengamalkan Supplement Terbaik untuk menyokong keperluan nutrisi badan.

- Mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Dan perbanyakkan Omega 3 dalam makanan harian.

- Latih diri untuk dapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.

- Elak stress.

- Bersenam


Baru-baru ini,saya ada mengikuti kelas Prof.Dr Redza (Seorang pakar saintis Neutraceuticals di Malaysia). Dimana dalam kelas ini,beliau ada berkongsi tentang supplement yang dapat membantu kita mengaktifkan proses Autophagy ;

> Resveratrol ( Polifenol )

> Citrus Bergamot

> Turmeric

> Astaxantin ( Polifenol )

Yang bestnya,apa yang disebutkan oleh Prof.Dr Redza itu,semuanya terdapat dalam Shaklee. So,sangat mudah untuk diperolehi.

Contohnya untuk sumber polifenol,dishaklee ada Vivix dan Resv yang mana dalam kandungan Vivix dan Resv itu kaya dengan polifenol. 
Bahan terlibat dalam Vivix seperti,Anggur muscadine,purple carrot,elderberry dan japanese knotweed.



Vivix - Resveratrol yang menyokong Autophagy

Resv - Polifenol intake yang menyokong daya ketahanan terhadap masalah kurang tidur.


Coq Trol Plus Shaklee - Mengawal selia Q10 semasa proses Autophagy. 


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Biasanya kita akan dengar kebaikan Intermittent Fasting saja kan. Tapi dientri saya kali ini,saya mahu kongsikan tentang keburukan Intermittent Fasting pula.

1. Tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul

- Walaupun IF ini adalah satu kaedah pengaturan pola pemakanan berjadual. Tetapi dalam masa yang sama tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul juga. Maksudnya disini,apabila kita berbuka,meal yang kita ambil itu kadang meal yang tidak lengkap dan penuh nutrisinya. Lebih gula dalam pemakanan,Fast food,Processed food dan sebagainya. Ini akan menganggu pembersihan toksin dalam badan. Maka cara ini amatlah tidak digalakkan sama sekali. Sebolehnya,biarlah pemilihan itu seperti yang saya katakan tadi mengikut cara suku-suku separuh dan seimbang nutrisinya dalam pinggan.

2. Tahap kolagen dalam badan akan berkurang sebanyak 90 %

- Tahukah kamu? bahawa Intermittent Fasting ini boleh menyebabkan kesan kepada kulit kita dalam aspek penuaan. Disebabkan kekurangan kolagen dalam badan,faktor keanjalan kulit akan mula mengendur dan alami kekeringan.

- Ada yang buat IF membantu dia kurus,namun pada masa yang kulit mula mengendur dan akan nampak lebih tua dari usia badan sebenar. Situasi sebegini juga tidak bagus. Kalau boleh kita mahu semuanya dalam keadaan seimbang kan. 




- Mahu kurus tapi nampak tua? Mana ngam kan. Mahu kurus tapi nampak makin muda? Yes!!. Bila kita buat IF ini pastikan ada support nutrisi. Boleh ambil Hello New You Set Misi Kurus Premium dan juga Collagen powder shaklee .

Kenapa Kolagen penting? 

> Kolagen merangkumi aspek kesihatan kulit,sendi dan tulang.

> Terdapat 28 jenis kolagen dan ianya di kategorikan dalam type 1,2,3,4. Apabila kita melakukan IF,kemungkinan type 1 akan termusnah lebih banyak.

> Umur dalam 28-an dan ke atas,tahap kolagen dalam badan akan semakin berkurang sehingga 50 %.

> Sebanyak 30% protein dalam badan adalah kolagen.



3. Gangguan tidur atau alami Insomnia 

- Hormon kortisol kita meningkat akan menyebabkan kita rasa lapar yang amat kuat dalam keadaan badan sedang berehat. Ini tidak baik dan akan menyebabkan gangguan untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus seterusnya berlaku insomnia.

- Mahu dapatkan kualiti tidur yang baik ?

> Amalkan ESP shaklee dan minum suam-suam.

> Amalkan Ostenutrix untuk lengkap kalsium dan magnesium intake dalam badan.

> Polifenol yang ada dalam Vivix dan Resv akan membantu relakskan mood kita dan melenakan tidur kita.

4. Sakit sendi dan lenguh otot badan

- Terdapat juga masalah sampingan ketika kita melakukan Intermittent Fasting ini,iaitu masalah kepada sendi dan lenguh otot-otot badan. Ini adalah kerana ketika berpuasa,kita akan kekurangan sumber elektrolit dalam badan. Boleh menyebabkan kita akan alami dehidrasi.

- Untuk mengelakkan masalah sedemikian ;

> Ambil sumber elektrolit seperti Performnce Drink shaklee.


Kesimpulannya yang boleh kita pelajari disini 👇👇👇👇

Orang yang melakukan Intermittent Fasting ini fokus kepada ;

> Kuruskan badan dan dapat berat badan yang ideal.

> Mahu sihat.

> Mahu reverse penyakit.

Tetapi amat digalakkan untuk belajar dan ambil pengetahuan lebih tentang Intermittent Fasting ini dan fahami sebabnya serta ambil kaedah yang sesuai dengan keadaan keperluan badan. Bak kata Prof.Dr Redza,"Tidak mahulah buat IF tapi rupa macam kak limah". Deep bunyinya itu 😅.

Sebolehnya juga,jika kita melakukan Intermittent Fasting ini,ambillah produk supplemen yang boleh membantu kita fokus kepada tujuan kita. Saya amat galakkan kamu ambil Supplement Terbaik

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di HealthyIsAGift
Saya sedia membantu kamu 😉. 

Boleh juga klik Keburukan Intermittent Fasting perkongsian dari rakan saya ini 😉. Membaca amalan yang sangat mulia. Semoga bermanfaat 🤗


#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
















Jumaat, 17 Mac 2023

8 SEBAB KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK DI MALAYSIA 💗

Saya dengan shaklee bertemu..

Hampir 10 tahun sudah saya mengamalkan shaklee produk,sejak tahun 2013 lagi. Hujung tahun ini 18 December 2023 akan  menjadi tahun ke 10 saya bersama dengan shaklee. Kadang sampai fikir,tidak sangka saya boleh amalkan produk ini dengan setia 😃. 

Ceritanya dahulu,sewaktu belum mengenali shaklee saya adalah sejenis orang yang sangat sukar mempercayaai sesuatu produk. Apa lagi bila produk itu yang jenis kena makan masuk dalam badan bagai. Memang sangat susah untuk saya mencari minat dengan mengamalkan supplement apatah lagi menggunakan produk dalam rutin harian.

Tapi disebabkan saya ada masalah kulit dan kesihatan waktu dulu,sering kali makan ubat dan tidak pernah mencuba apa-apa untuk healkan masalah saya tu,maka saya tanpa sedar mula membuat research tentang apa produk yang berkesan untuk masalah kulit saya waktu itu. Bukan juga jadi saintis bagai sampai buat research kan,tapi itulah zaman sekarang ini kan semua dihujung jari saja. Asal ada internet semua boleh kita jumpa dalam google search 😀. Maka itulah saya,mencari maklumat apa produk yang sesuai,selamat dan berkesan untuk masalah saya hadapi. Most of masa itu,banyak keluar tentang shaklee. Even buka FB pun nampak sharing-sharing kawan tentang shaklee. Jadi,bila tau ada kenalan yang menjadi agen shaklee waktu tu,saya pun contact dia untuk bertanyakan tentang produk. Kalau di google pula,saya search background company tu. Hampir dekat setahun juga saya buat keputusan samada mahu mencuba shaklee atau tidak. 
Then,18 December 2013 saya pun contact semula kawan saya untuk membuat belian sekaligus menjadi ahli shaklee. Register ahli pun sebab mahu beli dengan harga member,murah sikit gituu.

So,disini saya share 8 sebab kenapa supplement shaklee itu terbaik di Malaysia.


8 sebab kenapa supplement shaklee terbaik di Malaysia 


1.  LEGASI SHAKLEE (BACKGROUND COMPANY)


Sewaktu saya buat research company shaklee di goolge,saya terkesan dengan ayat 
"Living in Harmony With Nature". Saya terpanggil untuk membaca lebih,apa yang dimaksudkan oleh pengasas Shaklee ini dan apa yang beliau cuba sampaikan pada dunia.

Dr Foresst C Shaklee mula menerajui dunia dengan mewujudkan barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang paling terulung di dunia.
Tahun 1915 beliau mencipta 'Vitalized Mineral',Iaitu merupakan produk multivitamin yang pertama di dunia.




Tahun 1956,beliau menubuhkan shaklee cooporations yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Atas usaha beliau ia telah menjadikannya sebagai seorang pelopor industri nutrisi dan memperkenalkan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah serta keuntungan pada pengedar.

Bila fikir lagi masa tu,'Eh shaklee ini baguslah.Macam boleh cuba-cuba buat bisnes ini' kata hati saya waktu itu 😆

Shaklee juga berkonsepkan production secara semulajadi. Dimana bahan-bahan semulajadi yang tulen digunakan untuk menghasilkan vitamin dan kalau mahu tahu,Dr Foresst C Shaklee ini juga antara orang yang terawal mencipta bahan pencuci rumah yang bersifat Biodegradasi di dunia.





2. KAJIAN LANDMARK SHAKLEE

Pada mulanya,saya tidak faham apa itu Landmark study, sehinggalah saya masuk kelas-kelas nutrisi yang dijalankan oleh pihak shaklee management Malaysia. Dalam kelas ini mereka menerangkan secara lebih detail lagi tentang keistimewaan shaklee. 

Landmark study ini adalah salah satu kajian pemakanan supplemen shaklee yang mana Kajian ini dijalankan dengan kerjasama pakar pemakanan epidemologi nutrisi terkenal,
Dr.Gladys Block,Ph.D dari UC-Berkeley.

Kajian pemakanan supplemen ini adalah yang pertama dibuat untuk menunjukkan bahawa  para pengguna dan pengamal supplemen shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis supplemen lain.




Boleh rujuk dalam Nutritions Journal


3.  KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Menarik minat saya juga untuk mencuba shaklee adalah atas dasar 3 falsafah shaklee yang utama.

- Selamat
- Terbukti
- Berkesan

Selama lebih 100 tahun,pelbagai generasi telah pun menaruh kepercayaan yang shaklee boleh dan mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu lakukan. Dengan menghasilkan produk dari bahan-bahan semulajadi,berkualiti,selamat dan berkesan.

Misi shaklee yang menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik juga telah mengubah presepsi saya terhadap produk supplemen. Membuka mata hati saya  kepada ke arah kebaikan dan memiliki kesihatan yang baik dan terjamin.


Shaklee based on NON GMO product




Shaklee yang istimewa 

- Mengutamakan kesihatan
- Mengutamakan kehidupan harmoni bersama alam semulajadi
- Melakukan perkara benar
- Mengutamakan dunia yang lebih baik


Live happily with Family 💕


4. SHAKLEE LULUS KKM DAN ISA


Untuk pengetahuan semua,Shaklee adalah bersifat global. Bermakna shaklee bukan saja berada di Malaysia malah ada juga di beberapa negara Asia tenggara lain dan juga di Eropah sendiri.

Bila shaklee masuk ke negara kita Malaysia,tidak semua produk yang ada di US juga akan berada di Malaysia. Masuk Malaysia kena lalui proses pengiktirafan kehalalannya dan kena lulus KKM. Bila semua proses itu lepas,barulah shaklee company di Malaysia akan publish out item tersebut.

Pengiktirafan sijil halal boleh dilihat seperti dalam gambar diatas ya.

Untuk kelulusan KKM pula boleh dilihat seperti dibawah ini.




Bila sudah ada kelulusan KKM dan ISA,kita sendiri pun tidak akan merasa ragu lagi akan kualiti dan produksi vitamin/supplemen tersebut. Shaklee sentiasa peka akan isu berkaitan bagi menghormati undang-undang yang telah diperuntukkan dalam negara Malaysia ini.


5. PROMOSI HEBAT SHAKLEE

Shaklee suka buat promosi gila-gila.Dengan promosi-promosi hebat shaklee setiap bulan,buatkan saya sentiasa teruja dengannya. 

Contohnya,beberapa bulan lepas. Shaklee telah melancarkan satu promosi khas dan menarik bagi mereka yang aim mahu kurus dan sihat. Boleh rujuk sini Set Kurus Shaklee

Ternyata shaklee sentiasa menitikberatkan tentang isu semasa. Mahu kurus,shaklee provide set khas untuk kurus,mahu cantik shaklee akan promo set cantik,kalau mahu sentiasa bertenaga semestinya shaklee akan sediakan set untuk tenaga dan begitulah seterusnya.

Bagi saya,ia sesuatu yang sangat ideal dibuat setiap bulan. Sebab ianya dapat membantu orang memilih apa yang mereka perlukan. 


Promosi Healthy Ramadhan


Promosi Hello New You Set 


Promosi Set puasa bertenaga 123 shaklee

Bestkannn!!! shaklee selalu memahami permintaan orang ramai 😆😀. Jadi jangan lepaskan peluang untuk grab promosi shaklee setiap bulan. Setiap bulan dibuat promosi yang berbeza. 


6. SHAKLEE SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN

Shaklee sangat sesuai untuk semua golongan bermula dari bayi dalam kandungan ibu,si ibu yang amalkan supaya baby dapat support nutrisi dari ibu,untuk kanak-kanak,golongan lelaki dan juga wanita. 

Setiap kita ini sangat memerlukan support nutrisi daripada makanan tambahan. Dunia yang penuh dengan kemodenan dan perubahan teknologi,sekaligus banyak menyebarkan radikal bebas. Bila kita dihentam radikal bebas,disanalah bermulanya segala perubahan hormon,stress,penyakit akan datang bertandang. 





7. SHAKLEE ADA PLAN BISNES YANG MENARIK DAN SANGAT ADIL

Waktu mula berjinak-jinak sebagai consumer,sudah ada terdetik di hati mahu mencuba berbisnes dengan shaklee ini. Sebab sistem yang shaklee provide itu sangat mudah dan sangat adil.


Keistimewaan sebagai pengedar shaklee ;

Dapat menikmati shaklee dengan harga pengedar (Member).
➤ Dapat menikmati kelas nutrisi,menerima pemeriksaan kesihatan dan rundingan kesihatan oleh pakar pemakanan shaklee.
➤ Dapat mengakses news shaklee today dalam bentuk digital serta bahan sokongan dan sumber lain.
➤ Berpeluang memperolehi pendapatan tambahan (Bisnes).

Ada 5 langkah yang kita boleh mula sebagai permulaan melakukan bisnes bersama shaklee ;

➤ Guna - Jadi duta (testimoni sendiri) .
➤ Kongsi - Gandingkan pengalaman diri dan mula kongsikan serta memberi manfaat pada yang memerlukan bantuan.
➤ Membina - Menaja dan mengajar partner pilihan yang mahu berbisnes. Seterusnya kembangkan bisnes dengan perkongsian tanpa henti.
➤ Duplikasi - Duplikasi ilmu yang ada kepada team dan beri galakkan pada mereka untuk terus konsisten.
➤ Bimbingan - Bagi bimbingan berterusan pada leader yang ingin berkembang lebih.

Ada 6 ganjaran yang shaklee tawarkan ;

Untung runcit.
➤ Bonus kumpulan peribadi.
➤ Bonus kepimpinan.
➤ Bonus infiniti.
➤ Program Gold Ambassador.
➤ Insentif tahunan dan Program pengiktirafan.

Menarik kan shaklee bisnes platform ini. Kalau mahu tahu lebih kena hubungi saya,so bolehlah kita cerita lebih detail 😉
 
HealthyIsAGift

8. SHAKLEE TRUSTED AWARD




Rasa sangat bangga dan happy bila shaklee diumumkan menang award ini,2 tahun berturut pula itu. Ini menunjukkan bahawa shaklee adalah pilihan ramai orang kerana background company dan produk premium shaklee sendiri.

Sehingga saat inilah saya masih setia menjadi consumer product dan businesswomen dalam shaklee company. Too much benefit dapat dalam shaklee ini,bukan saja dalam aspek kesihatan malah dapat juga jadi sumber pendapatan diri. Worth!



Hubungi saya untuk pembelian dan pendaftaran ahli 😉
Boleh klik ➨ HealthyIsAGift

Boleh juga baca perkongsian rakan saya disini 

#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShkaleeLokKawi
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

























5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...