Rabu, 28 Jun 2023

VIVIX SHAKLEE DAN KEBAIKANNYA

 


Polifenol yang pertama di shaklee adalah VIVIXSHAKLEE. So,dalam entri kali ini,kita study juga tentang apa itu vivix dan kebaikannya pada umum.


APA ITU VIVIX ?


Vivix shaklee adalah minuman campuran botanical  yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan poliefenol. Ia mengandungi campuran unik botani daripada Anggur muscadine,Purple carrot,Elderberi dan juga Polygonum cuspidatum yang menjadikan VIVIXSHAKLEE ini sangat unik.



BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM VIVIX


Dalam VIVIXSHAKLEE terdapat 4 bahan utama yang mana kesemuanya sangat kaya dengan polifenol dan tinggi antioksidanya. So,jom kita kenali apakah bahan utama tersebut dengan lebih dekat.


1. ANGGUR MUSCADINE (Anggur Muskat)
 

Sama seperti RESV,bahan utama dalam Vivix shaklee juga adalah Anggur Muscadine ini. Anggur yang sangat luar biasa dengan satu kromosom tambahan dimana ia mengandungi asid elagik dan elagitanin.

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang sangat istimewa kerana kandungan dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksida dan mempunyai 
ciri-ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur jenis lain,anggur ini mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah,dan membantu melambatkan proses penuaan. 
Anggur muscadine ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.


2. PURPLE CARROT (Lobak ungu)


Purple Carrot (Lobak ungu) ini merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical. Purple carrot ini juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat terbaik. Anthocyanins ni bertindak sebagai anti-radang,anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain.Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ini bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.


3. ELDERBERI EROPAH (Eldeberry Europe)


Nama saintifik bagi Elderberry ini ialah Sumbucus Nigra.Buah Ini banyak tumbuh di kawasan Eropah,Amerika Utara,Asia dan Benua Inggeris.Elderberry Ini sudah lama digunakan dikalangan pengamal perubatan tradisional. 
Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalamnya membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkita (infection) daripada virus dan bakteria.Selain itu juga,manfaat daripada jus elderberry Ini ialah kemampuan untuk mencegah dan mengubati kanser,mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung,membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal.


4. POLYGONUM CUSPIDATUM (Japanese Knotweed)


Japanese Knotweed juga dikenali dengan nama saintifiknya Polygonum Cuspidatum,adalah tumbuhan berasal dari asia.Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. 
Knotweed Jepun ini adalah sumber komersial Resveratrol.Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan,merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah,meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan (proses detoks).



MANFAAT POLIFENOL DIBUKTIKAN DALAM KAJIAN KLINIKAL 






ANTARA KEBAIKAN LAIN POLIFENOL DALAM ASPEK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT







GOLONGAN TERLIBAT YANG SESUAI AMALKAN VIVIX UNTUK KESIHATAN SECARA OPTIMUM



DAPATKAN RESV DAN VIVIX SHAKLEE SEKARANG !!!



Boleh direct contact saya di sini Healthy Is A Gift
 
Atau 

Boleh juga hubungi saya terus Wasap Saya 

Klik RESV SHAKLEE untuk info dan kebaikannya 😉


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi








































Selasa, 27 Jun 2023

RESV SHAKLEE DAN KEBAIKANNYA

 


Jom kenali RESVSHAKLEE bersama saya 😉

APA ITU RESV?

ResV adalah produk keluaran terbaru dari shaklee. Merupakan produk yang sangat kaya dengan antioksidaan dan polifenol. Ia membantu melambatkan proses penuaan pada tahap selular. ResV shaklee ini diformulasikan secara saintifik untuk menyokong tahap kesihatan dan penyelanggaraan umum untuk kehidupan yang muda dan bersemangat. ResV ini adalah adik beradik kepada Vivix yang mana powernya 30% kali gandanya.



BAHAN UTAMA YANG ADA DALAM RESV





Dalam RESVSHAKLEE ini terdapat 7 Jenis bahan utama. So,mari kita kenali satu persatu kebaikan bahan-bahan tersebut 😉


1. POLYGONUM CUSPIDATUM


Polygonum cuspidatum mengandungi polifenol utama yang dipanggil Resveratrol. Dimana dalam ini sangat banyak manfaat pada kesihatan.

- Membantu mengalakkan kadar keradangan yang sihat
- Meningkatkan peredaran darah yang baik
- Merencatkan pergumpalan platelet darah


2. ANGGUR MUSCADINE


Anggur Muscadine ini adalah bahan utama dalam RESVSHAKLEE dan VIVIX. Dimana anggur ini sangat luar biasa dengan satu kromosom tambahan yang mengandungi asid elagik dan elagitanin.

- Membantu menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal.
- Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel.
- Membantu mengawal atur tahap glukosa darah yang sihat.


Bagaimana Polifenol membantu mengawal tahap glukosa darah yang baik 👆


3. LOBAK UNGU 


Lobak ungu mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutien dengan antioksidan yang kuat untuk meningkatkan kesihatan yang baik.

- Membantu mengalakkan penglihatan yang sihat
- Membantu meningkatkan keanjalan salur darah yang baik
- Membantu mengurangkan keradangan


Ini adalah kajian klinikal study yang dijalankan dimana gabungan resveratrol dan polifenol yang membantu mengurangkan kadar keradangan.


4. POMEGRANATE


Dalam pomegranate ini penuh dengan nutrien penting termasuklah elogitanin,asid elagik dan juga flavonoid.

- Membantu mengurangkan kolestrol jahat dan membantu tekanan darah yang baik dan sihat
- Membantu membaiki fleksibiliti sendi
- Membantu menguatkan sistem imun badan
- Sebagai antioksidan tinggi dan terbaik untuk kesihatan yang optimum


5. CHEBULIC MYROBALAN


Chebulic Myrobalan dikenali sebagai 'Raja Ayurveda'. Ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan ia juga mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.

- Membantu menyokong kesihatan penghadaman yang baik
- Mengurangkan keradangan
- Membantu menyokong paras gula darah yang sihat
- Menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat


6. ANGGUR HITAM


Anggur hitam ini sangat kaya dengan nutrien dan tinggi antioksidan,polifenol dan Vitamin c. Ini salah satu bahan utama yang ada dalam RESV.

- Membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Melegakan sakit tekak dan selesma
- Menggalakkan kesihatan sistem saraf
- Membantu menyokong jantung yang sihat dan kuat


7. HAMPAS ANGGUR DAN ANGGUR MERAH


Selain anggur muscadine dan anggur hitam yang digunakan dalam RESV ini,terdapat hampas anggur dan anggur merah juga dalamnya. Dimana dua bahan ini mengandungi polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin yang memberikan kuasa antioksidan terbaik.

-Membantu mengawal tekanan darah
- Membantu mengurangkan keradangan
- Melindungi daripada penyakit degenerasi-neuro seperti Alzheimer


NUTRIEN POLIFENOL DALAM ASPEK-ASPEK KESIHATAN


Keberkesanan Function polifenol yang ada dalam RESV 😊










GOLONGAN TERLIBAT YANG SESUAI AMBIL RESV UNTUK KESIHATAN



Menarik RESVSHAKLEE ini kan. Yang tidak suka makan banyak jenis supplemen,bolehlah memilih RESV ini sebagai all in one supplement untuk daily intake.

Grab Promo di sini Healthy Is A Gift 

Atau 

Boleh direct contact Wasap me

Boleh juga rujuk link IG saya IG me


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi

















































Khamis, 22 Jun 2023

PUNCA JERAGAT DAN PETUA HILANGKAN JERAGAT

 

Dalam entri kali ini,saya mahu berkongsi tentang masalah kulit iaitu jeragat yang mana boleh dikatakan masalah utama pada kulit muka dan ada juga di beberapa bahagian tubuh badan yang lain. Tapi masalah ketara ini selalunya berlaku pada kulit muka. 

So,kali ini jom sama-sama kita ketahui apakah punca-punca jeragat ini terjadi.




APA MAKSUD JERAGAT ?


PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT DI WAJAH KULIT

1. MATAHARI

Sinar cahaya matahari mengandungi sinar UV A dan B. Sinar UV ini boleh menyebabkan kerosakan sel kulit.
Sinar UV A - Merosakkan sel bawah kulit.
Sinar UV B - Merosakkan sel luar kulit.

Kesan sinar ini bukan saja boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat tetapi juga boleh menyebabkan kanser kulit jika tidak dijaga dengan baik.


2. KEHAMILAN

Kebiasaanya pada wanita hamil juga akan mengalami masalah jeragat ini. Ini adalah kerana disebabkan perubahan hormon yang tidak menentu. 

Selain perubahan hormon,ia boleh jadi disebabkan kekurangan nutrisi pada badan juga. Ini kerana keperluan nutrisi wanita hamil bertambah disebabkan anak yang dikandung itu lebih memerlukan keperluan nutrisi yang cukup.

Masalah jeragat pada wanita hamil ini biasanya akan hilang selepas bersalin,tetapi ada juga yang terus mengalami masalah jeragat yang berlarutan.


3. PENGGUNAAN UBAT-UBATAN

Pengambilan ubat-ubatan juga memberikan 'Side effect' yang boleh menyebabkan masalah jeragat. Walau bagaimanapun masalah ini sangat kurang disedari.


4. RAWATAN HORMON

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan rawatan hormon (Pil) yang mengandungi hormon progesterone,penukaran hormon,implan banyak mengundang kepada masalah jeragat.

Ini adalah disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil dan memberikan kesan tidak baik pada kulit. Sekiranya ia digunakan tanpa kawalan yang baik,maka masalah kulit ini akan memberikan kesan buruk di masa akan datang.


5. PEMILIHAN ATAU PENGGUNAAN PRODUK YANG SALAH

Bila nafsu mahu cantik itu lebih berkuasa,sehingga lupa untuk memilih produk yang selamat digunakan. Kadang terdapat kandungan kimia yang sangat tinggi pada produk muka. Ini akan mengakibatkan kepada masalah kulit tanpa sedar.


6. PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK KONSISTEN

Kadang kala kita terleka dengan kebersihan muka. Bila pakai solekan,balik-balik rumah saja dan merasa penat terus tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu.Sifat yang sambil lewa inilah yang akan menjadikan punca terjadinya jeragat dimuka. 

Jangan biarkan diri dihinggapi tompok-tompok hitam! Tidak cantik nanti.
So,kebersihan muka juga adalah hal paling utama harus dilakukan. Setiap hari tanpa culas. Pastikan juga penggunaan produk pencuci muka yang selamat digunakann.



KENALI JENIS -JENIS JERAGAT



1. LIVER SPOTS / AGE SPOTS

- Bintik-bintik hitam dan coklat yang tidak sekata.

- Punca terjadinya hasil accumulated sun damage through out the year. 


2. MELASMA 

- Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.


3. FRECKLES

- Tompok-tompok kecil yang biasanya ada dekat hidung dan pipi. Freckles ini biasanya lebih kepada masalah genetik.

- Faktor paling utama selain genetik adalah kerana tidak ada penggunaan protection UV sunscreen/sunblock.

- Freckles ini sekiranya under exposure UV yang berlebihan,ia boleh menjadi semakin gelap dan makin banyak. Sebab tu wajib guna sunscreen/sunblock.



PETUA HILANGKAN JERAGAT

Terdapat banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan jeragat pada muka. Walau ada yang katakan bahawa jeragat ini pada tahap-tahap tertentu sememangnya sukar untuk hilang. Ada yang mencuba secara alami (menggunakan bahan-bahan semulajadi) dan ada juga yang menggunakan produk muka.

So,disini saya kongsikan beberapa tips atau petua alami yang boleh diguna pakai dan juga produk rekomendasi terbaik untuk masalah jeragat.


1. SAPUAN ALOE VERA

💓 Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!

Manfaat aloe vera untuk kulit muka. Antaranya :

- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

2. PERAHAN JUS LEMON
💓 Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut,jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
Ada juga yang menggunakan jus lemon ini dicampur dengan madu,kemudian di sapukan pada kulit muka. Petua yang mungkin berguna,boleh dicuba kerana ia tida memerlukan kos yang tinggi.

3. TEH HIJAU
💓 Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.

Menurut kajian,teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.

Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.


4. DIET PEMAKANAN YANG SIHAT

💓 Cara menghilangkan jeragat di muka juga adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat.Oleh itu,jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.


5. PENGGUNAAN PRODUK (SUNSCREEN/SUNBLOCK)


Terdapat banyak jenis sunblock/sunscreen yang boleh didapati di drugstore dan banyak juga produk-produk kecantikan yang lengkap dengan pelindung UV ni.

Tapi disini,saya mahu kongsikan dan rekomendasikan satu jenis pelindung UV A dan B yang saya sendiri guna sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Iaitu SPF50 Youth skincare shaklee.

Bestnya !! Moisturizer dari rangkaian YOUTH Skincare Shaklee ini sangat menarik kerana ia merupakan gabungan moisturizer + sunblock SPF 50 UVA UVB. Jadi tidak perlu memakai 2 jenis produk yang berbeza. Jimat masa dan tenaga gitu.

KEISTIMEWAAN SPF50 

1. 2-in-1: Moisturizer + Sunblock. Mudah. Tidak perlu pakai pelembap + sunblock menggunakan 2 krim yang berbeza.

2. Diformulasi khas untuk orang Asia dengan broad spectrum SPF 50 UVA/UVB.

3. Tidak menyumbatkan pori (non-comedogenic).

4. Tidak perlu dibuang menggunakan oil-based makeup remover seperti sunblock lain kerana ianya tidak kalis air (meresap terus ke dalam kulit),dan menjadikan ianya mesra wuduk juga bagi pengguna Muslim.

5. Penutup yang sama seperti Cleanser,iaitu design yang up-to-date. So tidak risau tentang pembaziran.

BAHAN UTAMA YANG ADA DALAM SPF50

1. SPF 50.

2. Vital Repair+® Complex.

3. Muscadine Grape Extract.

MANFAAT UTAMA SPF50

1. Melembapkan kulit.

2. Menjadikan tona kulit lebih sekata.

3. Menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.

4. Melindungi sel kulit (terutamanya sel kulit baru) dari sinaran matahari dan pencemaran.

Dapatkan SPF50 ini dari saya tauuuu 😉

Klik sini untuk pembelian Healthy Is A Gift

ATAU

Boleh contact di sini Wasap Saya

Ada petua lain di sini Petua hilangkan Jeragat



#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi













Selasa, 20 Jun 2023

CARA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 


GOOD HEALTH IS ABOVE WEALTH


Saya adalah mommy kepada 4 orang anak. Mempunyai 3 anak lelaki dan seorang perempuan. Secara jujurnya,cabaran menjaga setiap peribadi anak itu tidak sama. Ada anak yang dengar cakap,dengar arahan dengan baik. Ada pula anak yang sangat sukar menerima arahan. Ada juga yang sangat hyper aktif,boleh dikatakan setiap masa ada sajalah kerjaanya di rumah. Penat mental dan fizikal itu,hanya Tuhan saja tahu.

Tapi siapa saya untuk menolak tanggungjawab terhadap anugerah Tuhan bagi ini kan. Malah saya banyak belajar untuk menjadi seorang mommy yang kena kuat setiap masa. Walau dalam keadaan penat,keadaan sakit dan sebagainya. Tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang mommy dan isteri dalam rumahtangga. Ini termasuklah dari segi emosi diri,penampilan diri dan juga gaya hidup.

Apa yang saya jalani sepanjang menjadi seorang yang perlu kuat mental dan fizikal sepanjang berdepan dengan tanggungjawab yang tidak pernah putus ini? Ada beberapa cara pemupukan amalan gaya hidup sihat yang saya kerap buat. Jom baca sampai habis perkongsian saya disini ya 😉


Apa yang difahamkan dengan amalan gaya hidup sihat ?
Kesihatan adalah hal yang terutama yang perlu sentiasa menjadi perhatian semua peringkat umur. Bermula dari seorang bayi sehinggalah kepada warga emas. Semua orang fight untuk menjalani gaya hidup sihat,tetapi sejauh mana amalan yang dilakukan itu mampu berterusan?

Jom saya share disini cara amalan gaya hidup sihat yang saya biasa lakukan.


1. PEMAKANAN YANG SIHAT

Terlalu banyak aspek yang dikaitkan dengan pemakanan sihat ini. Tapi pengamalan saya mungkin tidak sama dengan semua orang. Ini kerana melihatkan kepada keupayaan seseorang itu untuk melakukannya.

Saya ada terlibat dengan program yang dipanggil 'JOM DETOXIF'. Dalam program ini saya belajar untuk meminimaliskan pengambilan atau lebih senang menjaga portion makan dan belajar memilih makanan yang lebih sihat dan bernutrisi.


Dahulunya,saya ada mindset dimana,makan macam ini hanyalah gaya orang-orang kaya saja mampu dan saya tidak suka cara ini. Saya orang kampung,makan sayur kampung saja. Walhal dengan sayur kampung pun saya tidak mampu sediakan seperti ini. Begitulah mindset yang sangat-sangat naif waktu itu. Sebab belum ada ilmu-ilmu tentang pemakanan sihat kan. Paling diwar-warkan pun biasanya kita follow chart dari pemakanan sihat KKM saja.

Tapi bila masuk program ini barulah saya mula tukarkan mindset pada perkara-perkara positif saja. Yang perlu dibetulkan dahulu adalah 'MINDSET' itu sendiri,barulah hala tuju dan fokus kamu itu boleh berjalan dengan baik.

Saya melihat kepada perkara baik untuk masa depan saya dan bukan pada waktu saya melakukannya. Bila nampak macam senang hakikatnya ia memerlukan kekuatan mental yang sangat kuat. Mahu berubah ke arah yang lebih baik kan,kena sacrificelah.

Dalam program 'JOM DETOXIF' ini kami juga belajar tentang Healthy Habit. Dimana Healthy habit ini adalah panduan mudah untuk mencapai kelancaran sepanjang program berjalan. Ada group eksklusif dan dalam group ini banyak perkongsian yang boleh membuka mata hati untuk berubah. Tidak rugi join ni group bah. Best!!! 


Healthy habit adalah 5 perkara asas yang perlu dipatuhi dalam amalan gaya hidup sihat.

1. Pengambilan air putih
2. Pemilihan makanan yang betul
3. Rehat yang cukup
4. Senaman
5. Supplement wisely


2. MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Terdapat banyak cara dan banyak aktiviti fizikal yang boleh kita buat. Aktiviti fizikal ini adalah antara aktiviti yang merangkumi pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan harian seperti berkerja,berekreasi,bersenam dan bersukan.

Sekiranya menjalani kehidupan dalam keadaan yang tidak aktif,ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit 3 serangkai dan juga masalah kegemukan. Ini secara pandangan kasar sahaja ya. Tetapi ianya tidak mustahil terjadi sekiranya tidak ada penyerapan aktiviti fizikal dalam rutian harian.

Saya adalah sejenis orang yang aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Saya adalah atlet sekolah dan saya tidak pernah miss join hari sukan sekolah. Sudah menjadi keminatan bersukan dan bersenam ini dari zaman muda lagi. Dan sehingga sekarang saya masih aktif melakukan aktiviti fizikal saya ini.

Bagi saya,bersukan dan bersenam ini adalah satu terapi minda dan juga terapi badan saya untuk lebih produktif dalam menjalani rutin harian. Dalam program 'JOMDETOXIF' juga kami memang akan menerapkan budaya bersukan dan bersenam ini. Selain pemakanan,senaman juga adalah salah cara untuk kita dapat meningkatkan gaya hidup sihat yang lebih efisen.






3. MENANGANI STRESS (EMOSI)


Saya percaya,semua kita yang ada dimuka bumi ini tidak lari dari menghadapi stress. Lebih-lebih lagi yang menekan emosi diri. Saya juga sedemikian,apatah lagi saya adalah seorang surirumah berjaya. Memang tidak lepas dari masalah dan hadapi stress.

Tapi disetiap masalah,kesakitan dan stress yang kita hadapi tu kan,pasti ada jalan keluar untuk melihat arah positif. 

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah,sekolah atau tempat kerja.Stress,apabila keterlaluan,berpanjangan sehingga tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Twist !!!! saya lakukan ini setiap kali berhadapan dengan kemarahan stress (emosi) :

  • Menyedari apabila sedang marah… katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang (Kira hingga sepuluh,tarik nafas panjang dan hembus).
  • Berdiam.
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan (Menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan).

Cara saya mengurangkan rasa stress? 

  • Berfikir secara positif.
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
  • Belajar menyukai diri sendiri (Berdamai dengan diri).
  • Belajar bertenang.
  • Adakan hobi.
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
  • Cari kawan untuk meluahkan sesuatu (Jangan pendam).
  • Mendengar lagu rohani.
  • Membaca firman-firman Tuhan dalam bible (Cara saya untuk bertenang dalam segala hal).
  • Me Time!

4. MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pentingkah permeriksaan kesihatan ini? 

Ya! sangat penting.

Kita hanyalah manusia biasa,yang tidak selalunya kuat. Ada kalanya,badan kita juga pandai jatuh sakit. Jadi amat digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Sakit jumpa doktor. Badan perlu relaxtions,rajinkan diri ke Spa dan massage.



5. SUPPLEMENT WISELY



Tidak dilupakan juga dengan pengambilan supplemen dalam rutin harian. Supplemen atau lebih mudah dikenali sebagai makanan tambahan adalah support nutrisi yang badan perlu,yang mana tidak kesemua nutrisi badan perlu fully dapat dari pemakanan harian. Jadi support dari makanan tambahan ini adalah salah satu cara kita dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan diri.



Vivix sebagai :

Antioxidant - Mengurangkan radikal bebas menganggu sistem imun badan.
Anti radang - Membantu pemulihan lebih baik dan melindungi sel badan.
Anti Kanser - Membantu membantutkan abnormal sel.
Anti penuaan - Membantu penuaan lebih baik.

My energy booster as well !!!




B Complex sebagai :

Membantu mengurangkan stress mental fizikal.
Membantu mengurangkan sakit migrain.
Meningkatkan kesihatan saraf.
Support keperluan asid folik.
Meningkatkan tenaga yang baik.


Best Seller shaklee :

Supplemen rutin saya adalah Set Best Seller ini. Ia sudah merangkumi semua keperluan yang tubuh badan perlu. Lengkap protein intake,lengkap keperluan kalsium dan magnesium,fish oil untuk kesihatan mental dan juga kesihatan jantung,lengkap juga vitamin c intake yang mana vitamin c ini adalah membantu kesihatan imun sistem badan. As my vitamin asas semua ini. Kesemua supplemen ini saya ambil secara konsisten untuk bantu lengkapkan keperluan nutrisi badan perlu.

Saya juga ambil Hello New You Set untuk mengekalkan penampilan diri yang lebih baik dan lebih efisen gitu.

Ini adalah antara 5 cara yang saya amalkan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat senantiasa. Jadi seorang mommy dan isteri ini sememangnya memerlukan daya kesihatan yang tinggi. Kerana sayang diri,anak-anak,husband dan keluarga,cara inilah saya invest untuk sentiasa konsisten dengan kesihatan yang baik.

Mungkin ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang program 'JOM DETOXIF' boleh direct contact saya di sini Healthy Is A Gift atau Wasap Saya.

Ada perkongsian lain juga dari rakan saya,boleh baca sini Amalan Gaya Hidup Sihat


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi

































5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...