Ahad, 19 Februari 2023

Kenali Syarikat Shaklee

 



“ We make products that are gentle on the environment and never tests on animals. I will never create a product that will harm one tissue cell in the body. ” 

                             Dr. Forrest C.Shaklee

                       Founder,Shaklee Corporation



Tahun 1915, DR.FORREST C.SHAKLEE menubuhkan shaklee corporation yang mana ia merupakan syarikat jualan langsung yang pertama didunia.

Dalam usaha DR.FORREST C.SHAKLEE ini,beliau telah menjadikannya salah seorang pelopor industri nutrisi yang menawarkan faedah dan keuntungan pada pengedarnya.

Shaklee adalah syarikat yang berasaskan penghasilan produk bersifat secara semulajadi.Dengan mencari bahan semulajadi yang tulen bagi menghasilkan vitamin dan DR.FORREST C.SHAKLEE adalah antara orang yang terawal mencipta bahan pencuci rumah yang bersifat biodegradasi di dunia.

Hebatnya pengasas shaklee ini. Rasa diri sangat berbangga kerana memilih shaklee yang tepat.Tidak ada syarikat lain yang diwujudkan seperti misi falsafah shaklee buat ini.


BESTNYA DI SHAKLEE

Untuk pengetahuan kita bersama,shaklee adalah syarikat yang berani dan sudah melaburkan jutaan ringgit untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan shaklee.

Bukan itu sahaja,shaklee juga telah melaburkan berbillion ringgit untuk diberikan ganjaran kepada setiap penngedarnya kerana telah berkongsi tentang shaklee.

Secara amnya juga,syarikat shaklee ini meneruskan penerajuan kepercayaannya bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai perkara paling utama dalam membina dan membentuk kehidupan dunia yang lebih baik.

Untung bah berada dalam legasi shaklee ini. Lagi-lagi shaklee telah dinobatkan sebagai Trusted Brand pada tahun 2021 dan juga tahun 2022. Dinobatkan atas kepercayaan orang ramai akan kualiti produk dan kualiti syarikat ini. Terima kasih tau yang mempercayai shaklee!


BANGUNAN SHAKLEE YANG SANGAT ISTIMEWA

 

BANGUNAN SHAKLEE DAHULU



BANGUNAN SHAKLEE TERKINI

Bangunan shaklee terletak di Pleasanton,Carlifonia.Dimana ia beroperasi sebagai pusat penyelidikan shaklee dan juga ianya dijadikan sebagai bangunan simbolik kepada misi falsafah shaklee.

Bangunan shaklee ini telah direka oleh ahli arkitek terkenal iaitu -Gensler.

Dengan rekaan yang berkonsepkan 'GO GREEN',bangunan ini mempunyai keunikan tersendiri.Dimana ia direka dari bahan-bahan kayu dan pintunya diambil dari kawasan hutan mampan.
Dalamnya pula seperti permaidani,kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.Manakala tanaman yang ada berkonsepkan secara landskap yang dijaga rapi kebanyakkannya terdiri daripada tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk shaklee.

Bangunan ini dijadikan bangunan berkonsepkan mesra alam dan mesra pengguna.Ia adalah sebagai respon kepada komitmen shaklee terhadap falsafah iaitu;
''Kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi''.


FALSAFAH SHAKLEE

Misi shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan mempunyai kehidupan yang lebih baik untuk setiap orang.

Dan untuk pegetahuan semua kita,dalam setiap design botol shaklee juga direka untuk meningkatkan kesihatan tanpa kompromi dan menjadi yang sangat mesra alam diplanet ini.



DESIGN PACKAGING LAMA




DESIGN PACKAGING TERKINI




FALSAFAH SHAKLEE SEHINGGA KINI



SHAKLEE DENGAN KEWUJUDAN PERTAMANYA



SHAKLEE BASED NON GMO PRODUCT


PERBEZAAN SHAKLEE 

MENJAMIN KESELAMATAN TANPA SYARAT

Shaklee bermula dengan alam semulajadi.Para saintis shaklee mencari seluruh dunia untuk sumber-sumber bahan semulajadi yang terbaik.
Dengan menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat,racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya.

Terus menjalankan lebih 83 000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk yang ada.

Secara teknikalnya,produk shaklee tidak ada ;

- Paraben

- Triclosan

- Phthalates

- Sodium lauryl sulfat (SLS)

- Natrium sulfat eter lauryl (SLES)

- Propilena glikol

- Tiada pewarna

- Tiada lemak trans 

- Tiada pemanis tiruan atau perisa

Shaklee juga tidak menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji.Malah pembungkusan shaklee adalah selamat dan bebas daripada bahan biophenol toksin dan dakwat toksin.
Shaklee adalah 100 peratus dijamin selamat untuk digunakan.
Sebab itu,shaklee sanggup dan berani membuat pelaburan besar dalam penyelidikannya serta ujian kualiti produknya.


MENJAMIN KEBERKESANAN

Shaklee mempunyai jaminan yang boleh dilihat dalam lebih dari 100 kertas kerja saintifik.
90 peratus daripadanya disiarkan dalam jurnal ulasan selaras di mana ia memaparkan bukti keberkesanan produk shaklee.

Lebih 300 juta USD yang dilaburkan dalam ujian klinikal,penyelidikan dan pembangunan.
Ini boleh dilihat dalam kajian 2007 Landmark Study yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam yang menunjukkan  bahawa 
orang-orang yang mengambil makanan tambahan shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik dan ketara daripdada mereka yang mengambil jenama lain.

Ia juga terbukti dalam seramai 54 dan lebih pingat emas yang dimenangi oleh shaklee atlet bertaraf dunia yang menggunakan produk shaklee.

Sebelum apa-apa produk shaklee sampai ke tangan kita,shaklee akan berusaha keras untuk memastikan ia melakukan seiring dengan misi dan falsafah shaklee.


MENJADI CONTOH DALAM MEMIMPIN GERAKAN ALAM SEKITAR DENGAN 
KONSEP MESRA  ALAM

Dr.Forrest C.Shaklee mengasaskan syarikat shaklee adalah yang berprinsip 
'Hidup harmoni dengan Alam semulajadi'


WHAT I DO..

Sebelum saya membuat keputusan untuk register sebagai ahli shaklee masa dulu,saya buat research terlebih dahulu tentang background shaklee ni.Dan apa yang buat saya katakan YA pada shaklee adalah kerana falsafah Dr.Forrest C.Shaklee inilah.Sehingga saat ini,saya setia menjadi pengguna dan juga berbisnes dengan syarikat shaklee ini.Banyak sangat benefit shaklee yang hebat-hebat dalam ini.Di next entri,saya akan cerita pula tentang benefit yang ada di shaklee ya.
Stay tuned!


Untuk dapatkan info,promosi dan belian shaklee boleh ke sini Healthy Is A Gift




#HealthyIsAGift
#blogmegashaklee
#Shakleethrive23
#Shakleetriumph23
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi




 
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...