Belajar sesuatu kita akan dapat sesuatu. Pengetahuan itu adalah satu nilai yang semua kita sebagai manusia perlu ada. Apa maksud pengetahuan?
Secara terperincinya,mengikut kepada sumber wikipedia,pengetahuan ini adalah merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang mana ia merupakan kefahaman yang secara sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya,pengetahuan ini mempunyai potensi atau label tinggi yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan sesama manusia.
Sebab saya terpanggil untuk menulis blog kembali kerana setelah sekian lama sendu dan semangat pun hilang tanpa kesan.Maka saya dengan rela hati,memberi peluang pada diri sendiri atau bolehlah dikatakan mencabar diri sendiri untuk keluar dari zon keselesaan.
Saya selama ini merasa selesa dengan aktiviti harian yang hanya sibuk dengan urusan rumahtangga,sibuk dengan urusan niaga.Penat dengan urusan harian,layan mata sampailah esoknya dan esoknya dan seterusnya mengulangi dengan rutin yang saya fikir memang bosan juga.Sebab kenapa? Saya berada dalam bakul yang sama setiap hari dan tidak mampu berjaya keluar untuk menikmati kehidupan yang mana banyak benda lagi boleh diexplore. Hah!! sampai macam tu sekali perumpamaannya untuk diri saya haha 😂
Sampailah satu masa itu,master upline saya share satu sesi yang dipanggil Projek Blog Mega shaklee. Waktu itu,tanpa saya berfikir panjang,saya terus saja klik untuk join dan dengar apakah intipati tentang projek ini.
Maka waktu itulah saya bilang sama diri, "Ivy,tidak apa membusykan diri kali ini.Biar busy dengan ilmu.Biar busy dengan sesuatu yang boleh membawa manfaat pada diri dan juga sesama.". Jadinya saya terjebaklah terus dengan projek ini. Why not cuba kan? Haahhh gituuu.. hehe
To society and family of course to ourself too.
Bila dengar sendiri tujuan projek ini,saya dapat bayangkan betapa ruginya diri kalau tidak cuba.Yala,kalau asyik dengan dunia selesa saja, satu apa pun tidak mahu belajar bagai hidup dengan sia-sia.Kan!
Hakikatnya proses pembelajaran ini sepanjang zaman malah sepanjang kehidupan pun. Apa saja hal yang kita lalui memerlukan proses untuk bantu kita membangun dengan baik. Maka ianya perlu bermula dengan pengetahuan. Belajar dan biar berilmu. Baru kita boleh pandang dunia luar itu ternyata luas. Hahh gituu kan hehe.
APA SAYA DAPAT DARI PROJEK INI?
Sejujurnya,terlalu banyak input penting saya dapat dari projek ini. Bukan senang mahu masuk dalam circle hebat-hebat ini. Hebat? Ya hebat! sebab dalam projek ini yang terlibat semuanya yang sudah pun berpengalaman jauh dalam dunia blogging. Dan yang best hasil konsistensi mereka tu,dapat sekali membina rangkaian bisnes yang luar biasa bagi saya.
Saya juga dapat belajar menggunakan ruang waktu saya dengan baik.Kalau sebelum ini kan,bila selesai saja menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak,saya akan buang masa dengan layan media sosial tanpa memberi impak baik pun untuk saya. Auchhh!! sungguh membuang masa betul bah hahaa. Walaupun saya menjalankan bisnes,tapi tetap juga digunakan ruang waktu tu dengan bukan-bukan. Kalau bukan melayan media sosial,saya tidurlah haha. Bilang mahu kaya bah! tapi lekanya tindakan 😓.
Syukur,lepas melibatkan diri dalam projek ini,ruang dan waktu itu saya gunakan sebaik-baiknya dengan bercerita di ruangan blog saya.
Selain itu,saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan berjalan-jalan di blog kawan-kawan yang ada dalam projek sama.
Best bah baca blog-blog kawan yang ada,sekaligus dapat idea untuk diceritakan dalam ruangan sendiri.
Kalau sebelum ini kaku mencari idea kan,ambil masa mahu 2-3hari baru boleh gerak blog. Tapi sekarang ini,bolehlah dapat habiskan penceritaan itu dalam masa yang singkat. Luas perjalanan maka luaslah pengetahuannya juga,begitulahh...
Bestnya lagi,apa yang saya belajar dalam projek ini,selain buat blog,membaca dan berkongsi idea.Saya juga dapat belajar untuk bertoleransi dengan orang secara baik. Boleh dikatakan dapat manage pergaulan dengan baik walaupun dialam maya saja. Selalu berjumpa di zoom dan juga blog pun sudah rasa sangat dekat. Bestnya relation macam ni,sebab dapat kembangkan pergaulan yang positif dalam ni. Ini yang buatkan saya rasa happy,rasa release,rasa best betul berada dalam circle yang membina dan positif ni.
Sesuatu projek tu pasti ada pengasasnya. Orang kata foundernya dan juga team yang terlibat. Ini juga salah satu yang memberi impak membina dalam diri saya secara jujurnya. Founder iaitu Master Norita dan moderater yang kuat iaitu Master Salwa,banyak memberi kata-kata semangat,membina dan sangat berdedikasi dalam memberi kerjasama sepanjang saya berada dalam batch 1.0 ini.
Saya tidak pernah kenal mereka,tapi bila saya melibatkan diri dalam projek menulis blog ini,barulah saya kenal siapa mereka yang pada saya sangat baik hati,sangat berwawasan,sangat berkebolehan dan punya sikap keterbukaan. Jadi sangat senang untuk saya terus bangkit menulis. Semangat mereka tu tanpa leka pun. Sebab tu saya katakan dari awal,projek ini adalah circle positif bagi saya. Bestttttt !!!!!! 💓
FEELINGS
Bila buat sesuatu kan,dengan adanya sikap keterbukaan siok betul mahu menghayati. Dari seorang yang malas boleh jadi rajin. Dari seorang yang tidak suka membaca boleh jadi suka membaca. Dari seorang yang suka beralasan boleh jadi orang yang bermotivasi. Dari seorang yang suka bertangguh boleh jadi orang yang sangat bertoleransi dan berdedikasi. Yang tidak bersemangat pun boleh jadi bersemangat. Kurang menimba ilmu,jadi seorang yang sangat suka mencari ilmu. Itulah saya pada saat ini. Saya harap sangat semangat ini kekal sampai saya dapat cipta kejayaan dalam hidup saya.
Happy! bilang orang kan,bila kita mahu buat sesuatu tu mesti dengan hati yang ikhlas. Betul kenyataan itu,bila saja saya join masuk dalam projek ini secara autonya saya ajar diri untuk ikhlas dalam segala hal.Ikhlas menimba ilmu,ikhlas mahu belajar,ikhlas terima kritikan,ikhlas menerima.ikhlas memberi dan ikhlas untuk membina hubungan yang positif.Bila kita lakukan dengan ikhlas,kita pun akan rasa tenang dan happy saja.
Kenyataan pengalaman pertama saya share dalam group 👇👇👇;
"Niat mau
belajar. Nak adapt balik semangat untuk berkongsi manfaat. Nak hidupkan balik
dunia blog diri yang sekian lama sendu. Yang best,dalam projek ni saya dapat
circle positif yang ramai. Tidak kenal pun tapi dapat peluang berkenalan. Dapat
baca link-link blog kawan-kawan. Im just proud and too much appreciated with this
project. Thanks masters untuk effort semua ini 🙏😭💓" _Ivy_
Dengan Niat yang baik tiada yang mustahil kan. Bila ada niat untuk terus membangun dan mengubah hidup ke arah yang lebih baik pasti ada jalan yang diberi. Tinggal pilih untuk terus melangkah atau tidak saja.
Saya kongsikan juga hasil pengalaman kawan-kawan yang sama-sama saya join dalam projek ini ;
_Aini Salleh_
Tujuan join
projek blog ni sebab nak aktifkan semula blog yang dah bersawang 🤣
Masa awal²
buat blog dulu main hentam je. Nak edit pun terkial². Pastu tinggal gitu je
Then bila
ada projek ni terus niat dalam hati, nak usaha buat juga blog ni. Hidupkan blog
dan dptkan sale dr blog mcm org lain.
Seronok
buat ramai-ramai sebab rasa lagi semangat.
_Charlene
May_
Tak tau
buat blog sebelum ne.. Bila join blog mega ne, tiba-tiba pandai buat blog😅😅
Terima
kasih semua yang sudi tunjuk ajar dan master salwa & master N 💕💕
_Ayunie Ali
StarRich_
Blog saya
dah 2 tahun bersawang. Bila buat sorang - sorang semangat up and down. Tapi
bila masuk projek ni kembali bersemangat. Sparring partner, ahli group dan
upline juga byk membantu dari segi teknikal dan moral support ♥️.
_Fatimah Bt
Tony_
blogmegashaklee
1.0, semangat untuk buat artikel blog macam lebih sedikit, berbanding kalau
buat sendiri. Join projek ni, dalam 1 hari, cepat je dapat idea. Kalau buat
sendiri, mesti memakan 2-3 hari baru nak siap 1 artikel.
Sebahagian feedback dari Blog batch 1.0. Best kan projek macam ni. Ada valuenya yang tersendiri.
⭐⭐⭐⭐⭐
BILA ADA YANG PERTAMA,HARUS ADA YANG KEDUA
Sejujurnya bila sudah terjebak dengan projek ni,tanpa sedar saya sudah mulai suka dengan habit baru ini. Rutin harian saya juga sudah mulai berubah dan cuba untuk jadikan ianya teratur sebab saya tahu yang saya akan ada jadual untuk blogging,maka saya susun jadual urusan rumahtangga,urusan bisnes dan blogging harus dengan sistematik.
Kenapa saya perlu buat macam ni? Sebab saya semakin suka mahu mendalami lebih lagi dunia blogging. Mahu menambah pengetahuan dan mahu memberi manfaat pada sesama melalui blogging terutama pada rutin bisnes shaklee saya.
Bila ada pertama,harus ada yang kedua untuk lebih fit lagi kata orang gituu. Fit dengan segala ilmu-ilmu yang boleh memberikan kebaikan pada orang dan pada diri sendiri juga. As i said,part of learning will never end! Gain the knowledge as well.
Untuk pertanyaan atau info lanjut tentang shaklee boleh cari saya di Healthy Is A Gift
#HealthyIsAGift
#Mrsjeremyjeffery
#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
Tiada ulasan:
Catat Ulasan