Kita sambunggggg Part 2 pula..
Maka bermulalah journey kami pada 12 November 2022 ke Ranau.
Port pertama kami lawat adalah Memorial Park. Sambil-sambil tunggu team dari Tenom sampai. kami berjalan-jalanlah dulu di Memorial Park ni,sambil menghirup angin-angin sejuk kundasang.
Kami 4 team yang turun dari KK
Harus peace and love gituuu...
Selain Aki,disini juga akan selalu menjadi tumpuan pelancong. Sebab disini adalah tempat di mana ratusan nama-nama yang terlibat dalam perang yang berlaku di Sabah suatu ketika dahulu.
Bilang orang,tidak bagus gambar bertiga kan. Syukurlah si angkol interprem gambar kami di situ hahahaa..
Kami ada 1 keistimewaan yang sama kalau kamurang mahu tahu 😆
Kami semua lahir dibulan yang sama.
Kami budak December 💗👩
Selesai di Memorial Park Kundasang. Kami terus menuju ke National Park pula untuk urusan checkin penginapan. Sebelum ke tempat checkin,kena buat pendaftaran masuk dulu di National Park. Senang saja bah,bayar masuk saja 😀
Ticket masuk bagi warganegara Malaysia hanya RM3 saja
Masa ini tengah tunggu staff Sanctury Lodge uruskan pendaftaran bilik kami. So mereka bagilah kami chill-chill dulu dengan Hot milky tea ini. Best pula,dapat me time macam begini 😌. Masa ini saya gunakan sepenuhnya masa saya menikmati peluang yang ada. Masa inilah saya dapat me time lama sikit. Berjauhan dari anak-anak dan suami untuk seketika.
Terima kasih cinta hati ku kerana bagi peluang ini. Mau ulang lagi nanti !!
Masa ini kami berjalan kaki,menikmati alam semulajadi yang ada dalam National Park. Baru saja selesai pendaftaran bilik dan dapat kunci. Waktu ini juga hujan renyai-renyai. Bestnya dapat hirup angin sejuk yang damai,wangi hutan-hutan sebab kawasan itu dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau.
Kami sampai bilik dan wajib duofie gituuu hehe. Aunty Bita peneman bilik ku hehe.
Ini explore kawasan sudah masa ini. Menikmati betul bah saya dengan peluang yang ada ini sebabkan bukan selalu saya dapat Me time yang macam ni. Ditambahkan lagi ini adalah perjalanan yang pertama saya pergi mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara.
Masa ini bergambar di rumah api kot kan? haha Tidak taulah apa mau panggil in Malay dia ni. Saya capture sini,sebab saya rasa unik bangunan dia. Dengan latar belakang berkonsepkan ala-ala english style gituu..
Haha yang ini,kami decide tukar bilik 😂. Sebab tidak mahu tidur di bahagian atas. Jadi kami tukar bilik di tingkat bawah terus. Bilik yang so so so cool betul bah! Kalaulah bukan naik gunung kan,mahu saja landing-landing santai 2-3 hari di sini hehe.
Sambil-sambil tunggu team dari Tenom yang sedang mendaftarkan diri di Sanctury lodge masa ni,kami pun santai-santai sambil minum kupi makan kuih hehe. Masa ini hujan renyai-renyai,fuhh best dengar bunyi hujan di dalam hutan ni. Bau dia pun fresh betul. Terbayang kembali 😆😆
Inilah muka-muka team Naik AKI 😆😆
Makan malam paling simple dan paling nyaman tapi tidak boleh selalu 😂😁
Okay ready mahu tidur sudah. Sebab esoknya akan memulakan misi sudah 😊
Okay cukup untuk setakat ini,jumpa di next entri Part ke 3 nanti 😆😃
#MrsJeremyjeffery
#SiAkiMemories
Tiada ulasan:
Catat Ulasan