Dalam entri kali ini,saya mahu berkongsi tentang masalah kulit iaitu jeragat yang mana boleh dikatakan masalah utama pada kulit muka dan ada juga di beberapa bahagian tubuh badan yang lain. Tapi masalah ketara ini selalunya berlaku pada kulit muka.
So,kali ini jom sama-sama kita ketahui apakah punca-punca jeragat ini terjadi.
APA MAKSUD JERAGAT ?
PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT DI WAJAH KULIT
1. MATAHARI
Sinar cahaya matahari mengandungi sinar UV A dan B. Sinar UV ini boleh menyebabkan kerosakan sel kulit.
Sinar UV A - Merosakkan sel bawah kulit.
Sinar UV B - Merosakkan sel luar kulit.
Kesan sinar ini bukan saja boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat tetapi juga boleh menyebabkan kanser kulit jika tidak dijaga dengan baik.
2. KEHAMILAN
Kebiasaanya pada wanita hamil juga akan mengalami masalah jeragat ini. Ini adalah kerana disebabkan perubahan hormon yang tidak menentu.
Selain perubahan hormon,ia boleh jadi disebabkan kekurangan nutrisi pada badan juga. Ini kerana keperluan nutrisi wanita hamil bertambah disebabkan anak yang dikandung itu lebih memerlukan keperluan nutrisi yang cukup.
Masalah jeragat pada wanita hamil ini biasanya akan hilang selepas bersalin,tetapi ada juga yang terus mengalami masalah jeragat yang berlarutan.
3. PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
Pengambilan ubat-ubatan juga memberikan 'Side effect' yang boleh menyebabkan masalah jeragat. Walau bagaimanapun masalah ini sangat kurang disedari.
4. RAWATAN HORMON
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan rawatan hormon (Pil) yang mengandungi hormon progesterone,penukaran hormon,implan banyak mengundang kepada masalah jeragat.
Ini adalah disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil dan memberikan kesan tidak baik pada kulit. Sekiranya ia digunakan tanpa kawalan yang baik,maka masalah kulit ini akan memberikan kesan buruk di masa akan datang.
5. PEMILIHAN ATAU PENGGUNAAN PRODUK YANG SALAH
Bila nafsu mahu cantik itu lebih berkuasa,sehingga lupa untuk memilih produk yang selamat digunakan. Kadang terdapat kandungan kimia yang sangat tinggi pada produk muka. Ini akan mengakibatkan kepada masalah kulit tanpa sedar.
6. PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK KONSISTEN
Kadang kala kita terleka dengan kebersihan muka. Bila pakai solekan,balik-balik rumah saja dan merasa penat terus tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu.Sifat yang sambil lewa inilah yang akan menjadikan punca terjadinya jeragat dimuka.
Jangan biarkan diri dihinggapi tompok-tompok hitam! Tidak cantik nanti.
So,kebersihan muka juga adalah hal paling utama harus dilakukan. Setiap hari tanpa culas. Pastikan juga penggunaan produk pencuci muka yang selamat digunakann.
KENALI JENIS -JENIS JERAGAT
1. LIVER SPOTS / AGE SPOTS
- Bintik-bintik hitam dan coklat yang tidak sekata.
- Punca terjadinya hasil accumulated sun damage through out the year.
2. MELASMA
- Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.
3. FRECKLES
- Tompok-tompok kecil yang biasanya ada dekat hidung dan pipi. Freckles ini biasanya lebih kepada masalah genetik.
- Faktor paling utama selain genetik adalah kerana tidak ada penggunaan protection UV sunscreen/sunblock.
- Freckles ini sekiranya under exposure UV yang berlebihan,ia boleh menjadi semakin gelap dan makin banyak. Sebab tu wajib guna sunscreen/sunblock.
PETUA HILANGKAN JERAGAT
Terdapat banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan jeragat pada muka. Walau ada yang katakan bahawa jeragat ini pada tahap-tahap tertentu sememangnya sukar untuk hilang. Ada yang mencuba secara alami (menggunakan bahan-bahan semulajadi) dan ada juga yang menggunakan produk muka.
So,disini saya kongsikan beberapa tips atau petua alami yang boleh diguna pakai dan juga produk rekomendasi terbaik untuk masalah jeragat.
1. SAPUAN ALOE VERA
Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!
Manfaat aloe vera untuk kulit muka. Antaranya :
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
2. PERAHAN JUS LEMON
💓 Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut,jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
Ada juga yang menggunakan jus lemon ini dicampur dengan madu,kemudian di sapukan pada kulit muka. Petua yang mungkin berguna,boleh dicuba kerana ia tida memerlukan kos yang tinggi.
3. TEH HIJAU
💓 Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.
Menurut kajian,teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.
Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.
4. DIET PEMAKANAN YANG SIHAT
💓 Cara menghilangkan jeragat di muka juga adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat.Oleh itu,jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
5. PENGGUNAAN PRODUK (SUNSCREEN/SUNBLOCK)
Terdapat banyak jenis sunblock/sunscreen yang boleh didapati di drugstore dan banyak juga produk-produk kecantikan yang lengkap dengan pelindung UV ni.
Tapi disini,saya mahu kongsikan dan rekomendasikan satu jenis pelindung UV A dan B yang saya sendiri guna sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Iaitu SPF50 Youth skincare shaklee.
Bestnya !! Moisturizer dari rangkaian YOUTH Skincare Shaklee ini sangat menarik kerana ia merupakan gabungan moisturizer + sunblock SPF 50 UVA UVB. Jadi tidak perlu memakai 2 jenis produk yang berbeza. Jimat masa dan tenaga gitu.
KEISTIMEWAAN SPF50
1. 2-in-1: Moisturizer + Sunblock. Mudah. Tidak perlu pakai pelembap + sunblock menggunakan 2 krim yang berbeza.
2. Diformulasi khas untuk orang Asia dengan broad spectrum SPF 50 UVA/UVB.
3. Tidak menyumbatkan pori (non-comedogenic).
4. Tidak perlu dibuang menggunakan oil-based makeup remover seperti sunblock lain kerana ianya tidak kalis air (meresap terus ke dalam kulit),dan menjadikan ianya mesra wuduk juga bagi pengguna Muslim.
5. Penutup yang sama seperti Cleanser,iaitu design yang up-to-date. So tidak risau tentang pembaziran.
BAHAN UTAMA YANG ADA DALAM SPF50
1. SPF 50.
2. Vital Repair+® Complex.
3. Muscadine Grape Extract.
MANFAAT UTAMA SPF50
1. Melembapkan kulit.
2. Menjadikan tona kulit lebih sekata.
3. Menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.
4. Melindungi sel kulit (terutamanya sel kulit baru) dari sinaran matahari dan pencemaran.
Dapatkan SPF50 ini dari saya tauuuu 😉
ATAU
#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan