GOOD HEALTH IS ABOVE WEALTH
Saya adalah mommy kepada 4 orang anak. Mempunyai 3 anak lelaki dan seorang perempuan. Secara jujurnya,cabaran menjaga setiap peribadi anak itu tidak sama. Ada anak yang dengar cakap,dengar arahan dengan baik. Ada pula anak yang sangat sukar menerima arahan. Ada juga yang sangat hyper aktif,boleh dikatakan setiap masa ada sajalah kerjaanya di rumah. Penat mental dan fizikal itu,hanya Tuhan saja tahu.
Tapi siapa saya untuk menolak tanggungjawab terhadap anugerah Tuhan bagi ini kan. Malah saya banyak belajar untuk menjadi seorang mommy yang kena kuat setiap masa. Walau dalam keadaan penat,keadaan sakit dan sebagainya. Tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang mommy dan isteri dalam rumahtangga. Ini termasuklah dari segi emosi diri,penampilan diri dan juga gaya hidup.
Apa yang saya jalani sepanjang menjadi seorang yang perlu kuat mental dan fizikal sepanjang berdepan dengan tanggungjawab yang tidak pernah putus ini? Ada beberapa cara pemupukan amalan gaya hidup sihat yang saya kerap buat. Jom baca sampai habis perkongsian saya disini ya 😉
Apa yang difahamkan dengan amalan gaya hidup sihat ?
Kesihatan adalah hal yang terutama yang perlu sentiasa menjadi perhatian semua peringkat umur. Bermula dari seorang bayi sehinggalah kepada warga emas. Semua orang fight untuk menjalani gaya hidup sihat,tetapi sejauh mana amalan yang dilakukan itu mampu berterusan?
Jom saya share disini cara amalan gaya hidup sihat yang saya biasa lakukan.
1. PEMAKANAN YANG SIHAT
Terlalu banyak aspek yang dikaitkan dengan pemakanan sihat ini. Tapi pengamalan saya mungkin tidak sama dengan semua orang. Ini kerana melihatkan kepada keupayaan seseorang itu untuk melakukannya.
Saya ada terlibat dengan program yang dipanggil 'JOM DETOXIF'. Dalam program ini saya belajar untuk meminimaliskan pengambilan atau lebih senang menjaga portion makan dan belajar memilih makanan yang lebih sihat dan bernutrisi.
Dahulunya,saya ada mindset dimana,makan macam ini hanyalah gaya orang-orang kaya saja mampu dan saya tidak suka cara ini. Saya orang kampung,makan sayur kampung saja. Walhal dengan sayur kampung pun saya tidak mampu sediakan seperti ini. Begitulah mindset yang sangat-sangat naif waktu itu. Sebab belum ada ilmu-ilmu tentang pemakanan sihat kan. Paling diwar-warkan pun biasanya kita follow chart dari pemakanan sihat KKM saja.
Tapi bila masuk program ini barulah saya mula tukarkan mindset pada perkara-perkara positif saja. Yang perlu dibetulkan dahulu adalah 'MINDSET' itu sendiri,barulah hala tuju dan fokus kamu itu boleh berjalan dengan baik.
Saya melihat kepada perkara baik untuk masa depan saya dan bukan pada waktu saya melakukannya. Bila nampak macam senang hakikatnya ia memerlukan kekuatan mental yang sangat kuat. Mahu berubah ke arah yang lebih baik kan,kena sacrificelah.
Dalam program 'JOM DETOXIF' ini kami juga belajar tentang Healthy Habit. Dimana Healthy habit ini adalah panduan mudah untuk mencapai kelancaran sepanjang program berjalan. Ada group eksklusif dan dalam group ini banyak perkongsian yang boleh membuka mata hati untuk berubah. Tidak rugi join ni group bah. Best!!!
Healthy habit adalah 5 perkara asas yang perlu dipatuhi dalam amalan gaya hidup sihat.
1. Pengambilan air putih
2. Pemilihan makanan yang betul
3. Rehat yang cukup
4. Senaman
5. Supplement wisely
2. MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
Terdapat banyak cara dan banyak aktiviti fizikal yang boleh kita buat. Aktiviti fizikal ini adalah antara aktiviti yang merangkumi pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan harian seperti berkerja,berekreasi,bersenam dan bersukan.
Sekiranya menjalani kehidupan dalam keadaan yang tidak aktif,ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit 3 serangkai dan juga masalah kegemukan. Ini secara pandangan kasar sahaja ya. Tetapi ianya tidak mustahil terjadi sekiranya tidak ada penyerapan aktiviti fizikal dalam rutian harian.
Saya adalah sejenis orang yang aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Saya adalah atlet sekolah dan saya tidak pernah miss join hari sukan sekolah. Sudah menjadi keminatan bersukan dan bersenam ini dari zaman muda lagi. Dan sehingga sekarang saya masih aktif melakukan aktiviti fizikal saya ini.
Bagi saya,bersukan dan bersenam ini adalah satu terapi minda dan juga terapi badan saya untuk lebih produktif dalam menjalani rutin harian. Dalam program 'JOMDETOXIF' juga kami memang akan menerapkan budaya bersukan dan bersenam ini. Selain pemakanan,senaman juga adalah salah cara untuk kita dapat meningkatkan gaya hidup sihat yang lebih efisen.
3. MENANGANI STRESS (EMOSI)
Saya percaya,semua kita yang ada dimuka bumi ini tidak lari dari menghadapi stress. Lebih-lebih lagi yang menekan emosi diri. Saya juga sedemikian,apatah lagi saya adalah seorang surirumah berjaya. Memang tidak lepas dari masalah dan hadapi stress.
Tapi disetiap masalah,kesakitan dan stress yang kita hadapi tu kan,pasti ada jalan keluar untuk melihat arah positif.
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah,sekolah atau tempat kerja.Stress,apabila keterlaluan,berpanjangan sehingga tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Twist !!!! saya lakukan ini setiap kali berhadapan dengan kemarahan stress (emosi) :
- Menyedari apabila sedang marah… katakan: ‘Saya sedang marah!’
- Bertenang (Kira hingga sepuluh,tarik nafas panjang dan hembus).
- Berdiam.
- Cuba dengar penjelasan orang lain
- Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
- Membiasakan diri memaafkan (Menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan).
- Berfikir secara positif.
- Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
- Belajar menyukai diri sendiri (Berdamai dengan diri).
- Belajar bertenang.
- Adakan hobi.
- Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
- Cari kawan untuk meluahkan sesuatu (Jangan pendam).
- Mendengar lagu rohani.
- Membaca firman-firman Tuhan dalam bible (Cara saya untuk bertenang dalam segala hal).
- Me Time!
4. MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN
Pentingkah permeriksaan kesihatan ini?
Ya! sangat penting.
Kita hanyalah manusia biasa,yang tidak selalunya kuat. Ada kalanya,badan kita juga pandai jatuh sakit. Jadi amat digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Sakit jumpa doktor. Badan perlu relaxtions,rajinkan diri ke Spa dan massage.
5. SUPPLEMENT WISELY
Tidak dilupakan juga dengan pengambilan supplemen dalam rutin harian. Supplemen atau lebih mudah dikenali sebagai makanan tambahan adalah support nutrisi yang badan perlu,yang mana tidak kesemua nutrisi badan perlu fully dapat dari pemakanan harian. Jadi support dari makanan tambahan ini adalah salah satu cara kita dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan diri.
Vivix sebagai :
Antioxidant - Mengurangkan radikal bebas menganggu sistem imun badan.
Anti radang - Membantu pemulihan lebih baik dan melindungi sel badan.
Anti Kanser - Membantu membantutkan abnormal sel.
Anti penuaan - Membantu penuaan lebih baik.
My energy booster as well !!!
Membantu mengurangkan stress mental fizikal.
Membantu mengurangkan sakit migrain.
Meningkatkan kesihatan saraf.
Support keperluan asid folik.
Meningkatkan tenaga yang baik.
Best Seller shaklee :
Supplemen rutin saya adalah Set Best Seller ini. Ia sudah merangkumi semua keperluan yang tubuh badan perlu. Lengkap protein intake,lengkap keperluan kalsium dan magnesium,fish oil untuk kesihatan mental dan juga kesihatan jantung,lengkap juga vitamin c intake yang mana vitamin c ini adalah membantu kesihatan imun sistem badan. As my vitamin asas semua ini. Kesemua supplemen ini saya ambil secara konsisten untuk bantu lengkapkan keperluan nutrisi badan perlu.
Saya juga ambil Hello New You Set untuk mengekalkan penampilan diri yang lebih baik dan lebih efisen gitu.
Ini adalah antara 5 cara yang saya amalkan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat senantiasa. Jadi seorang mommy dan isteri ini sememangnya memerlukan daya kesihatan yang tinggi. Kerana sayang diri,anak-anak,husband dan keluarga,cara inilah saya invest untuk sentiasa konsisten dengan kesihatan yang baik.
Mungkin ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang program 'JOM DETOXIF' boleh direct contact saya di sini Healthy Is A Gift atau Wasap Saya.
Ada perkongsian lain juga dari rakan saya,boleh baca sini Amalan Gaya Hidup Sihat
#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan