Shallom dan hai semua 😉
Kembali lagi diruangan entri saya kali ini dengan tips lain pula.
Kali ini mahu share pula Tips Travel ala-ala backpackers style.
So,enjoy your reading with me 😊
Siapa yang tidak suka travel kan. Semua orang suka travel. Begitu juga dengan saya. Sebab pada kita semua,travel ini adalah salah satu terapi jiwa dan minda juga bah kan. Yala,ianya sebagai reward diri setelah berpenat lelah dengan hal-hal kerja ataupun hal-hal rumahtangga. So,travel adalah perlu juga sebagai satu cara untuk release tension. Explore dunia luar yang penuh dengan keistimewaan sendiri.
Kali ini saya mahu share 4 Tips Travel ala-ala backpackers style. Sebab backpackers style ini tidak tertumpu pada satu kawasan saja dan yang best boleh listing bajet-bajet setiap plan perjalanan. Mungkin agak mencabar tapi ianya sangat enjoy.
4 TIPS TRAVEL ALA-ALA BACKPACKERS
1. PLANNING
Planning travel adalah perlu untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan. Planning itu adalah dari segi bajet,penginapan,tiket kapal (sekiranya plan jauh),pemilihan tempat makan dan pemilihan tempat mahu dilawati.
planning travel ini juga dapat bantu menjimatkan masa dan perbelanjaan sekiranya diatur bagus-bagus.
2. MENCARI MAKLUMAT AWAL DESTINASI YANG DIPILIH
Selain itu, adalah juga dinasihatkan untuk mencari sedikit maklumat tentang desitinasi yang menjadi pilihan supaya percutian itu menjadi berbaloi dan menyeronokkan.
Walaupun ada kemungkinan tidak sempat untuk membuat carian di rumah,boleh juga mencarinya ketika dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi.
Sekurangnya jarak destinasi itu tidak menyusahkan dan tidak menyesatkan. Paling penting juga,kena utamakan keselamatan terhadap kawasan atau destinasi yang ingin ditujui.
3. CHECKLIST
Spoil mood bila barang tertinggal? Perlu dan wajib membuat checklist keperluan penting apa yang perlu dibawa semasa travel nanti. Pakaian,ubat-ubatan,pengenalan diri dan barang penjagaan diri.
Senarai semak ini akan sangat berguna dan membantu apabila percutian sudah tamat dan akan pulang ke rumah kerana kita dapat menyemak semula barang-barang buat kali terakhir sebelum berangkat pulang. So,tidak akan berlaku kes kecuaian,terlupa atau sebagainya.
4. BAJET
Pertama-tama yang perlu adalah setkan beberapa lama percutian.Sebagai contoh,jika plan travel kita itu disetkan selama 3 hari,maka aktiviti percutian hanya terhad kepada tiga hari sahaja.
Manakala untuk bajet pula,jika percutian itu mengambil masa yang lama seperti dua minggu maka sudah tentu bajet kita akan bertambah kerana kos makanan,penginapan,pengangkutan akan turut bertambah.
Jadi,seperti yang saya katakan tadi dalam point pertama iaitu planning,saya juga syorkan bajet yang ada mestilah bersesuaian dengan tempoh percutian yang sudah disetkan. Lagi best dapat menabung awal supaya ada kelebihan diwaktu percutian. Ini juga membantu disaat sekiranya ada emergency. So bajet adalah paling utama perlu disediakan dengan baik.
Sekian perkongsian saya untuk kali ini.
Semoga Tips Travel ini bermanfaat dan membantu kamu yang mempunyai perancangan untuk travel suatu hari nanti 😉😊
#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan