Ahad, 26 Februari 2023

Menawan Aki 💓 ( 13 November 2022 - 14 November 2022 )

THE AKI NABALU


  

 "Takkan lari gunung dikejar". Begitukah perumpamaannya itu? hehe..

Entri kali ini,saya mahu story-storylah sikit pengalaman menawan si Aki pada 
13-14 November 2022.

Dan yang pasti sebelum pendakian itu,mesti ada persiapannya kan hehe.Maka itu,saya mula story dari persiapanlah terlebih dahulu.

Mesti mahu cerita dari awal sampai akhir supaya ada juga kenangan bikin dibaca-baca oleh anak-anak nanti 😆

Planning ini bermula dari awal tahun 2022,team saya join adalah team Family juga. Jadi pengaturan kami tu slow and steady saja.
Asalnya kan,kami plan naik pertengahan tahun.Tapi disebabkan tiada slot kena buka untuk sabahan waktu tu,jadi posponed lagi.Nasiblah dalam team Family saja.Kami lugai-lugai saja dengan penuh sabar menanti detik slot ada 😂.

Dipendekkan ceritalah,bila plan tu kan semangat jugalah kunun mahu pigi kasi up stamina badan dengan memulakan aktiviti-aktiviti macam hiking,jogging dan buat cardio hitt workout.



Masa ini plan yang untuk pertengahan tahun.Jadi semangatlah hiking paling awal pagi sampai tunggu sunrise gitu 😆.Kawan hiking masa tu adalah si husband sendiri dan juga si aunty bita.Semangat bah! 
Kalau ikut betul saya adalah jenis orang yang tidak suka aktiviti hiking.Sebab saya fikir macam tidak fun saja aktiviti ni. Bosan! Haha sampailah satu saat,saya kontek coach Hiitstep saya si Coach Agnes. Diabilang cuba-cuba juga hiking untuk kasi up tu stamina dan kekuatan kaki especially bahagian lutut, Sebab naik gunung ini perlukan kekuatan kaki(lutut).
Jadi saya cuba-cubalah timbulkan minat tu dalam diri saya.

Sekali pigi hiking,rasa siuklah habiskan rasa fresh,rasa enjoy dan dapat bersilaturahim dengan alam semulajadi.Memang best pula hiking dalam hati saya cakap,lepastu kan tup-tup jadi listing one of my favourite aktiviti pula. Nasiblah ada geng pembawa,kalau tiada tu,mana mungkin saya suka dengan hiking kan hehe.


Kapus-kapus juga naik sebab tidak biasa 😂


Fuh!! panatsssss...gitchuu kan 😅


Hudiiiii.....AKI 😍
Dalam hati masa ini,saya cakap sama diri AKI tunggu saya datang 💪🙏


Tempat hiking yang pertama Bukit Kopungit


Pertama kali hiking di Bukit kopungit kunun hehe.Disinilah awal pagi kami pigi,sebab kira dekat dengan rumah saja.Kalau ikut mau juga pigi tempat yang jauh sikit.Bila tengok tempat lain lagi mencabar sikit laluan dia,tapi itulah,masi ada kekangan dalam urusan jaga anak-anak.Jadi tetap syukur juga dapat pigi yang dekat-dekat hehe.

Tapiiiiii........kamurang mahu tau ka?

Lepas saja pigi hiking tu kan,dapatlah news yang slot untuk sabahan tu belum ada.Jadi plan naik gunung kami ditangguhkan.Sedih juglah,sebab sudah semangat kan haha 😌
Maka dengan itu,aktiviti hiking juga ditangguhkan haha.Apalaaaakan 😂,hiking bertujuan saja.
Tapi ya,ditangguhkan sebab semangat pudar-pudar sudah haha.

Memang lama stop aktiviti hiking lepastu.Sampailah disatu bulan ogos begitu,ada update dari agent yang urus trip kami.Katanya ada slot sudah open bulan ogos.Tapi sekali lagi kami terpaksa tolak slot tu sebabkan tidak sempat buat persiapan dan tidak sempat up stamina juga.Lamakan cuti hahahaa.
Jadi kami teruskan menunggu dengan sabar tetapi masi lugai-lugai lagi lah.Lugai-lugai tidak buat workout haha.

Kamuranggggg... kalau kamu plan naik gunung kan,tolong workout! Kasi up tu stamina badan.Train pernafasan juga,train kaki terutama lutut dan ankle supaya kuat untuk buat perjalanan yang berliku-liku gituu. Ingat naik gunung jalan lurus naik atas ka 😂.Tidak!!! tidak sama sekali.Maka alert pesanan ini ya 😆😌

Jadi lepastu apa??....Lepastu kan kami terima update sekali lagi daripada agent trip.Katanya ada available slot bulan november tarikh 12hb.Kami tanpa fikir panjang semua on terus untuk lock date tu.Agent fightlah untuk sot tersebut,tapi bilangnya lagi available pula untuk 9 pax pada 13hb.Jadi kami kasi lock date 13hb tu.Lalu berjaya lock! maka dengan itu,saya mulalah buat senaman sikit-sikit dirumah saja.Memandangkan masi awal lagi untuk plan hiking,buat sajalah cardio hitt di rumah,Itupun kan pandai skip-skip hahaaa.

Pendek cerita lagi......

Mau dakat sudah tu kami mau naik gunungkan,awal bulan November baru saya start balik aktiviti hiking saya. Dalam seminggulah gituu pigi hiking sana Bukit kopungit juga,saturang-saturang masa tu. Lepastu,fikir punya fikir,tidak siok saturang pigi.Lalu mengajaklah si aunty bita sekali lagi pigi hiking awal pagi.Kali ini pilihan kami sana Bukit padang.Sebab bilang si aunty kan di sana ada tu tangga-tangga yang lebih kurang saja tinggi dia macam laluan yang ada di Aki nabalu. Bah terai testlah saya kunu disana. Uinaaaa!!! memang sioklah ba sana. ada panjang sikit laluan dan banyak lubang hiking juga hehe. Kami hiking sana dalam 4hari sebelum. Orang cakap sebolehnya,1 minggu tu rehat-rehat badan kaki sudah.Tapi macammana lagi layan lugai-lugai punya pasal kan maka seminggu sebelumlah baru kami berhabis hahahaaa. Tapi syukur,nasib juga badan dan kaki tidak sakit-sakit masa tu.



Bhuaaa ini laitu laluan paling siok di Bukit padang!


Inilah rupa tangga idaman hati 😁😂


Kasi tayang kasut yang masi suci gituu...


Menyempatlah gambar sikit view kk waktu di peak Bukit Padang.
Peak yang tidak mau berapa peak hahaa...


Selesai hiking-hiking disini untuk hari terakhir sebelum esoknya gerak ke ranau kan. Kami punya nasib waktu pun bagus juga 😆😆.Siap hiking menyempat jalan-jalan tamu pagi dia. Lepastu mau gerak baliklah sudah,tibaaa kami kena interbiu oleh Era.Fm kk hahaa..

BUKTI !!!!!!!!





KAN....saya bilang hehe..

OKAY! Selesai untuk setakat ini. Bersambunggg...

#MrsJeremyJeffery
#SiAkiMemories




































 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...