Rabu, 22 Mac 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Tahukah kamu,terdapat banyak kaedah-kaedah diet yang digunapakai masa kini,termasuklah yang paling popular sekali iaitu Intermittent Fasting

Sebelum ini di entri saya juga,ada saya share tentang apa itu Intermittent Fasting. Tapi suka saya mahu refresh kembali apakah itu Intermittent Fasting secara umum dan mudah untuk difahami.

    
  " Intermittent Fasting ini lebih dikenali sebagai diet yang berkonsepkan pengaturan pola pemakanan mengikut jaudal tertentu. Pendekatan konsep ini lebih mengutamakan menu diet dan jenis makanan diet serta pengamalannya memerlukan perancangan yang lebih tersusun dan teliti. Kebanyakkan orang sekarang lebih senang memilih konsep Intermittent Fasting ini kerana,ia sangat mudah untuk diikuti. "



Perkongsian kali ini,saya mahu kongsikan sedikit info tentang keberkesanan Intermittent Fasting sehingga ke tahap Autophagy dan juga keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu. 






APA ITU AUTOPHAGY?

Autophagy bermaksud " Makan dengan sendiri " self eating. Ia berlaku apabila kita sudah berpuasa sehingga mencapai jam ke 18-20.
Berpuasa membolehkan kita merawat dan memulihkan tubuh badan. Yang best dalam tahap Autophagy ini mampu menyingkirkan protein toksik yang menyebabkan penyakit pelupa/nyanyuk dan bantu menghidupkan sel sihat yang baru. 


MANFAAT AUTOPHAGY

> Membuang protein jahat dan tidak baik dalam badan.Kebiasaannya mengaitkan kepada simptom penyakit parkinson dan alzheimer.

> Mengitar semula protein baik untuk membina tisu dan organ dalam badan.

> Memberikan tenaga dan menjadi blok bangunan kepada sel yang masih baik.

> Autophagy juga berperanan dalam mencegah dan merawat kanser.
   ( Sel-sel badan berperanan sebenarnya dalam proses Autophagy ini.Tapi bila proses itu menurun selari dengan proses penuaan kita,maka sel tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini akan menyebabkan peningkatan kepada masalah risiko kanser ).

> Autophagy ini juga adalah proses yang membantu merangsang sistem imun dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan.
 

CARA UNTUK KITA CAPAI PROSES AUTOPHAGY 


Kalau dilihat dalam time line seperti diatas,proses autophagy itu akan berlaku bermula pada jam ke 18-20 dan ianya akan mencapai tahap kemuncak selepas IF 72 jam,( IF yang dibuat selama 3 hari tanpa makan,hanya minum air putih ).

Bayangkan kalau kita mampu buat IF ini selama 3 hari bersamaan 72jam. Kita akan mampu melakukan pembersihan sel sehingga ke tahap selular. Badan akan lebih ringan dan lebih aktif dari kebiasaan.

APA KAEDAH YANG MENYOKONG AUTOPHAGY?

- Intermittent Fasting atau berpuasa 

- Mengamalkan lemak baik contohnya asid lemak Omega 3,minyak zaitun dan buah avocado.

- Melakukan senaman yang sesuai dengan penerimaan badan.

- Mendapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.



Dalam Intermittent Fasting,kita biasa akan follow jadual yang sudah pun disusun dengan baik. Dan sebagai langkah pertama dan baru mahu menjinakkan badan dengan puasa,ia bermula dengan jam 12:12. Sekiranya badan boleh menerima,barulah ia akan naik ke jam seterusnya.

Kebiasaannya juga,kita akan disertakan dengan meal plan yang sesuai bagi memberikan tubuh badan kita menerima sesuatu dalam keadaan yang baik. Dan sebaik-baiknya perlu dilakukan dalam kaedah suku-suku separuh.



Mekanisme bagaimana Proses Autophagy perbaharui sel badan kita

Ini adalah table mekanisme bagaimana proses Autophagy itu bertindak dan memperbaharui sel badan kita.
Bila kita mampu berpuasa dan dapat mencapai tahap Autophagy itu,maka kita boleh memperbaiki tahap kesihatan kita dengan lebih baik. 
Cara mudah saja,dengan berpuasa kita dapat berikan yang terbaik dan sayang akan tubuh badan kita.  

Tetapi,kita juga perlu beringat. Bila kita mengamalkan berpuasa dan ingin mencapai tahap Autophagy dengan sistematik. Jangan pula kita mengambil pemakanan yang tinggi toksin. kita buang tapi kita masukkan balik toksin,proses itu pun tidak berjalan dengan lancar. Maka itu,ditekankan juga dengan meal plan yang sesuai ketika melakukan IF ini,supaya IF kita itu lebih bermakna keperluannya. Mahu sihat,kena buat dengan cara yang sihat juga. Jadi,pemilihan makanan dan minuman itu perlu dijaga juga ya. Sebolehnya buatlah cara suku-suku separuh,dan penuhkan ruangan pinggan kita itu dengan cukup fiber,protein dan karbo yang betul.


 SOKONGAN KAEDAH PROSES AUTOPHAGY

- Berpuasa secara sihat dengan mengambil Set Puasa Shaklee.

- Mengamalkan Supplement Terbaik untuk menyokong keperluan nutrisi badan.

- Mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Dan perbanyakkan Omega 3 dalam makanan harian.

- Latih diri untuk dapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.

- Elak stress.

- Bersenam


Baru-baru ini,saya ada mengikuti kelas Prof.Dr Redza (Seorang pakar saintis Neutraceuticals di Malaysia). Dimana dalam kelas ini,beliau ada berkongsi tentang supplement yang dapat membantu kita mengaktifkan proses Autophagy ;

> Resveratrol ( Polifenol )

> Citrus Bergamot

> Turmeric

> Astaxantin ( Polifenol )

Yang bestnya,apa yang disebutkan oleh Prof.Dr Redza itu,semuanya terdapat dalam Shaklee. So,sangat mudah untuk diperolehi.

Contohnya untuk sumber polifenol,dishaklee ada Vivix dan Resv yang mana dalam kandungan Vivix dan Resv itu kaya dengan polifenol. 
Bahan terlibat dalam Vivix seperti,Anggur muscadine,purple carrot,elderberry dan japanese knotweed.



Vivix - Resveratrol yang menyokong Autophagy

Resv - Polifenol intake yang menyokong daya ketahanan terhadap masalah kurang tidur.


Coq Trol Plus Shaklee - Mengawal selia Q10 semasa proses Autophagy. 


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Biasanya kita akan dengar kebaikan Intermittent Fasting saja kan. Tapi dientri saya kali ini,saya mahu kongsikan tentang keburukan Intermittent Fasting pula.

1. Tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul

- Walaupun IF ini adalah satu kaedah pengaturan pola pemakanan berjadual. Tetapi dalam masa yang sama tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul juga. Maksudnya disini,apabila kita berbuka,meal yang kita ambil itu kadang meal yang tidak lengkap dan penuh nutrisinya. Lebih gula dalam pemakanan,Fast food,Processed food dan sebagainya. Ini akan menganggu pembersihan toksin dalam badan. Maka cara ini amatlah tidak digalakkan sama sekali. Sebolehnya,biarlah pemilihan itu seperti yang saya katakan tadi mengikut cara suku-suku separuh dan seimbang nutrisinya dalam pinggan.

2. Tahap kolagen dalam badan akan berkurang sebanyak 90 %

- Tahukah kamu? bahawa Intermittent Fasting ini boleh menyebabkan kesan kepada kulit kita dalam aspek penuaan. Disebabkan kekurangan kolagen dalam badan,faktor keanjalan kulit akan mula mengendur dan alami kekeringan.

- Ada yang buat IF membantu dia kurus,namun pada masa yang kulit mula mengendur dan akan nampak lebih tua dari usia badan sebenar. Situasi sebegini juga tidak bagus. Kalau boleh kita mahu semuanya dalam keadaan seimbang kan. 




- Mahu kurus tapi nampak tua? Mana ngam kan. Mahu kurus tapi nampak makin muda? Yes!!. Bila kita buat IF ini pastikan ada support nutrisi. Boleh ambil Hello New You Set Misi Kurus Premium dan juga Collagen powder shaklee .

Kenapa Kolagen penting? 

> Kolagen merangkumi aspek kesihatan kulit,sendi dan tulang.

> Terdapat 28 jenis kolagen dan ianya di kategorikan dalam type 1,2,3,4. Apabila kita melakukan IF,kemungkinan type 1 akan termusnah lebih banyak.

> Umur dalam 28-an dan ke atas,tahap kolagen dalam badan akan semakin berkurang sehingga 50 %.

> Sebanyak 30% protein dalam badan adalah kolagen.



3. Gangguan tidur atau alami Insomnia 

- Hormon kortisol kita meningkat akan menyebabkan kita rasa lapar yang amat kuat dalam keadaan badan sedang berehat. Ini tidak baik dan akan menyebabkan gangguan untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus seterusnya berlaku insomnia.

- Mahu dapatkan kualiti tidur yang baik ?

> Amalkan ESP shaklee dan minum suam-suam.

> Amalkan Ostenutrix untuk lengkap kalsium dan magnesium intake dalam badan.

> Polifenol yang ada dalam Vivix dan Resv akan membantu relakskan mood kita dan melenakan tidur kita.

4. Sakit sendi dan lenguh otot badan

- Terdapat juga masalah sampingan ketika kita melakukan Intermittent Fasting ini,iaitu masalah kepada sendi dan lenguh otot-otot badan. Ini adalah kerana ketika berpuasa,kita akan kekurangan sumber elektrolit dalam badan. Boleh menyebabkan kita akan alami dehidrasi.

- Untuk mengelakkan masalah sedemikian ;

> Ambil sumber elektrolit seperti Performnce Drink shaklee.


Kesimpulannya yang boleh kita pelajari disini 👇👇👇👇

Orang yang melakukan Intermittent Fasting ini fokus kepada ;

> Kuruskan badan dan dapat berat badan yang ideal.

> Mahu sihat.

> Mahu reverse penyakit.

Tetapi amat digalakkan untuk belajar dan ambil pengetahuan lebih tentang Intermittent Fasting ini dan fahami sebabnya serta ambil kaedah yang sesuai dengan keadaan keperluan badan. Bak kata Prof.Dr Redza,"Tidak mahulah buat IF tapi rupa macam kak limah". Deep bunyinya itu 😅.

Sebolehnya juga,jika kita melakukan Intermittent Fasting ini,ambillah produk supplemen yang boleh membantu kita fokus kepada tujuan kita. Saya amat galakkan kamu ambil Supplement Terbaik

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di HealthyIsAGift
Saya sedia membantu kamu 😉. 

Boleh juga klik Keburukan Intermittent Fasting perkongsian dari rakan saya ini 😉. Membaca amalan yang sangat mulia. Semoga bermanfaat 🤗


#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
















2 ulasan:

  1. Takutnya kesan buruk IF ni. Terima kasih perkongsian sis.

    BalasPadam
  2. Kan..klu tak buat dengan betul dan ilmu.Sama2 sis,moga bermanfaat hendaknya untuk semua yang membaca..

    BalasPadam

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...