Rabu, 15 Mac 2023

HELLO NEW YOU SET MISI KURUS 😍

 Hai hai semua,kembali lagi dientri baru kali ini bersama dengan misi mahu kurus sebelum raya.
Ah! Bolehkah kurus sebelum raya? Macam mana mahu kurus sebelum raya? Apa cara berkesan untuk kurus?

Nah! Macam-macam persoalan yang dibangkitkan kalau bilang mahu kurus kan 😆. Yalah! Bukan senang-senang mahu kurus dalam masa yang singkatkan.

Tapi dientri kali ini,saya mahu tekankan bahawa setiap apa yang kita impikan itu pasti ada prosesnya. Cuma disini saya akan kongsikan cara yang paling mudah dan paling sihat untuk kita semua sama-sama follow kerana ia sudah pun terbukti berkesan pada individu yang mengamalkannya. Nanti saya akan share testimoni di akhir entri ya.

Okay! Sudah bersediakah kamu dengan misi mahu kurus sebelum raya bersama dengan Hello New You Set Shaklee? Jom tengok disini setnya.


HELLO NEW YOU SET SHAKLEE

Kenapa kena kurus?

1. Meningkatkan keyakinan diri

- Kebiasaannya bila kita berbadan besar (Gemuk),akan menimbulkan kurangnya keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. Sangat senang orang memberikan panggilan-panggilan yang kurang enak didengar. Nampak gurauan,tapi hakikatnya ia boleh menjatuhkan maruah sesorang itu. Bukan itu saja,orang pun senang saja mengejek akan bentuk tubuh badan.Ini menyebabkan keyakinan diri itu semakin hilang dalam diri. Bila kurus pula,kita senang bergaul dengan orang dan tampak lebih yakin bila berhadapan dengan orang ramai.

2. Penampilan diri yang lebih bergaya

- Apabilan memiliki bentuk badan yang kurus dan tubuh yang langsing,kita akan lebih mudah mengenakan gaya pemakaian yang lebih sesuai. Senang mencari pakaian yang diminati dan ada style yang menarik mengikut fesyen terkini. Sekaligus,ia membantu memberikan rasa yakin diri kerana nampak lebih kemas.

3. Badan lebih aktif

- Memiliki badan yang kurus menjadikan tubuh badan kita rasa lebih ringan. Dan juga ia membantu badan kita lebih mudah melakukan pergerakan serta melakukan aktiviti kecergasan mengikut keminatan diri.

4. Kesihatan yang baik

- Gemuk memang kelihatan comel. Tetapi ia juga berisiko dan mengundang kepada masalah kesihatan. Contohnya masalah penyakit kardioviskular( berkaitan dengan jantung),strok,paras kolestrol darah yang tinggi.tekanan darah tinggi,diabetes dan sebagainya. Bila badan dipenuhi dengan lemak,bermulalah episod segala macam jenis penyakit datang bertandang dalam diri tanpa kita sedar pun. Seram!!!!
Bila sakit datang,maka bermulalah juga episod makan ubatan dan menerima rawatan tanpa henti. Berbeza dengan orang yang memiliki badan kurus,risiko kepada penyakit sangat rendah. 


Saya percaya,tidak ada satu pun antara kita mahu memiliki badan yang besar dan gemuk. Semua berimpian untuk memiliki badan yang kurus,langsing dan menarik dipandang. So,disini saya akan share satu persatu kebaikan Hello New You Set Misi Kurus 


CINCH COKLAT

Cinch coklat adalah minuman berbentuk serbuk yang berasaskan protein bagi menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan. Ia mampu memberikan rasa kenyang dalam jangka yang lebih lama dari biasa.

Dalam cinch ini mengandungi leucine,dimana leucine ini berfungsi untuk membantu proses pertumbuhan otot,memperbaharui dan memperbaiki sel serta pengatur tahap metabolisme badan.

Apa itu Leucine?

Leucine adalah asid amino dan anggota keluarga dalam rantaian asid termasuk  isoleucine dan valine. Badan kita menggunakan asid amino ini untuk membuat protein dan ia sangat bagus dalam memelihara otot. Bestnya dalam leucine juga,ia membantu dalam proses penurunan berat badan kerana leucine menyerap makanan yang kita makan dan bergerak terus ke tisu otot di mana ia bertindak memberi isyarat akan berlaku proses sintesis protein.

Proses sintesis ini berfungsi untuk menyeimbangkan peningkatan pecahan protein secara semulajadi dan akan berlakulah sekatan kalori dalam diet kita.


Fungsi Cinch

1. Membakar lemak visceral
- Visceral fat atau lemak perut merupakan lapisan lemak paling dalam pada badan kita. Lemak visceral ini sangat sukar untuk disingkirkan. Sekiranya ia berlebihan dalam badan maka ia akan menyebabkan risiko menghidapi penyakit.

2. Memberi tenaga
- Leucine juga membantu metabolisme tubuh kita supaya berfungsi lebih efisen dan membantu meningkatkan tahap tenaga dalam badan.

3. Meningkatkan produksi otot baru
- Leucine juga membantu menggalakkan pertumbuhan jaringan otot baru dalam tubuh badan kita.


OMEGA GUARD

Omega Guard atau lebih dikenali sebagai Fish oil shaklee. Ianya berbentuk capsule. Omega guard ini adalah asid lemak omega 3 yang membantu proses membakar lemak dimana ia bertindak balas dengan hormon Leptin atau secara ringkasnya,hormon Leptin ini memberi signal kepada otak kita untuk mengurangkan selera makan.

Khasiat Omega Guard

1. Mencegah / Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
- kajian membuktikan orang yang cendurung memakan ikan mempunyai jangka hayat tinggi. Ia kerana ikan mempunyai lebih tinggi omega -3. Lemak asid omega-3 seperti dalam omega guard ini mempunyai manfaat yang banyak kepada masalah penyakit kardiovaskular.

2. Mengurangkan simptom ADHD
- ADHD (Attention deficit hyperactivity disoder) termasuklah dalam kesukaran memberi fokus dan perhatian. Omega-3 yang ada dalam omega guard ini,boleh meningkatkan tahap tumpuan dan fokus sesorang. Ia juga meningkatkan keupayaan melengkapkan tugasan dengan baik dan pantas serta membantu mengurangkan tindakan hyperaktif.

3. Mengurangkan simptom sindrom metabolik
- Sindrom metabolik adalah gabungan beberapa masalah kesihatan.Kebiasaannya orang yang mempunyai masalah badan besar  atau perut buncit cendurung mendapat penyakit darah tinggi,rintangan insulin dan mempunyai rendah tahap kolestrol HDL. Ia juga akan meningkatkan risiko penyakit diabetes. Tugas omega-3 dalam omega guard ini membantu mengurangkan kadar kepada masalah berikut.

4. Mengurangkan keradangan badan
- Keradangan ini terhasil daripada tindakbalas badan melawan jangkitan atau membaiki tisu/organ/luka pada tubuh badan. Pengambilan omega-3 mampu mengurangkan penghasilan molekul dan tindakbalas yang menyebabkan keradangan.


LECITHIN

Lecithin adalah sejenis capsule. Dimana lecithin ini berfungsi sebagai 'Pengemulasi semulajadi' yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan lemak degil terus melekat pada dinding membran. Kandungan lecithin adalah daripada kacang soya organik dimana setiap capsule mengandungi sebanyak 518mg soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.

Khasiat Lecithin

1. Lecithin untuk kurus
- Bertindak mengemulasi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disertai dengan senaman yang sesuai. Pengambilan lecithin mengikut kuantiti saranan membantu mempercepatkan pembakaran dan mendapat kesan penuruan berat badan yang seimbang.

2. Lecithin untuk masalah kolestrol
- Pemecahan lemak terutamanya kolestrol,menurunkan kadar kolestrol dan meningkatkan kadar HDL serta membantu mengawal paras triglycerides. Lecithin juga mengurangkan lemak yang termendap dipembuluh darah dan juga mengurangkan kesan buruk akibat masalah kolestrol tinggi.

3. Lecithin untuk melindungi hati
- Lecithin menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga membantu dalam pemulihan kesihatan hati.

4. Lecithin untuk tekanan darah tinggi.
- Lecithin membantu memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterioklerosis dan menggalakkan peredaran darah  yang baik.


HERBLAX

Herblax terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi iaitu daun alfalfa,daun senna,anise seeds,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhurbarb root,fennal seed dan culver root. Ia berbentuk tablet.  Herblax ini lebih dikenali tugas sebagai proses detox atau mencuci.

Fungsi Herba dalam Herblax

1. Daun senna
-  Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut.Mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

2. Buckhorn bark
- Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

3. Licorice Root
- Membantu proses detox

4. Fennal Seeds
- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol. Membantu proses pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembang perut.

5. Anise Seeds
- Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

6. Rhurbarb Root
- Herba yang banyak diguna pakai dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

7. Blue Malva Flower
- Membantu proses detox dan mengimbangi tekstur kulit.

8. Culver Root
- Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

9. Daun Alfalfa
- Membersihkan usus,darah dan hati.


Hello New You Set Misi Kurus

Mestikah ambil set ini? Mesti ada persoalan sebegini kan.

Okay macam ini,untuk lebih kesan yang baik dan lebih efisen kenalah dengan set. Sebabnya ia lebih memberikan tindakbalas yang paling terbaik dan cepat berbanding dengan single item. Oleh itu,untuk kesan yang lebih baik wajib ambil dalam set bagi memudahkan tindakbalas yang cepat hasilnya. Barulah misi kurus sebelum raya itu lebih produktif. 

Selain itu juga,pengambilan dan cara pemakanan itu perlu selari dengan tindakan juga. Mahu kesan yang efisen,perlu juga jaga lifestyle,pemakanan dan kena lakukan senaman sesuai dengan berat badan. Sebab itu,diawal entri tadi saya katakan semuanya adalah proses yang perlu diambilkira.


Testimoni Hello New You Set Misi Kurus

Okay,disini saya share beberapa Proven Testimoni yang sudah mengamalkan 
Hello New You Set Misi Kurus 😊😊 









Ramai yang sudah berjaya dapatkan berat badan ideal dan body shape dengan mengamalkan Hello New You Set ini dengan jayanya. Its PROVEN AND SUCCESS!

Kalau bukan sekarang bila lagi??? Bah kamu yang mahu aim kurus sebelum raya tu kena grab set ini cepat-cepat sebab promo ini akan berakhir tidak lama lagi. Sehingga hujung bulan ini saja tau! Jangan bilang si Ivy tidak payung kan. Bah cepat-cepat contact saya di

Kamu juga boleh dapatkan info lebih menarik lagi di Hello New You Set Kurus Premium
Dan boleh juga klik dekat sini untuk baca-baca perkongsian dari rakan saya Set Kurus Shaklee



#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023




2 ulasan:

  1. Hello New You set memang terbaik! sedih set ni dah nak stop dah! huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Always the best set and proven set fo misi kurus. Betul,sedihnya dgn promo last bln ni 🥲. Kena grab laju!

      Padam

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...