Selasa, 11 April 2023

BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA BANTU SAYA JANA PENDAPATAN

 



Hai hai,shallom dan salam Malaysia Madani semua kawan-kawan 😊. Di zaman teknologi moden dan di zaman yang penuh dengan cabaran hidup ini,sudah pasti ramai diantara kita yang sedang mencari side income melalui bisnes kan. Yang pasti dan best lagi boleh buat secara online. 

Bisnes Online sangat banyak masa kini.Tinggal pilih mana yang terbaik saja kan. Jom di entri kali ini saya mahu share tentang Tips-tips memulakan Bisnes Online dan Bestnya bisnes shaklee yang boleh menjadi pilihan terbaik untuk kamu. So,jom kita silik-silik tips dan kenal bisnes shaklee yang best ini untuk kamu jadikan ianya pilihan paling tepat.


APA ITU BISNES ONLINE ?

Bisnes Online adalah aktiviti perniagaan yang dijalankan secara atas talian yang mana aktiviti ini menggunakan platform berdaftar mahupun tidak berdaftar. Aktiviti ini adalah salah satu proses menjana pendapatan yang sangat popular masa kini. Antara platform yang biasa digunakan adalah seperti Shopee,Lazada,Ebay,Amazon,Tiktok shop,FB,IG,Wasap dan banyak lagi.


TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE  


1. CARI ILMU PERNIAGAAN

Perkara pertama sebelum kita memulakan perniagaan adalah dengan mempelajari ilmu-ilmu berniaga. Terdapat banyak saluran yang boleh kita dapatkan sebagai rujukan bagi memulakan langkah pertama ini. Banyak kelas-kelas perniagaan yang sangat giat dilakukan sekarang ini,tinggal saja kita menyahut peluang itu.

Pengalaman saya sewaktu memulakan bisnes online sebelum ini adalah dengan membuat research tentang apakah produk yang saya mahu jual sebagai permulaan. Pada ketika itu,saya mencari solusi terbaik untuk menangani masalah kesihatan dan masalah kulit saya. Waktu itu sangatlah banyak info-info yang keluar tentang produk shaklee ni. Maka saya tertarik dengan produk ini dan mula melakukan research tentang produk ini.

Bila buat research tentang kebaikan dan keberkesanan produk ini,sekaligus saya belajar tentang company shaklee ini di Google. Bagi saya,untuk saya mengambil produk kesihatan adalah sangat penting untuk saya tahu tentang production,ingredient yang diguna pakai,kelulusan KKM dan sebagainya. Bila belajar background company,dapatlah juga belajar selok belok bisnes company ini. Walaupun shaklee ini adalah company based on Multilevel Marketing,tapi bila tengok cara gerak kerjanya dalam asas perniagaan,company ini menggunakan sistem yang adil. Saat inilah saya mula terpikat dengan bisnes online. 

"Boleh kot saya cuba-cuba untuk menjual,sambil menjadi consumer,sambillah menjana pendapatan gitu."
Bila mana saya adalah surirumah sepenuh masa kan,maka itulah saya mencuba untuk menjalankan bisnes secara online saja. Oleh sebab ini juga,saya mula belajar tentang ilmu-ilmu perniagaan yang meluas di media sosial. Orang kata,luaskan pemandangan dalam masa yang sama luaskan perjalanan ke arah yang berguna juga.





2. KENALI PRODUK

Bila kita decide mahu memulakan sesuatu bisnes,kita mestilah kena tahu apa produk yang kita kena jual. Paling penting,kita kena gunakan produk tersebut,kena study tentang produk dan kena tahu apa kebaikan produk. 

Ini juga menjadi salah satu point penting yang saya gunakan sebelum memulakan bisnes shaklee saya sebelum ini. Bila sudah buat research,saya consume produk ini. Dan kalau mahu tahu,consume produk ini perlukan masa untuk sesuai dan tunjukkan kesan pada kita. Ini adalah kerana setiap penerimaan individu itu tidak sama. Maka perlulah consume mengikut guideline yang telah diconsultkan. Wajib!
Mengenali dan belajar tentang produk itu adalah sangat penting,ini untuk memudahkan kita memberi konsultasi kepada pelanggan kita dengan baik.





3. JUAL MINAT

Maksudnya disini adalah dengan menunjukkan minat yang mendalam terhadap produk yang dipilih. Bila kita minat maka kita akan sentiasa mempunyai semangat yang tinggi untuk memperkenalkan produk kita itu kepada semua orang.

Waktu saya mula konsisten dengan produk shaklee yang saya ambil,saya dapat hasil yang memberangsangkan dengan kesannya. Bila saya mula mendapat keberhasilan dengan produk yang saya consume,saya rasa lebih senang dan lebih bersemangat untuk share kebaikan produk tu pada umum.Mahu juga bantu orang yang ada masalah sama supaya dapat pulih dengan baik dari sakit yang di alami bah kan 😊

Sebagai penjual online perlu ada sifat minat kepada produk jualan yang dipilih. Ini memudahkan untuk kita bagi penerangan sesuai dengan keperluan orang. Jual dengan memberi manfaat gitu.






4. MANFAAT PENGGUNAAN PLATFORM MEDIA SOSIAL

Ingat lagi waktu dahulu,sewaktu zaman teknologi belum menguasai dunia bisnes secara online,aktiviti bisnes yang dijalankan hanyalah ditepi-tepi jalan,membawa barang dari rumah ke rumah,mengetuk pintu ke pintu untuk mempromosikan jualan. Nampak agak leceh tetapi begitulah aktiviti perniagaan sewaktu ketika dahulu. 

Tapi dizaman teknologi ini,semuanya sudah mengalami perubahan. Termasuklah dalam aspek perniagaan. Bak kata orang zaman moden ini,semuanya dihujung jari. Bisnes online boleh dilakukan dimana-mana saja sekarang ini. Terdapat banyak platform-platform media sosial yang mampu mengembangkan dunia bisnes secara meluas.

Ada internet,ada data semua urusan bisnes boleh jalan. Untuk mempromosikan jualan produk kita,boleh dilakukan mengikut kreativiti diri. Dengan menggunakan media sosial seperti FB,IG,Wasap,Tiktok dan juga page. 
Saya juga tidak ketinggalan menggunakan kesemua platform yang ada saat ini. Termasuklah page. Kamu bolek klik Healthy Is A Gift . Ini adalah page saya dalam mempromosikan produk shaklee jualan saya. Segala update tentang produk dan aktiviti bisnes saya jalankan melalui page ini. Selain FB,IG dan Tiktok,saya lebih aktif dalam Wasap dan juga page.






5. RAJIN BERUSAHA DAN BERTANYA

Konteks rajin disini sangat luas. Tetapi saya suka tekankan dengan definisi bahawa rajin adalah dengan menggunakan mulut untuk bertanya kepada yang lebih arif dan lebih pakar dalam bidang bisnes online ini. Dengan mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih tahu,sedikit sebanyak dapat membantu kita mengembangkan dan membesarkan ruangan bisnes kita dengan pelbagai idea-idea menarik. Selain itu,ia juga dapat bantu kita untuk lebih bersemangat dan positif dalam menjalankan perniagaan kita.

Dalam pengalaman sendiri juga,saya suka mendekatkan diri dengan mentor-mentor yang hebat,suka grab ilmu dari mereka. Selain itu,rajin merujuk kepada upline untuk boostkan idea-idea yang baik untuk berkembang. Yang paling best,masuk dalam circle yang positif supaya kita dapat membina keyakinan diri dengan lebih baik. Ini yang saya buat saat ini,berada dalam circle positif buatkan saya sentiasa bersemangat,tidak pernah kering dengan idea,tidak pernah tinggal info-info menarik dan banyak lagi. 




Pengalaman dan aktiviti saya dalam Bisnes Shaklee 




BISNES SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK ?

Mesti ada diantara kita akan berfikir,apakah bisnes yang sesuai dilakukan ? Apakah benda yang boleh dijual ? Apa yang menjadi minat pada orang ramai ? Lakukah tidak ?. Pelbagai persoalaan bilamana kita mahu memulakan sesuatu bisnes.

Begitu juga saya sewaktu ketika dahulu sebelum memilih bisnes shaklee sebagai punca pendapatan saya yang hanya seorang surirumah. So,disini saya share sedikit pengalaman saya dalam memilih bisnes dan kenapa saya memilih shaklee sebagai pilihan tepat. 

1. SYARIKAT KUKUH

Ada saya katakan yang dahulunya,saya mencari produk yang boleh selesaikan masalah kesihatan saya alami. Dan bila memilih produk itu,saya terlebih dahulu mengkaji tentang syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. 

Bila baca-baca tentang produk shaklee dan background company shaklee,barulah saya memilih untuk mencuba produknya. Memilih syarikat yang kukuh adalah satu point yang penting dalam memilih bisnes. Ini adalah kerana,kita mahu bisnes itu adalah bisnes masa depan yang menjamin akan pendapatan masa hadapan kita dan juga bisnes yang berpanjangan walau dalam apa musim sekalipun.


Over than 60 years now and very well known company in the world


Still standing strong company until now! Yang buatkan saya jatuh cinta dengan Background company ini. Sangat kukuh!


2. PRODUK SELAMAT

Pilihan bijak adalah jika kamu memilih dengan menjual produk kesihatan adalah melihat kepada production produk tersebut. Saya memilih shaklee di sebabkan company ini menyediakan produk yang dijamin selamat,berkualiti dan berkesan.






3. SISTEM YANG ADIL

Kalau kamu mahu tahu,shaklee adalah company Multilevel marketing yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1915 oleh pengasasnya DR.Forrest C.Shaklee dengan falsafah untuk menyebarkan ilmu kesihatan dari bahan semulajadi pada semua manusia. Pelan pemasaran yang dijalankan juga sangat adil dan berpaten. Kenapa saya katakan begini ? Rujuk kepada gambar rajah dibawah.


Shaklee adalah antara company yang menawarkan keuntungan secara adil dan saksama,dimana ia melihat kepada siapa yang rajin dan berusaha lebih maka dia akan mendapat ganjaran besar. Tidak ada istilah goyang kaki dapat untung gitu.



Perbezaan antara Multilevel Marketing dan Sistem Piramid.
Shaklee adalah company yang menjalankan bisnes secara Multilevel Marketing.


4. POTENSI PENDAPATAN TANPA HAD

Salah satu yang membuatkan saya teruja dengan shaklee sistem juga adalah dengan peluang bisnes yang shaklee tawarkan iaitu Potensi pendapatan tanpa had. 
Maksudnya disini,pendapatan tanpa had ini melihatkan kepada usaha dan kerja keras diri sendiri dan bukan pada orang lain. Rajin buat,hasil pun pasti meriah gitu. Bestnya lagi dengan shaklee boleh buat secara part time juga. So tidak ada masalah bagi mereka yang sudah mempunyai kerja hakiki tetap boleh saja buat shaklee. 


Jana pendapatan dengan shaklee akan dapat benefit seperti dalam gambar diatas. Bestkan!



Ini adalah contoh anggaran pendapatan shaklee

5. KELAS NUTRISI

Menarik juga dengan shaklee ni,sentiasa providekan distributornya dengan kelas-kelas dan bengkel-bengkel Nutrisi. Menjadi distributor untuk sesuatu produk perlulah rajin mengikuti kelas nutrisi,ini untuk membantu mereka supaya selalu cakna dengan perkembangan semasa. Dahulunya bab nutrisi ini tidak terlalu ditekankan sebabnya pemakanan dan lifestyle orang dulu-dulu sangat baik. Berbeza dizaman yang semakin moden ini,part nutrisi itu semakin lama semakin tenggelam. Oleh sebab itulah,di shaklee akan sentiasa ada kelas dan bengkel nutrisi ini untuk bagi kesedaran pada semua orang betapa pentingnya keperluan nutrisi dalam kehidupan harian kita. 


Pn.Sarah pakar nutrisi shaklee dalam kelas nutrisi kehamilan,berpantang dan penyusuan.


Kami yang mengikuti Workshop shaklee ambassador 😉


Selain shaklee kami juga ada sesi bersama dengan Doktor-doktor dalam ilmu perubatan dan pemakanan tambahan. (DR.Haresh)


Workshop bersama PROF.DR REDZA 


Kesimpulannya disini,memilih bisnes perlu melihat kepada ciri-ciri seperti yang saya nyatakan diatas. Pilihlah sesuatu produk itu yang menjadi keperluan semua orang. Yang boleh menjamin ke arah kesihatan yang baik. Yang paling penting pilihlah bisnes yang dapat membantu mengubah kepada ke arah kehidupan yang lebih baik. 

Saya bersyukur dan saya happy sangat kerana saya memilih bisnes yang sudah pun proven dan diestablish sebagai bisnes yang kukuh di dunia. Memilih shaklee juga telah mengubah cara hidup saya dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sihat. Syukur jumpa shaklee!! 😍

Mencari peluang bisnes diluar sana ??
Jom saya bantu kamu 😉.
Contact saya di Healthy Is A Gift atau boleh terus klik Jom Shaklee 

Untuk perkongsian lain dari rakan saya boleh klik Bisnes Online dan juga boleh panjangkan pembacaan di sini BISNES ONLINE

Your Trusted SID Shaklee
Ivy Rachel Anthanasius 
ID: 1090397


#HealthyIsAGift
#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi



































3 ulasan:

  1. bisnes online ngam sangat untuk introvert macam aku. hahah

    BalasPadam
  2. Untung betul, dapat first hand experience dengan doktor2 terbaik di Malaysia

    BalasPadam

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...