MAHU KURUS DAN SIHAT
Siapa suka gemuk? Jawapan TIDAK!. Mestilah tidak suka gemuk kan. Terutama orang perempuan. Perkataan gemuk itu menyeramkan kalau dengar. Tapi didunia ini,kita lahir dengan pelbagai bentuk rupa,ada kurus,ada gemuk,ada chubby dan sebagainya. Kita juga mempunyai dan menjalani kehidupan yang sangat berbeza. Tetapi saya juga percaya kita boleh dapat hasil yang sama dengan disertai ilmu dan tindakan.
APA DEFINISI KURUS ?
Definisi kurus adalah keadaan dimana kondusi kurang berat badan jika dibandingkan dengan tinggi badan. Terdapat cara khusus iaitu melihat kepada body indeks (BMI) atau mass indeks (IMT) yang mana ia menjadi penentu kepada kategori badan. Ini termasuk kurus,gemuk dan badan ideal.
Hahaa ada yang macam ini kah? Mahu kurus tapi tidak tahu cara? Mahu kurus tapi selalu kalah dengan godaan? Mahu kurus dan sudah cuba macam-macam cara tapi masih tidak berjaya?
So,kali ini saya mahu share Tips kurus cepat dan sihat dengan cara paling mudah.
TIPS KURUS CEPAT DAN SIHAT DENGAN MUDAH
1. MINUM AIR KOSONG
Perkara paling utama yang selalu disarankan dalam apa saja aktiviti harian adalah dengan pengambilan air kosong yang cukup sesuai dengan keperluan badan.
Banyak manfaat pengambilan air kosong untuk kesihatan ini. Memang tidak dinafikan lagi.
- Membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan
- Mengawal kalori
- Memberikan kesihatan yang baik pada otot dan organ penting
- Membantu atasi masalah kekeringan pada kulit
- Sebagai agen detoksifikasi semulajadi
Benda yang paling dan tersangat susah untuk orang lepaskan si Dia ini (GULA). Walaupun hakikatnya makanan kita di malaysia,rata-rata menggunakan gula dalam masakan. Agak sukar untuk menyarankan orang ramai untuk elak pengambilan gula dalam rutin harian. Tetapi melihat kepada kebaikan bila dapat mengurangkan dan mengelakkan pengambilan gula ini sangatlah banyak. Terutamanya pada berat badan.
Jom kita lihat kebaikannya.
- Dapat mengurangkan masalah ketagihan gula
- Bantu turun berat badan
- Memberi lebih tenaga pada tubuh badan
- Mencerahkan kulit
- Membantu menstabilkan mood
"Menghentikan pengambilan gula memberikan peluang kepada tubuh untuk detoks secara semula jadi. Dalam beberapa jam pertama tanpa gula, pankreas mula kurang menghasilkan insulin dan hati juga akan mula memproses toksin yang tersimpan."
3. JANGAN SKIP SARAPAN
Kamu tahukah? kalau skip sarapan akan memberi kesan pada metabolisme badan dan juga berat badan. Bukan itu saja,ia juga boleh meningkatkan risiko kepada masalah penyakit jantung,tekanan darah tinggi dan peningkatan kolestrol. Hmm nampak remeh kan tapi inilah yang boleh menjadi penyebab.
Apa pentingnya sarapan ini ?
- Boleh meningkatkan metabolisme badan
- Mengekalkan fokus sepanjang hari
- Membantu menjaga kesihatan jantung
- Mengurangkan risiko penyakit
Namun begitu,pemilihan makanan yang penuh nutrisi adalah sangat digalakkan apabila memulakan hari kita. Makanan yang penuh khasiat bantu memberikan kita tenaga yang baik sepanjang hari. Elakkan mengambil makanan tinggi gula kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrisi yang badan perlu dan ini akan menyebabkan gangguan metabolisme badan yang sekaligus berkait rapat dengan peningkatan berat badan.
4. TIDUR DAN REHAT YANG CUKUP
Rehat dan tidur yang cukup juga adalah saranan paling utama selain minum air kosong. Mengikut kajian saintis,tidur dan berat badan sudah lama berkait rapat. Secara purata bagi orang yang tidak cukup tidur mereka lebih cenderung cepat naik berat badan.
Apa yang bestnya bila dapat tidur yang cukup ?
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu emosi sentiasa dalam keadaan yang stabil
- Membantu minda yang cergas dan cerdas
- Badan lebih rasa relaks dan bertenaga
- Berat badan yang sihat
Disini saya share juga sedikit tips macam mana mahu dapatkan tidur yang berkualiti.
- Elak mengambil kafien 4-6jam sebelum waktu tidur dan minimumkan pengambilan diwaktu siang juga
- Tetapkan dan ikut jadual waktu tidur
- Buat rutin atau aktiviti yang merehatkan badan seperti bermeditasi,membaca atau mendengar muzik
5. SENAMAN
Seperti yang kamu tahu,bahawa senaman adalah salah satu aktiviti yang membantu proses pembakaran kalori badan. Mahu kurus? Kenalah bersenam. Diet macam mana sekali pun kalau tidak disertai dengan senaman ia tetap akan berada di posisi yang sama saja. Tidak akan ada perubahan pun pada berat badan mahupun inchloss.
Apa kebaikan bersenam untuk kurus ?
- Menjaga berat badan
- Meningkatkan kesihatan otak
- Membantu membantutkan pertumbuhan sel lemak dalam badan
- Membakar kalori dalam badan
- Meningkatkan metabolisme badan
6. INTERMITTENT FASTING
Dengan mengurangkan atau menghadkan pengambilan kalori secara konsisten auto kita dapat menurunkan berat badan dengan baik.
Kebaikan Intermittent Fasting selebihnya boleh rujuk sini Mahu Kurus
7. PENGAMBILAN SUPPLEMEN
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan pengambilan supplemen boleh bantu untuk kurus cepat. Tetapi dalam konteks supplemen disini adalah untuk membantu dan cover keperluan nutrisi badan perlu. Disaat kita menyah toksin,sudah pasti banyak nutrisi badan juga akan berkurangan. Maka ini akan membuatkan badan tidak produktif.
Kenapa perlu supplemen ?
- Bantu cukupkan keperluan nutrisi
- Elak sel badan jadi kurang sihat
- Bantu organ dalaman berfungsi dengan lebih efisien
- Meningkatkan metabolisme badan
- Membantu penurunan berat badan yang efisien dan terkawal
Apakah supplemen yang boleh membantu untuk kurus cepat dan sihat dengan mudah ?
Set Kurus yang cukup lengkap untuk proses membakar,membuang dan membina.
Set kurus lengkap shaklee
Set kurus premium shaklee
Ini adalah antara supplemen yang sesuai dan sentiasa menjadi suggestion utama untuk bantu mempercepatkan penuruan berat badan yang efisien.
Boleh juga rujuk Misi Kurus Sihat
Untuk pertanyaan lanjut,mahu info lebih tentang produk dan konsulatsi produk boleh contact saya di Healthy Is A Gift atau boleh klik Jom Shaklee
Mahu info lebih boleh klik Kurus Dengan Cepat .Ada tips terbaik juga disini boleh follow Kurus Cepat Selamat Tanpa Lapar .Selamat meluaskan pembacaan dan semoga bermanfaat 😉
Your Trusted SID
Ivy Rachel Anthanasius
ID : 1090397
#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan