Ahad, 20 Ogos 2023

DOA AMALAN YANG SAYA AMALKAN DALAM KEHIDUPAN

 


Apa saja hal yang kita lakukan di dunia ini,semuanya atas rencana Tuhan dalam kehidupan kita. Tuhan tidak akan izinkan ianya berlaku,kalau bukan itu yang DIA mahukan ia terjadi pada kita. 

Saya percaya setiap perjalanan kehidupan kita itu,kita pasti akan bersandarkan pada maha pencipta kita. Dengan cara berdoa dan juga amalan hidup sehari-hari.

Begitulah hal yang saya lakukan secara peribadi dalam perjalanan kehidupan saya. Kerana saya percaya,segala kelancaran,dan keberkatan yang saya terima sepanjang hidup semuanya hasil dengan apa yang saya sudah minta dalam doa. Cumanya terkadang pandai terleka dengan duniawi. Maka ianya terkadang rasa hidup tidak keruan.

Seperti kebanyakan orang,mahu ada kehidupan yang berlandaskan kepada kebenaran dan kekuatan iman pasti ada doa dan amalan yang diamalkan selalu. Dan ini salah satu antara cara saya juga untuk memastikan perjalanan kehidupan saya itu baik-baik saja.


DOA ASAS 






Doa Asas adalah doa wajib untuk saya selalu. Never stop doing this. Disaat diri sedang terluka,disaat diri sedang jatuh,disaat diri sedang kesedihan malahan disaat diri penuh dengan kebahagiaan,kegembiraan dan kesyukuran juga,doa asas ini selalu menjadi peneman hidup saya.

Dalam agama yang saya anuti iaitu,kristian katolik. Terdapat banyak doa-doa khas yang boleh didoakan juga mengikut sesuatu keperluan dan keadaan. Doa adalah cara kita berkomunikasi dengan DIA yang selalu setia memimpin kita dalam hidup.


AMALAN KEBAIKAN

Selain amalan berdoa,kita juga sering diajar untuk melakukan kebaikan dalam hidupan harian. Orang kata,amalan kebaikan ini adalah jambatan untuk dunia akhirat kita kelak. 

Saya percaya setiap agama yang ada,menuntut kita untuk berbuat kebaikan.

Contohnya ;

- Membuat amal kebajikan
 
- Mengamalkan kehidupan bersedekah

- Menjalankan kehidupan secara rohani

- Hidup secara harmoni

- Menjaga kesihatan / Mengamalkan gaya hidup sihat

- Rajin beribadah / Berziarah

- Melakukan aktiviti kemasyarakatan 

- Melayani di rumah Tuhan 



For all we have always be grateful and thankful GOD ♥️

Dengan keharmonian pelbagai kaum,bangsa dan agama. Untuk pembacaan lebih,boleh klik Doa Yang terbaik untuk Wanita . Semoga bermanfaat 😉



#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...