Jumaat, 8 September 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG


Apabila disahkan mengandung,ia adalah moment paling istimewa sekali bagi seorang yang bergelar wanita. Yala,setelah berkahwin,apa lagi yang diharapkan oleh semua pasangan kan. Semestinya kehadiran cahaya mata anugerah Tuhan.

Begitulah juga dengan pengalaman saya sendiri. Kini saya bergelar mommy kepada 4 anak yang chomel dan pinta-pintar belaka. Syukur Tuhan atas anugerahNya yang terindah ini.

Bila sebut tentang pengalaman mengandung,sememangnya semua aspek perlu diambil berat. Ini bermulalah dengan pemantauan semasa keadaan baby,pemakanan,vitamin intake,keperluan bersalin,kelengkapan baby dan aktiviti harian.



So,dalam entri kali ini, saya mahu berkongsi sedikit tentang keperluan wanita mengandung. Dimana keperluan ini juga berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika mengandungkan keempat-empat anak saya.

Teringat balik waktu mengandung dulu,saya berjauhan dengan husband. Untuk segala checkup klinik,beli keperluan bersalin,makan dan vitamin semuanya diuruskan sendiri dan dibantu oleh keluarga kedua-dua pihak. Syukur juga waktu itu,saya tinggal dengan keluarga.



EMOSI

Setiap keperluan wanita mengandung itu perlu bersedia dari segi emosi yang kuat. Emosi seorang wanita mengandung sangat fragile. Kenapa saya katakan begini,ia adalah kerana berlaku perubahan hormon pada wanita mengandung. Oleh sebab itu,emosi wanita mengandung perlu dijaga sepanjang masa.




RUTIN CHECKUP KLINIK

Kedua untuk keperluan wanita mengandung adalah dengan sentiasa mengingat temujanji klinik. Temujanji klinik ini adalah sangat penting kerana ia adalah pemantauan semasa keadaan baby dan juga ibu. So,adalah amat perlu untuk merujuk setiap temujanji yang sudah direkodkan dalam buku klinik.




MAKANAN DAN MINUMAN

Ketiga pula,wanita mengandung akan selalu memerlukan makanan dan minuman yang baik untuk memenuhi keperluan nutrisi badan dan juga baby. Bak kata orang,kena makan untuk dua orang gitu hehe.
Lagi-lagi wanita mengandung ini kena layan pula dengan proses mengidam. Ada yang mengidam bukan-bukan ia adalah kerana perubahan hormon yang sangat ketara berlaku.




KELENGKAPAN BERSALIN
Kelengkapan bersalin ini adalah seperti barang mandian untuk dibawa ke hospital. Paling senang semuanya dalam kit travel. Beg khas untuk simpan pengenalan diri,buku klinik dan juga kit travel untuk vitamin. Tidak lupa juga,barang keperluan untuk minuman panas dan bekalan ke hospital.




KELENGKAPAN BABY

Kelengkapan baby adalah persediaan paling penting sekurang-kurangnya,3-4 bulan sebelum tarikh bersalin. Persediaan kelengkapan ini termasuklah pakaian baby,tuala,lampin pakai buang,barang mandian dan juga selimut baby. Kelengkapan ini biasanya sudah tersedia masuk dalam beg khas baby,supaya ianya senang dibawa apabila ada tanda-tanda bersalin sudah.




VITAMIN/SAPLIMEN 

Vitamin/saplimen adalah makanan nutrisi yang sangat penting sekali untuk membantu wanita mengandung dan juga bayi tidak berkekurangan nutrisi yang diperlukan dan mengelakan dari masalah kesihatan yang tidak baik.


Boleh juga baca perkongsian lain dari rakan blog saya disini Wanita Mengandung 

Terima kasih sudi singgah blog saya. Semoga bermanfaat pada semua 😊


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...