Rabu, 5 April 2023

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH 😍


Semua kita tidak kira wanita mahupun lelaki suka pentingkan kesihatan kulit. Suka dengan kulit yang cantik. Tapi sejauh mana usaha untuk dapatkan kulit yang sihat dan juga cantik?? 
Dalam entri kali ini,saya mahu share sedikit tentang tips-tips menjaga kecantikan kulit yang berkesan dan terbaik. Jom follow 😉😉


Apakah yang dimaksudkan dengan kulit yang sihat dan cantik?

Kulit yang sihat,cantik dan berseri mencerminkan tahap kesihatan yang baik. Penjagaan kulit sebenarnya tidak susah,tetapi ia memerlukan satu usaha yang berpanjangan,mempunyai pengetahuan dalam penjagaan kulit dan juga perlu mengamalkan rutin harian tanpa henti.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik,terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira ini termasuklah dari segi pemakanan harian,kenal pasti jenis kulit,penggunaan skincare,proses penghidratan dan faktor kesihatan diri.


Kenali Jenis-jenis kulit

Terdapat 5 jenis kulit yang berbeza bagi setiap individu ;

1. Kulit berminyak

- Kulit berminyak ini adalah disebabkan kelenjar berminyak dalam kulit tersangatlah aktif dari yang sepatutnya. Cara mudah untuk mengenal pasti kulit berminyak ini adalah dengan melihat kepada lapisan minyak nipis yang kelihatan pada permukaan kulit muka sepanjang hari. Kategori ini cenderung mempunyai liang pori-pori yang besar dan akan menyebabkan masalah jerawat batu atau bintik hitam.

2. Kulit kering 

- Kulit jenis ini pula adalah disebabkan oleh sel kulit mati yang meliputi permukaan kulit. Kulit kering ini juga sering merasa tegang dan cenderung kepada masalah iritasi. Kategori ini mempunyai liang pori yang besar dan hampir tidak kelihatan secara kasar. Untuk masalah ini biasanya akan disarankan memakai krim pelembab.

3. Kulit sensitif

- Kulit sensitif ini adalah sejenis kulit yang sentiasa alami keradangan. Saranan untuk yang alami kulit sensitif ini adalah menggunakan produk yang lebih lembut,ini adalah kerana ia sangatlah mudah alami kemerahan dan kerengasan.

4. Kulit kombinasi

- Kulit jenis ini dikategorikan mempunyai 2 jenis kulit iaitu kulit kering dan juga kulit berminyak. Sebahagiaan keadaan kulit dipermukaan muka terutama pipi kebiasaanya terasa kering manakala di bahagian dahi dan hidung pula lebih kelihatan berminyak. Jenis ini juga akan berubah mengikut keadaan,pada musim sejuk kulit akan lebih nampak kering dan apabila musim panas,ia akan kelihatan berminyak. 

5. Kulit Normal

-Mengikut pakar dermatologi,bahawa tidak ada definisi perubatan kepada kulit normal. Ini adalah kerana,jenis kulit ini boleh jadi berbeza-beza pada setiap individu.


Tips penjagaan kulit 

1. Minum air kosong secukupnya

- Benda pertama dan menjadi RULE paling utama adalah minum air kosong secukupnya untuk mengekalkan kelembapan kulit yang baik. Kulit yang lembab akan sentiasa kelihatan sihat dan segar. Untuk dapatkan kulit sihat dan segar ini juga kenalah elak benda-benda manis. 

2. Pencuci muka yang selamat dan bebas bahan kimia

- Tips ini adalah rutin harian yang sangat penting untuk semua. Pemiliihan pencuci muka yang bebas kimia dan sesuai dengan Ph kulit adalah sangat penting sekali. Kita perlu sentiasa mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai,kerana setiap hari kulit kita terdedah dengan radikal bebas. Maka ia sangat perlu untuk selalu dibersihkan. Terdapat banyak jenis pencuci muka dipasaran luar,yang penting kena pandai melihat kepada kandungan atau bahan-bahan digunkan. Sebolehnya gunalah yang selamat,sesuai Ph kulit dan bebas bahan kimia. 


Salah satu skincare yang sangat recommended dan skincare ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit 😊


3. Pemakaian SPF atau SUNSCREEN UV protection

- Sangat disarankan juga menggunakan SPF50 atau Sunscreen untuk perlindungan kulit dari sinaran Uv yang kuat. Walaupun berada didalam rumah,tetap diwajibkan untuk memakai uv protection ini. Ini disebabkan sekeliling kita juga sangat banyak radikal bebas,bukan saja pada cahaya matahari. Dikala waktu memasak didapur pun kita sudah terdedah dengan radikal bebas ini. Ini juga untuk mengekalkan kelembapan pada kulit muka. 


SPF5O youth skincare

4.  Emosi-Elak stress 

- Ini juga tips yang sangat penting. Nampak remeh kan,hakikatnya kawalan stress ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi juga kepada kesihatan kulit kita. Kalau sentiasa dalam keadaan stress,ia akan menyebabkan kulit akan menjadi lebih sensitif dan boleh menimbulkan jerawat dengan cepat. Selain itu juga,badan perlukan rehat yang cukup,tidur yang cukup bagi membantu pembentukan kolagen pada kulit dapat dirangsang dengan baik. Kolagen ini berfungsi memastikan sel-sel dapat diperbaharui supaya kulit sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cantik. 


5. Vitamin untuk kulit yang sihat dan cantik

- Eh,perlukah makan vitamin-vitamin ini untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat? . Vitamin kulit juga adalah sangat penting untuk support nutrisi kulit kita. Ia untuk mengekalkan tahap kesihatan kulit kita supaya sentiasa berada dalam tahap yang baik. 
Apa suggestion untuk vitamin kulit? Okay,disini saya share apa vitamin kulit yang buatkan kulit sihat,segar dan cantik.


Hah! inilah yang paling best rekomen untuk semua orang. Wanita dan lelaki pun boleh saja consume set ini.
Apa yang best dengan Vitamin kulit ini? 




Dalam Esp ini juga terdapat Niacinamide. Apa Niacinamide ini? 

Niacinamide ini adalah berfungsi membantu membina sel dalam kulit. Ia membantu menjaga atau protect kulit dari persekitaran yang tidak bersih contohnya suhu,cuaca,pemakanan,pemakaian kosmetik dan juga pencemaran udara.

Niacinamide (Vitamin B3) membantu ; · Mencerahkan kulit · Memperbaiki tekstur kulit · Memudarkan parut, jeragat dan bintik hitam · Mempunyai sifat anti-inflammatory · Meredakan jerawat yang meradang · Menjaga kelembapan kulit · Mengawal pengeluaran minyak pada wajah · Menjadikan pori-pori lebih bersih dan terkawal · Memperlambatkan proses pemindahan melanin ke lapisan kulit luar · Memperkuat pertahanan lapisan kulit yang paling luar · Menjadikan tona kulit lebih sekata · Elakkan kulit kusam

Sebab itu,ESP ini adalah salah satu item utama dalam set kulit cantik shaklee. Kerana manfaatnya juga bagus untuk kulit. Selain kulit,terdapat banyak lagi benefit yang kita boleh dapat bila amal dan  konsisten ESP ini. 


Benefit lain yang kita boleh dapat dalam ESP


Selain ESP,dalam Vitamin kulit juga ada Vitamin C. Vitamin C ini juga salah satu item asas untuk semua kita amalkan. Vitamin C ini membantu dalam pembentukan kolagen pada kulit. Kolagen sangat diperlukan bagi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sentiasa kelihatan sihat dan cantik.

Fungsi lain Vitamin C ;

> Mengekalkan keseimbangan tisu badan.
Ia membuatkan kulit menjadi lebih licin,tegang,cerah dan berseri,membantu menghilangkan kesan–kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari. > Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut,paru-paru dan sistem penghadaman) > Menguatkan saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi,sakit jantung koronari,stroke (angin ahmar),kerosakan buah pinggang dan sebagainya. > Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. > Membantu dalam mencegah penyakit barah (kanser). > Membantu dalam proses detoksifikasi dalam badan dari pencemaran logam berat seperti bahan logam berat (Plumbum,raksa dan arsenik) > Meningkat tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau. > Membantu kesihatan sendi berpanjangan. > Sebagai anti-histamine.Sesuai kepada yang selalu selsema,demam dan selalu letih.

KAMU TAHUKAH?

YANG BULAN  INI ADALAH BULAN HARGA RAHMAH UNTUK VITAMIN KULIT INI

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

HEALTHY SET RAHMAH A


HEALTHY SET RAHMAH B

Healthy Set A dan B ini adalah sangat recommended bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak,kulit kering dan kulit sensitif. Berdasarkan fungsi dan kandungan-kandungan yang ada dalam set ini menjadikan set ini sangat-sangat popular dan ia juga sangat mampu milik. Lebih-lebih lagi bulan ini,harganya adalah yang sangat terpaling rahmah sekali. 

Bukan saja mampu milik,pembelian set A dan set B ini juga best sebab,ianya layak Free membership. Waaa!!! bestnya kan,beli promo saja pun sudah layak Free membership dari shaklee. Untung tau bagi mereka yang grab peluang ini 😍😍😍

Jom! kita tengok pula testimoni-testimoni yang sudah pun mengamalkan Vitamin kulit ini dengan konsisten ;









Bestkan tengok hasil-hasil mereka yang sudah mengamalkan Vitamin kulit cantik paling ter'Rahmah' ini. Saya sudah,mereka sudah,kamu bila? Nah! jangan lupa grab promo Healthy Set Rahmah ini dengan saya tau!
Yang best ada pilihan,mahu A boleh mahu B pun boleh. Kedua-duanya layak untuk dapat Free Membership. So! grab laju tau 😉

Dapatkan Healthy Set Rahmah ini dari saya. Klik saja Healthy Is A Gift
Atau

Nak lebihkan pembacaan tentang Vitamin Kulit Cantik boleh klik Vitamin Kulit



#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
















Selasa, 4 April 2023

Menawan Aki 💓 ( 13 November 2022 - 14 November 2022 ) - PART 3

Bah jadi kita sambung lagi PART 3....


Date : 13 November 2022
Awal lagi bangun. Semalaman tidak dapat tidur,habiskan 1st time bah ni mendaki gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara jadi segala macam perasaan masa tu dialami haha.


Sebelum mendaki,saya awali dengan rutian harian saya dengan booster happy pills.

Sustain Released - Booster immune system
Bcompex - Booster saraf dan energy
Coq trol - Antioxidant 


Sebelum ke pusat registrations kena isi perut dulu. Masa ini memang tidak lalu mahu hadam apa-apa makanan,sebab takut ada rasa butterfly dalam perut haha. Dengan perasaan yang excited tapi dalam masa yang sama,risau,nervous,takut segala-galanyalah rasa. Aihh!! Tapi saya makan jugalah cereal ini untuk isi perut. Takut juga lemas masa dalam perjalanan ke Laban kan..


Sempat bancuh Performance Drink dan Cinch Tea Mix dalam ni. Bawa dalam botol yang kecil saja sebab takut keberatan beban dalam perjalanan ke Laban Rata.

Bancuhan air ini adalah sebagai booster energy dan supaya badan tidak dehidrasi. Sebab memulakan perjalanan yang jauh sememangnya memerlukan air yang cukup. But since saya tidak mahu terganggu dalam perjalanan,maka itulah saya bancuh Air energy ini. 
Sedap dan fresh !!



Okay sebelum gerak,sempat snap-snap lagi diluar homestay. Hirup udara segar dengan bau-bau hutan yang menghijau !! ahhh nyaman sekali..


Masa ini cakap sama diri
Thank you dearself! Good luck and All the best 🙏







Last!! one with this place. Macam siok saja bah ni kalau ada satu di rumah kan hahaa..

Nah !!! Say hello to Aki 😍💓
Cantik kan ciptaan Tuhan ini 😊



And one with our Homestay for a night. Belakang dia memang view Aki betul-betul. 
Such an amazing view indeed 😍😇



Jadi berposing-posing dululah sementara tunggu yang lain bersiap kan. Masa ini tidak mahu lepaskan peluang cipta kenangan sama view-view yang cantik disini.

Saat ini,dup dap dup dap hati saya semakin kuat. Mana lagi excitednya mau memulakan perjalanan. Aduduhhh panas sejuk rasa haha.


Chakk!!! Hai Aki tunggu saya. Im coming to you 😙




Muka-muka lepas park kereta di bawah. Lepastu jalan kaki naik bukti pergi tempat registrations diatas. Awal-awal sudah test kaki siurang ni haha..


Di atas pelantaran dekat pusat pendaftaran. Jadi sekali lagilah ambil gambar bersama dengan view yang cantik disitu. Masa ini tertinggal sama team lain,sebab test covid saya ada masalah. Jadi kena test lagi sekali lagi masa ini. Syukur juga okay saja test saya,then berlarilah saya pergi sini untuk bergambar hehe. So cantik saya! hahaaa





Yeah!! semua kami lulus checkin hehe. Masa ini tunggu arahan mahu naik bus sudah pergi Timpohon gate. Nah masa ni datang bailk saya punya segala macam rasa. Fuh!!


My tagging 😉


Ish !! kalau sama Aki terasa lawa saja disituuu hehe..
Snap sebelum naik bus.


Bah semangat sudah kami semua.
Semua peserta yang berdisiplin sebab semua dengar cakap guide hahaa..


One with our Guide aka Malim gunung 😊
Ada 2 orang tapi yang seorang masa ini tidak tahu ke mana hehe.


And this one with our wakil Agent. Thank you so much sebab urus kami dengan baik dari awal sampai akhir. Mereka datang untuk urus pendaftaran dan juga hantar makan minum sebagai bekalan naik ke Laban.


Geng bas sekolah sudah ready ke Timpohon hehe. Semangat !!!


Jadi kita sambung di part yang seterusnya hehe. Bila ingat balik perjalanan ini,banyak pula journeynya untuk di tulis. Sabar! nanti kita sambung di entri seterusnya hehe..

#MrsJeremyJeffery
#SiAkiMemories



















Ahad, 2 April 2023

Menawan Aki 💓 ( 13 November 2022 - 14 November 2022 ) - PART 2

 Kita sambunggggg Part 2 pula..



Maka bermulalah journey kami pada 12 November 2022 ke Ranau.

Port pertama kami lawat adalah Memorial Park. Sambil-sambil tunggu team dari Tenom sampai. kami berjalan-jalanlah dulu di Memorial Park ni,sambil menghirup angin-angin sejuk kundasang.


Kami 4 team yang turun dari KK


Harus peace and love gituuu...


Selain Aki,disini juga akan selalu menjadi tumpuan pelancong. Sebab disini adalah tempat di mana ratusan nama-nama yang terlibat dalam perang yang berlaku di Sabah suatu ketika dahulu.


Bilang orang,tidak bagus gambar bertiga kan. Syukurlah si angkol interprem gambar kami di situ hahahaa..




Kami ada 1 keistimewaan yang sama kalau kamurang mahu tahu 😆
Kami semua lahir dibulan yang sama.
Kami budak December 💗👩



Selesai di Memorial Park Kundasang. Kami terus menuju ke National Park pula untuk urusan checkin penginapan. Sebelum ke tempat checkin,kena buat pendaftaran masuk dulu di National Park. Senang saja bah,bayar masuk saja 😀


Ticket masuk bagi warganegara Malaysia hanya RM3 saja


Masa ini tengah tunggu staff Sanctury Lodge uruskan pendaftaran bilik kami. So mereka bagilah kami chill-chill dulu dengan Hot milky tea ini. Best pula,dapat me time macam begini 😌. Masa ini saya gunakan sepenuhnya masa saya menikmati peluang yang ada. Masa inilah saya dapat me time lama sikit. Berjauhan dari anak-anak dan suami untuk seketika. 
Terima kasih cinta hati ku kerana bagi peluang ini. Mau ulang lagi nanti !!


 

Masa ini kami berjalan kaki,menikmati alam semulajadi yang ada dalam National Park. Baru saja selesai pendaftaran bilik dan dapat kunci. Waktu ini juga hujan renyai-renyai. Bestnya dapat hirup angin sejuk yang damai,wangi hutan-hutan sebab kawasan itu dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau.



Kami sampai bilik dan wajib duofie gituuu hehe. Aunty Bita peneman bilik ku hehe.


Ini explore kawasan sudah masa ini. Menikmati betul bah saya dengan peluang yang ada ini sebabkan bukan selalu saya dapat Me time yang macam ni. Ditambahkan lagi ini adalah perjalanan yang pertama saya pergi mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara.



Masa ini bergambar di rumah api kot kan? haha Tidak taulah apa mau panggil in Malay dia ni. Saya capture sini,sebab saya rasa unik bangunan dia. Dengan latar belakang berkonsepkan ala-ala english style gituu..

Lepastu,santailah kan duduk di sofa yang antik gituu. Besar sofa ni,saya yang kecil pun tidak sampai kaki haha. Best mau landing-landing disini.




Haha yang ini,kami decide tukar bilik 😂. Sebab tidak mahu tidur di bahagian atas. Jadi kami tukar bilik di tingkat bawah terus. Bilik yang so so so cool betul bah! Kalaulah bukan naik gunung kan,mahu saja landing-landing santai 2-3 hari di sini hehe.


Sambil-sambil tunggu team dari Tenom yang sedang mendaftarkan diri di Sanctury lodge masa ni,kami pun santai-santai sambil minum kupi makan kuih hehe. Masa ini hujan renyai-renyai,fuhh best dengar bunyi hujan di dalam hutan ni. Bau dia pun fresh betul. Terbayang kembali 😆😆




Inilah muka-muka team Naik AKI 😆😆



Makan malam paling simple dan paling nyaman tapi tidak boleh selalu 😂😁


Okay ready mahu tidur sudah. Sebab esoknya akan memulakan misi sudah 😊

Last one sebelum masuk bilik hahaa. Sejuk! Nyaman! Damai! Terpaling healing yang siokkk!!...


Okay cukup untuk setakat ini,jumpa di next entri Part ke 3 nanti 😆😃

#MrsJeremyjeffery
#SiAkiMemories













 













5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...