Isnin, 12 Jun 2023

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KINARUT DAN JUGA DI TENOM 😉

 


Hai hai semua 😉😍
Shallom dan salam kenal semua.
Saya Ivy Rachel Anthanasius
ID : 1090397
Asal : Tenom
Tinggal : Kinarut,Papar.


 PENGEDAR  SAH SHAKLEE YANG AKTIF DI KINARUT DAN TENOM 😉

Kali ini mahu war-warkan sama kamu. Manatau masih ramai yang tidak kenal Ivy kan hehe. Saya adalah pengedar shaklee sejak tahun 2013 sehingga kini. Dan saya aktif di kawasan Kinarut dan sekitar waktu dengannya. Juga aktif di Tenom dan sekitarnya. Ini adalah termasuk kawasan keningau.

Eh,kenapa Kinarut dan kenapa Tenom juga?

Okay,saya sebenarnya asal Tenom. Kampung halaman di Tenom. Dan saya menetap di Kinarut kerana suami kerja di kk.

Saya aktif di kedua-dua tempat kerana saya mempunyai legasi yang besar iaitu Team #AJFTEAM. Dimana saya ada team yang aktif di Tenom dan Kinarut. Malah team saya ini juga ada di seluruh Malaysia as well. Mahu kontek Team saya yang berada di mana-mana itu,boleh klik Healthy Is A Gift nanti saya akan kongsikan kamu kontek number mereka 😉



MY EXPERTISE IN SHAKLEE

My Best Shaklee Effect :

💓 SET MIGRAIN SHAKLEE
💓 SET PENYUSUAN SHAKLEE
💓 SET HAMIL SHAKLEE
💓 SET BERPANTANG SHAKLEE
💓 SET GASTRIK SHAKLEE
💓 SET KULIT SHAKLEE
💓 SET TENAGA SHAKLEE
💓 SET YOUTH SKINCARE SHAKLEE


 COD/POST AREA

COD 

👍 COD KAWASAN KINARUT,KK,PUTATAN, DAN PENAMPANG

👍 TENOM (COD KAWASAN PEKAN) -Sekiranya berada di Tenom 😉


POST 

COURIER - JNT.POS MALAYSIA,GDEX DAN BOX EXPRESS

👍 SELURUH MALAYSIA

👍 SELURUH DAERAH SABAH


MY BEST ACHIEVEMENT IN SHAKLEE

💗 SUPERVISOR SHAKLEE

💗 3-4 FIGURES SHAKLEE INCOME

💗 CERTIEFIED COACH #JOMDETOXJUTAWAN #JOMDETOXIF

💗 CONSISTENCY SHAKLEE DISTRIBUTOR



YOUR BEST SID HERE


BOLEH REACH SAYA JUGA DI SINI :




ATAU JOIN TEAM SAYA,KAMU BOLEK KLIK :



Jemput klik sini juga kita kenal-kenal dengan rakan


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi





Sabtu, 10 Jun 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA PULIH GASTRIK 😊

 


Pernah dengar kisah saya setelah bermula dengan shaklee? Boleh baca di sini ESP shaklee


Selepas saya consume Vitamin C dan Alfalfa untuk masalah kulit. Produk ketiga saya ambil adalah ESP shaklee. 
Saya mencuba ESP ini disebabkan masalah gastrik saya yang sekian lama disimpan,dipendam dan dihadap 😐😐😐. Sejak zaman study lagi,masalah gastrik saya itu sering menganggu. 

Waktu study,tidak pernah kenal apa-apa produk untuk iktihar. Terlalu bergantung dengan ubat dari hospital dan klinik saja waktu itu. Lagi-lagi waktu itu kan kewangan sebagai student sangat terhad. 

Gastrik!! Lambat makan saja dia muncul. Salah makan saja dia muncul. Memang rasa sangat terseksa dengan sakit gastrik ni. Sampai satu ketika,dimana keadaan saya rasa paling teruk saya alami,muntah-muntah sampai migrain naik. Muntah pula sampai kelua darrah. Parah! terkejut! Rasa mahu pingsan pun ada. Cepat-cepat ke klinik. Terpaksa escape kelas lagi huhu.

Begitulah kisahnya dengan gastrik. Berlanjutan sehingga dialam perkahwinan. Sehingga mempunyai anak kedua,saya tidak pernah tahu cara untuk elak masalah gastrik. Sampaikan saya terpaksa elak makan yang trigger pada gastrik. Asam-asam,pedas semua tidak boleh sentuh. Benda sejuk apatah lagi. 

Pendek cerita,setelah mengenali shaklee. Saya rajin baca testimoni shaklee di google waktu tu. Ramai rekomenkan ESP ni untuk iktihar sembuh dari gastrik. 
Dengan kuat hati,saya belilah setong ESP dengan niat untuk sembuh.

Tong pertama,saya agak sedikit kecewa. Sebab habis setong pun gastrik saya masih datang menyerang. Tapi saya tidak patah semangat untuk terus mencuba,sebab saya ada terbaca setiap penerimaan individu itu tidak sama. Ada cepat ada lambat,lagi-lagi kes gastrik saya ni sudah tahap serius. Dalam tu luka sudah,sikit mahu jadi ulser. So untuk fasa pemulihan itu memang akan ambil masa yang lama. Syukur terus konsisten sehingga tong ketiga,keempat dan seterusnya. Consume ESP secara tidak sedar,saya keghaiban sakit gastrik. Hilang tanpa sedar! Hah..



APA YANG BEST DENGAN ESP SHAKLEE ?



  • Setiap satu tong ESP Shaklee diperbuat daripada 30 kg kacang soya yang tidak satu pun diubah genetik (Non Genetically Modified Organism – Non GMO).
  • Setiap satu hidangan ESP menyediakan 14 g protein berasaskan kacang soya bukan genetik.
  • ESP Shaklee adalah satu-satunya produk yang dijamin produknya,kerana ia mengandungi kesemua 9 jenis amino asid penting yang tidak mampu dihasikan oleh badan manusia.
  • ESP Shaklee mengandungi 5 sumber vitamin dan tinggi dengan sumber kalsium. 
  • ESP Shaklee bebas daripada asid transfat dan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol.
  • ESP Shaklee sangat membantu untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan kerana kandungan Glisemik Indeksnya yang rendah (Low GI) iaitu 39. ESP juga terbukti dapat bantu mengawal paras gula dalam darah,membantu beri tenaga dan juga rasa kenyang lebih lama,yang mana ia sangat bagus untuk memberi kesihatan yang lebih baik pada jangka masa yang panjang.





KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE 

  • ESP ada kajian klinikal yang komprehensif dan diiktiraf di seluruh dunia.
  • Mempunyai sijil penghasilan sendiri (Identity Preserve Programme, IPP) dimana ia memastikan soya yang digunakan dalam ESP Shaklee tidak melalui sebarang perubahan genetik.
  • Proses penghasilannya juga melibatkan kadar suhu yang rendah dan dicuci dengan air yang bersih untuk memastikan isoflavones, genistein, dan daidzein dapat dikekalkan supaya segala kebaikan soya diperoleh secara optimum.
  • Ada scor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – Iaitu penarafan tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.


Pengakuan terbuka dari saya setelah berhasil konsisten dengan ESP shaklee.
Inilah testimoni shaklee saya yang paling terbaik selama saya bersama dan setia dengan shaklee. Sehingga saat ini,gastrik saya memang tiada sudah. Kalau datang pun,tidak menyerang lama dan tidak sampai tahap muntah-muntah lagi. Syukur asbab ESP shaklee 😊


ESP SHAKLEE BEST RECOMMENDED 

ESP shaklee ini memang sangat recommended pada orang yang ada gastrik. Sangat sesuai untuk para mommy yang mengandung,berpantang dan menyusu badan juga.
Mahu diet sihat ? ESP shaklee juga sangat recommended. Tidak rugi tahu konsisten Protien nombor satu dunia ini 😉
Mahu cantik dan kulit sihat ? Nah ESP jawapan terbaik.


ESP SHAKLEE  TOP 10 BEST SELLERS TERLARIS DIPASARAN DUNIA !!!!


Wajah-wajah baru produk shaklee 😍


Wajah-wajah lama produk shaklee 💓

Bayangkan hampir 11 tahun saya setia consume shaklee. Banyak improvement sudah shaklee buat pada produk-produknya. Macam manalah tidak sayang shaklee ni kan. Sentiasa mengutamakan kualiti produknya. Bahkan,pernah beberapa bulan ESP shaklee ini tiada dalam pasaran kerana terdapat masalah dalaman. Boleh jadi rindu mendalam! 😂


SHAKLEE AWARD 3RD TIME !!!!

Trusted Brand 2023




Ada sebab kenapa saya sehingga kini masih 
Setia Shaklee. My best,my happiness and my number one product for always in good health and look young! Boleh baca di sini juga Testimoni Shaklee czer. Dan Testimoni Shaklee Youth 😊




Hubungi saya disini Healthy Is A Gift  untuk pembelian shakle dan update tentang shaklee ya. Saya juga join giveaway dari Master Norita Idris . Doakan saya menang giveaway dari Master ya. Amen!

Atau kamu boleh juga terus klik Jom Shaklee untuk pendaftaran shaklee 😉


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi










Khamis, 1 Jun 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

 


DR.FORREST C.SHAKLEE telah mencipta produk pertamanya dalam legasi shaklee iaitu pada tahun 1915. Produk pertama iaitu MULTIVITAMIN atau lebih dikenali Vitamin Minerals pertama di dunia #1


So,dalam entri kali ini. Saya mahu berkongsi sedikit info terbaru tentang multivitamin shaklee ini. Jom!!


Kalau kamu mahu tahu,multivitamin shaklee ini sudah berada di pasaran lebih 100 tahun. Kalau dikira-kira tahun ini sudah mencecah 108 tahun. Wow!!! Hebatnya shaklee 😍

Kenapa saya katakan shaklee hebat? None of other company yang mampu bertahan mengeluarkan produk sehingga bertahun-tahun lamanya. Hanya shaklee setakat ini yang saya tahu,mempunyai produk sehingga 108 tahun. You see how they care about thier quality product. Super power!! 


APA BESTNYA DENGAN MULTIVITAMIN VITALIZE ?

Dahulunya,multivitamin shaklee ini diberi nama Vitalize mineral pada tahun1915. Kemudian penambahbaikan formula kepada Vita-lea Iron Formula. Improved another formula lagi,shaklee tukar nama kepada Vita-lea Iron Plus. Dan yang terbaru ia diberi nama Vita-Lize.




Multivitamin adalah vitamin yang sangat basic dan sangat penting untuk kita setiap golongan umur tidak kira lelaki wanita. Even Kanak-Kanak juga perlu multivitamin untuk membantu dalam pertumbuhan mental dan fizikal mereka. 

So,multivitamin ini diperlukan untuk semua orang. Tidak cukup hanya dari pemakanan harian kita,ini adalah kerana pemakanan zaman sekarang ini sangatlah tidak memberi manfaat kesihatan yang baik pada kita. Maka sebab itu,kita perlu support dari makanan tambahan,iaitu multivitamin ini. 


Mampukah kita makan semua ni setiap hari dalam rutin pemakanan kita ??

So secara ringkasnya,multivitamin ini adalah makanan kepada sel-sel badan dan ia membantu mengisi lompang kekurangan nutrisi dalam badan.


APA KEISTIMEWAAN VITA-LIZE ?

- Merupakan vitamin tablet paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

- Telah melalui dan menjalani lebih kurang 340 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

- Setiap tablet mengandungi 25 jenis nutrisi keperluan harian yang mana ia diestrak daripada buahan dan sayuran. 12 vitamin dan 7 jenis mineral penting.

- Tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dengan kaedah yang kompleks iaitu 'Explo-Tab'.

- Mempunyai teknologi mikro bagi membantu sistem penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel baru.



APA MANFAAT VITA-LIZE ? 

- Pelengkap nutrisi. Dimana ia membantu menambahkan nutrisi dalam badan kita akibat amalan diet yang tidak seimbang. Ini termasuklah kurang pengambilan buah dan sayuran dalam rutin harian.

- Penambah tenaga segera. Dimana ia membantu memberikan tenaga kepada tubuh,membantu dalam sistem memori dan membantu fokus pada pembelajaran mahupun pekerjaan. 

- Metabolisme. Ia membantu dalam meningkatkan metabolisme badan dan membantu melambatkan proses penuaan. 

- Melindungi organ. Melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati.





SIAPA YANG PERLUKAN VITA-LIZE ?





KANDUNGAN DAN FAKTA NUTRISI DALAM VITA-LIZE 




Jadual perbezaan Vita-lea Iron dan Vita-lize.



PENGAMBILAN VITA-LIZE

- Untuk warga dewasa dan warga emas sahaja,pengambilan adalah 1-2 biji sehari selepas makan.



Ini adalah jadual perbandingan Multivitamin lain yang ada di pasaran luar dan multivitamin Vita-lize shaklee.


TESTIMONI YANG MENGAMALKAN VITA-LIZE SHAKLEE





Untuk info dan pembelian boleh direct klik sini Healthy Is A Gift

Mahu dapatkan harga ahli boleh klik Jom Shaklee

More info ada disini juga Multivitamin Shaklee



#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi

















 








KATA-KATA MOTIVASI PENGUAT JIWA DAN HIDUPKU

 


Me,Myself and I 💓

"DON'T GIVE UP BECAUSE GOD NEVER GIVE UP ON YOU"

Kita hidup dalam dunia ni kerana diperkenankan Tuhan. Atas RencanaNya yang setiap manusia tidak boleh duga apa pun ia.
Apa yang datang atas semua izinNya. Dan apa yang kita terima itu adalah berkat dan rezeki yang sudah pun ditentukan oleh DIA.
Tidak ada satu manusia pun yang boleh menafikan itu.

Seusia 36 tahun ini,semakin banyak saya belajar tentang menjaga hati diri sendiri. Banyak saya belajar untuk menerima keadaan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Banyak saya belajar untuk lebih terbuka dan semakin mahu mengurangkan circle tidak bagus untuk diri.

Betullah orang kata,bila usia semakin meningkat,bukan kemewahan atau enjoy life smata-mata yang dikejarkan. Tapi untuk memiliki hati yang berlapang dengan semua keadaan. Small circle with Positive vibes di sekelilingnya yang ingin diusahakan untuk ada hidup yang lebih tenang.




"Senyum mampu menyelesaikan banyak masalah kerana ia tidak menjadikan masalah itu lebih rumit"

"Diam mampu membuat kita terhindar dari banyak masalah.Kerana dengan berdiam kita mampu ajar diri untuk merefleksi diri dari bertindak bukan-bukan"

"Bahagia itu bukan kerana mampu memiliki segalanya,tetapi kerana mampu bersyukur walau sekecil apa pun yang diberi kerana ia rezeki paling indah dari Tuhan"

"Bahagia juga kerana kita tidak membanding-bandingkan berkat kehidupan yang Tuhan sudah bagi pada kita dan tidak melihat kepada apa orang lain ada"

Bukan senang mahu menerapkan sesuatu ayat itu pada perjalanan kehidupan harian kita.Tapi bila kita mampu membuka hati dan fikiran kita pada sikap yang lebih terbuka,tidak mustahil kita boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.




"GOD ALWAYS HAS 3 ANSWER TO OUR PRAYER"

Macam mana saya ajar diri untuk semakin positive dengan keadaan diri ;

Kerana saya percaya dengan 3 jawapan yang Tuhan akan selalu jawab untuk kita.

1. YES

Kita doa dan mohon agar ianya dikabulkan dengan cepat. Kalau boleh saat kita doa itu,maka ianya dikabulkan saat itu juga. Tapi hakikatnya,Tuhan akan bagi dan pasti bagi sesuai dengan keizinanNya. Yes! DIA pasti bagi. Sabar.

2. YES BUT NOT NOW

Kerana kita mahu berdoa dan mohon itu disaat bila kita memerlukan DIA dalam kebutuhan kita. Namun DIA tidak akan menjawab sepantas apa kita inginkan. Tanpa izinNya ia juga tidak akan sampai. Tanpa usaha kita untuk mahu ianya dijawab,juga pasti tidak akan sampai tepat waktunya. Maka doa itu perlu ada tanpa putus. 

3. NO. BUT I HAVE BETTER PLAN FOR  YOU

Bila dikatakan TIDAK pada doa kita. Maka itu bukanlah rezeki yang kita perlukan. Sakit rasanya,kerana terkadang apa kita mahu kita tidak boleh dapatkannya dengan pantas. Apa kita doakan ianya tidak terjawab dengan baik. Kerana sudah dikatakan oleh Tuhan. 'Bukan itu yang terbaik untukmu,kerana ada yang lebih baik dihadapanmu yang menunggu. Sabar anak'. 

With all this word,saya belajar untuk praktiskan dalam hidupan harian. Rezeki dan berkat itu sememangnya dengan izin Tuhan untuk kehidupan kita. Tanpa Tuhan dalam pemandu arah hidup,sudah pasti jalan kita itu penuh dengan duka dan gelap. NO ONE! to be in that situation right? So do i.

Sebab itu,motivasi kehidupan saya bila semakin meningkat usia ini,adalah untuk menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari sesuai dengan kehendak Tuhan.

Hidup perlukan pegangan. Dan biarlah pegangan kehidupan itu mampu membantu kita menuju kepada jalan yang baik dan benar.



"KATA-KATA MOTIVASI KEHIDUPAN"

 "Jangan minta kepada Tuhan apa yang menurut Anda baik,tetapi mintalah kepada-Nya apa yang menurut Dia baik bagi Anda."


 "Kerohanian yang hidup adalah upaya mencari,menemukan,dan hidup akrab dengan Allah."


"Di saat kita dilukai oleh orang lain dengan rasa sakit hati yang kita alami,di saat itu kita harus sadar bahawa Tuhan mahu kita belajar apa erti dari mengampuni."


 "Pakailah firman Tuhan ketika logika dan perasaan tak mampu membuat keputusan. Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku." - Mazmur 119:105


"Tuhan itu dekat kepada orang-orang yang patah hari,Ia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya." - Mazmur 34:19



'NO ONE ELSE WILL HELP YOU UNLESS YOU STAND UP BY YOURSELF'


Banyak kata-kata motivasi yang boleh kita jadikan panduan untuk kekal positive,kekal terbuka dan kekal kuat dalam segala hal. Tapi tanpa usaha,mungkin ia susah untuk diapply dalam rutin hidup. Sebab itu,apa saja hal dunia kita di muka bumi ini,selarilah dengan tindakan dan usaha. 

Bila kata-kata itu menjadi sumber motivasi kita,ajarlah diri untuk jadi 'Be the best on your own way' . Hati yang kuat untuk berusaha dan bertindak,Tuhan pasti akan selalu jaga dan pimpin kita. Kata-kata Motivasi yang lain boleh dijadikan sebagai inspirasi kita bersama.


RELIGION AS A BRIDGE OF OUR KNOWLEDGE OF LIFE AND BEHAVIOR!


Love me
Ivy Rachel 💓


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi



Rabu, 24 Mei 2023

Menawan Aki 💓 ( 13 November 2022 - 14 November 2022 ) - PART 4

 Uiiiinaaa PART 4 sudah pula cerita saya ini kan 😁😁.....

Bah jadi mari kita sambung..



Tadaaa..Im Here!!!!
Ini adalah kedua kali kaki sampai sini. Waktu pertama kali tu,masa pergi jalan-jalan disini saja. Masa tu rombongan Lionize punya aktiviti kan. Jadi kami sempat jalan-jalan disini hehe. 
Luar sajalah,tidak boleh masuk 😁


The happy and excited feeling masa sampai sini. Dalam masa yang sama,saya risau kalau-kalau kaki saya tidak kuat untuk lalui perjalanan dari Timpohon ke Laban. Cakap lagi sama diri, 'Ivy,you can do it!!. Nikmati perjalanan ini. Jangan risau,jangan takut. Tuhan menyertai!" 

Okay! Let goooo.... 




Yang syantik..haha
Sebelum meneruskan perjalanan harus cipta kenangan banyak-banyak dulu. 1st time kan 😊


Berposing lagi sekali bersama Team 'Selamat Mendaki'


One with our 2nd guide aka Malim gunung 


Second capture di depan Pintu Timpohon pula hehe..


Semangatttt !!!! 


Okay! yang wajib juga kalau sendiri kena cipta kenangan. One with Pondok Timpohon Gate hehe..



Seperti biasa,sebelum memulakan perjalanan. Wajib dengar arahan dan nasihat daripada guide. Banyak pantang larang kena dengar dan kena ikut,lebih-lebih lagi bila pertama kali mendaki gunung. Macam beginilah kalau di Sabah. Masih terikat dengan adat-adat yang perlu dihormati. Adat sepanjang zaman.



Selesai sesi arahan dan nasihat. Sebelum memulakan langkah,kami berdoa dulu untuk mohon pimpinan Tuhan menyertai kami dan menjaga serta melindungi kami sepanjang perjalanan ke Laban Rata.
Doa by Ipar ku Jeannette


Amen !!!!!


Bah inikarilahhhhhh 🔥🔥🔥🔥


Senyum kono!! dalam fikiran dan hati masa ini dups daps sudah. Macam-macam feeling ada hehe. Masa melangkah kaki turun tangga bahagia ini,saya mulakan dengan kaki kanan sambil cakap. Izinkan saya jejak kaki disini untuk bertemu dengan Aki 💓. Kemudian saya bertemankan Doa Bonda Maria sepanjang perjalanan. 


Setiap stesen yang saya sampai,saya akan capture gambar berserta jam. Untuk saya tengok berapa minit/jam perjalanan saya ambil. Jadi harus mula dari kilometer 0.5 gituu hehe..


Pondok pertama 


1.0 Kilometer sudah.




Dikasi pendek perjalananlah haha. Sampai sini rasa nyaman. Macam dakat sudah itu Aki bah. Hakikatnyaaaaa... Kena rasa sendiri hehe.


Disinilah port yang saya paling suka sekali. Tidak tahu apa yang menarik disini,tapi saya rasa damainya hati,mata dan fikiran bila berada di sini. Belum lagi sampai Laban dan Aki kan sudah begitu feeling dia. Bestttt!!!


Nah! inilah pemandangan dia. Damai bah! Aduhh rindu 😢


2.0KM to gooooo....


To summit way...

Sepanjang perjalanan,start dari km 1.0 saya sudah bergerak bersendirian. Masa ini excited terlalu kuat,sampaikan jalan terus tidak pandang-pandang belakang lagi. Sambil saya menikmati perjalanan trail. Dari tangga timpohon sehingga ke KM 3.0 trail dia santai saja hehe. Siok!!!!! 



Masa sampai sini,excited semakin menggunung haha. Fikir trail santai kan jadi itulah siok saja rasanya..


Nahhh!!! disini mulai-mulai sudah jumpa tangga-tangga batu hehe. Tapi still santai trailnya.


Jadiiii.. apa kau lagu?? hehe. Semakin menarik pemandangan kan 😆



Sampai sini. Baru terasa perut lapar hehe. So makanlah bekalan yang dari agent sediakan. Tapi itulah,tidak juga dapat makan dengan selesa sebab semangat mahu meneruskan perjalanan tu tidak pandai stop haha. Makan laju-laju. Rest 10 minit. Jumpa team. Lepastu baru kami gerak bersama.


Disinilah bermula segala sesuatu trail haha..


Supaya mahu tahu tidak sasat haha. Rajin-rajinlah tengok singboard haha.


Nampak itu poter? Tidak ada jalan mudah untuk bawa barang makan dan barang keperluan untuk di laban rata. Mereka semua inilah yang berusaha menjadi perhubungan untuk membawa semua itu naik ke atas. Bila tengok mereka depan mata,terasa diri ini kerdil betul. Angkat tong gas didapur saja pun sudah bising berat,apatah lagi mereka yang kena mendaki jalan-jalan hutan dan gunung macam ini kan. Salute!!!! Sebab tu sampai laban rata saja,jangan berkira dengan apa yang dijual sana. Itulah hasil titik peluh mereka bagi memastikan para pendaki dapat keperluan yang baik dan layanan yang baik sepanjang berada di sana.


Lupa sudah,last pondok i guess hehe..


Finally!!! i made it to the Kilometer 5.0 👍


Here we go !!! Sampai sini,mula sudah muncul-muncul tu kabus. Sejuk tapi berpeluh hehe. Siok nampak trail dia 😆. Lucky us,masa ini tidak hujan. So trail tu pun kering saja. Tidak becak dan tidak berlopak. Tapi still kena berhati-hati dalam perjalanan. Terutama bahagian kaki. Step salah saja mesti akan rasa sakit. Kena slow and steady di sini.


Counting kilometer hehe..


500 meters to go...


Kaki dan lutut mula terasa sesak kepenatan hahaaaaa...


Sikit lagi chaiyoooooo!!!!


About 8.30am from Timpohon,manage to finish my trail to Laban rata at 12.30 at noon!! Wow im proud myself. Nangis dalam hati sambil ucap syukur masa sampai sini. Yang sikit lagi mahu tiwas tu kaki haha. Tapi sampai saja diatas sini dengan kabusnya yang sejuk. Fuh!!!! punya siokkkk......Hilang panat! hahaa..


Back to this potter. Tengok berapa berat dia bawa tu. Bila ditanya dia cakap dalam 40kilo juga. Fuh! hebat betul kekuatan mereka ni.Salute!!




Terus saya bergaya-gaya la bah disini. Sambil menghilangkan rasa penat dan sambil juga saya melayan semangat kegembiraan dan excited saya untuk dengan kawasan laban. Such an amazing view!!!!!!!! 


Bah jadi ??? Untuk cerita di Laban sampai peak kita sambung di entri seterusnya Part 5
Stay tuneeeedddd hehee....



#MrsJeremyJeffery
#SiAkiMemories





























 







5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...