Ahad, 9 Julai 2023

5 TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE



Suka bekerja dari rumah? Atau suka buat part time?
Jom manfaatkan masa dan ruang untuk sama-sama membaca entri saya tentang 
Tips memulakan bisnes secara online 

Pada era zaman teknologi ini,semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapatkan sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

Jadi,agak rugi sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. 

Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah.Lebih-lebih lagi pada waktu keadaan seperti masa pandemik Covid-19 yang lalu,yang mana lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis.So,jom kita lihat tips bagaimana memulakan perniagaan secara online.




TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE

1. DROPSHIP

Sebagai permulaan, adalah lebih senang dan tidak perlu bersusah payah untuk mencipta produk sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana kita menjual produk yang sedia ada,tetapi pada platform kita sendiri dan keuntungan kita merupakan daripada komisen. 

Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan,kerana kita hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang kita jual sahaja.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai.Jadi,tidak salah untuk kita menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’.


2. MASA BERNIAGA

Ramai yang menganggap bahawa perniagaan atas talian hanyalah kerja sampingan yang boleh diambil ringan.Sebenarnya tidak,kerana sekiranya kita mahu online bisnes kita berjaya,kita perlulah membuang sikap sambil lewa dan ambil mudah itu.

Sangat disarankan agar kita dapat cari masa yang sesuai untuk membuat online bisnes kita dan fokus pada perniagaan itu sahaja. Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif perniagaan atas talian. Ini untuk memastikan masa yang di peruntukkan untuk buat promosi perniagaan atas talian kita dengan lancar. Kita juga boleh meluangkan masa untuk menguruskan wang perniagaan supaya menjadi lebih terurus.




3. MARKETING YANG KONSISTEN

Jangan terlalu excited dalam online bisnes juga kerana tidak ada sebarang teori yang mengatakan jika mengeluarkan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar. Keuntungan yang besar akan datang sekiranya jualan dan promosi kita konsisten.

Namun tidak salah sekiranya kita mahu melaburkan modal yang besar,tetapi kita harus ada ilmu untuk melakukan dan menguruskan jualan kita. 

Mulakan dari modal kecil dan tingkatkan modal kita bila perniagaan kita semakin maju. Namun,kita juga perlu memastikan hasil kerja kita secara online itu lebih menguntungkan dari segi masa dan wang.So,orang online bisnes ini wajib tingkatkan marketing dan buat dengan konsisten.



4. KUKUHKAN PLATFORM ONLINE BISNES

Kita juga dinasihatkan supaya elakkan membuat pinjaman bank atau rakan-rakan untuk memulakan online bisnes ini,kerana kita tidak memerlukan modal yang besar disebabkan tidak memerlukan premis atau pekerja. Dan boleh juga mencari online bisnes yang zero model seperti yang saya pilih di sini Bisnes Online Terbaik Bantu Saya Jana Pendapatan.

Perkara yang penting perlu kita lakukan pada permulaan bisnes adalah memperkasakan platform kita di Facebook atau Instagram. Jika platform medsos sudah kukuh,sudah pasti proses jual beli kita dengan pelanggan lebih lancar.



5. KUKUHKAN TEKNIK MARKETING

Walaupun berniaga secara online nampak mudah,tetapi ia akan menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga online dan bisnes kita mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

Oleh itu,keberkesanan yang boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan adalah dengan platform medsos seperti Facebook,Instagram,Blog.Tiktok dan sebagainya melalui data yang disediakan. 

Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran,teknik marketing kita haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi bisnes kita yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang kita jual.Pastikan cara pemasaran kita lain dari yang lain supaya kita lebih menonjol dan dikenali ramai pelanggan. Ada lagi Tips Bisnes Online disini.



Mencari bisnes online yang tidak memerlukan modal ? Join saya di Jom Shaklee atau boleh direct contact saya di sini HealthyIsAGift


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...