Isnin, 10 Julai 2023

APA KEUNIKAN VIVIX SHAKLEE? JOM BACA DISINI..

 




Apa keunikan vivix? 
Ahh.. Jom sama-sama saya sekali lagi dalam edisi keunikan vivix shaklee disini..

Hampir 11 tahun bersama shaklee dan 7 tahun consume vivix. Walaupun adakalanya tidak konsisten ambil. Tapi saya sendiri sudah merasakan kesannya pada tahap kesihatan saya terutama ketika saya mengambil vivix semasa berpantang anak ke 3 dan anak ke 4. Berpantang dengan vivix sememangnya satu reward terbaik untuk diri saya. Banyak manfaat kesihatan yang ada dalam vivix ini. Boleh baca disini Vivix Shaklee 

So,jom kita sama-sama kenali apakah keunikan Vivx shaklee ini sehinggakan ianya merupakan produk NO.1 dunia 😉


1. ANGGUR MUSCADINE 

Semua tahu hasil sharing dan pembacaan tentang vivix ini,kandungan utamanya adalah anggur muscadine. Mahu tahu rupa anggur muscadine ni? Ianya lebih besar dari anggur biasa yang terdapat di pasaran. Dan ianya adalah anggur yang sangat mahal diantara anggur jenis lain. 

Apa kelebihan Anggur Muscadine as Super grape ini ?

1. Kulit dan biji yang tebal berbanding anggur biasa
  •  Kaya dengan antioksida. Mengandungi 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida daripada beri biru.
  •  Ciri uniknya menjadikan anggur ini lebih tahan terhadap serangga perosak. Dan boleh hidup dalam keadaan panas dan berpasir.

2. Ada lebih kromosom 
  • Anggur Muscadine ada 20 kromosom manakala anggur biasa cuma 19 kromosom. Tambahan kromosom yang unik, membolehkan anggur ini menghasilkan jumlah asid ellagik yang tertinggi.
  • Asid ellagik sejenis polifenol,bertindak sebagai anti virus,anti bakteria dan anti radang yang berkuasa tinggi.


2. KAYA DENGAN POLIFENOL ( SUPER ANTIOXIDANT )

Khasiat vivix sebenar adalah sangat kaya dengan polifenol. Resveratrol adalah sejenis Polifenol. Banyak supplemen tambahan suka menggunakan Resveratrol disebabkan khasiat dan kelebihannya.

Resveratrol dalam 1 sudu Vivix adalah bersamaan dengan Resveratrol dalam 100 gelas wine.100 kali ganda lebih banyak!! Wowwww !!!,bayangkan betapa berkuasanya Resveratrol dalam sebotol Vivix 😱😱. Amazing !!!

Inilah kelebihan Vivix yang tidak ada dalam produk lain. Resveratrol dalam produk lain hanya 20%. Tetapi dalam Vivix ada 98% Resveratrol asli. Lebih 5 kali ganda banyaknya. Best nampak keunikan vivix shaklee ini.


MANFAAT POLIFENOL DALAM VIVIX ?

  1. Meningkatkan penghasilan tenaga
  2. Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat
  3. Mengawal tekanan darah yang sihat
  4. Menggalakkan fleksibiliti sendi
  5. Mengawal gula dalam darah
  6. Menyokong kesihatan mata
  7. Membantu pengurangan berat badan
  8. Mengurangkan risiko pertumbuhan sel abnormal


3. RAMUAN VIVIX -BIJI DAN KULIT

Tahukah bahawa kadar dan kepekatan polifenol adalah paling tinggi terdapat pada biji dan kulit sesuatu ramuan itu. 
Contohnya anggur muscadine,Shaklee menggunakan biji dan kulitnya sahaja disebabkan kandungan polifenol tertinggi padanya.
Maka itu,kita dapat produk yang sememangnya tulen tanpa campuran filler seperti air atapun minyak.Sebab itu Vivix juga tidak membeku walaupun lama simpan dalam freezer.
Selain tu,proses extract polifenol dalam biji dan kulit ini memakan kos yang sangat besar juga. Dan shaklee sanggup invest untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Sebab itu,vivix ini adalah produk premium shaklee. 




4. TERCIPTA DENGAN HASIL KAJIAN 

Kalau kamu mahu tahu,bahawa vivix ini terhasil bukan saja-saja tau. Ada kajian yang dilakukan oleh para saintis shaklee. 

Kajian secara saintifik yang shaklee US buat mengambil masa selama 6 tahun untuk memberikan kualiti terbaik sebelum dipasarkan pada umum. Vivix keluar di pasaran US pada tahun 2008 dan seterusnya masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2010. Woww !!! Im proud as vivix consumer as well. Maknanya vivix wujud hasil daripada kajian saintifik oleh para saintis shaklee yang hebat-hebat belaka.

Selain itu juga,pengambilan vivix telah dikaji ke atas pengguna yang telah mengamalkannya selama 5 tahun (bersama-sama supplement Shaklee yang lain) dan hasil kajian ini kita dapat  lihat dalam reseach Telomere Shaklee.
Shaklee juga melakukan sebanyak 16 ribu kajian kualiti dan kajian keselamatan ke atas Vivix semasa ia dicipta. Amazinggg right !!! Ini membuktikan betapa telitinya para saintis Shaklee dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan premium ini. 




JOM VIVIX !!!

Saya sangat-sangat rekomenkan kamu dengan vivix ini. Walau harganya mahal,tetapi ianya terhasil sangat premium. Maka ia sangat sesuai dan sangat berbaloi dengan harga premium. Berbanding kamu kena beli sebiji atau beberapa gram anggur muscadine yang memakan harga ratusan ringgit hanya untuk beberapa hari consume,better grab Vivix sebotol ini yang tahan untuk sebulan pengambilan. Harga worth! Nah sebulan yang lalu shaklee lancarkan promo ResVix dilanjutkan ke bulan ini. Jangan lupa grab tauuu!! Sudah payung info ini 😉

Boleh klik sini Vivix Shaklee

Dapatkan vivix boleh klik Healthy Is A Gift 

Atau 

Direct Wasap Saya


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi














Ahad, 9 Julai 2023

5 TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE



Suka bekerja dari rumah? Atau suka buat part time?
Jom manfaatkan masa dan ruang untuk sama-sama membaca entri saya tentang 
Tips memulakan bisnes secara online 

Pada era zaman teknologi ini,semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapatkan sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

Jadi,agak rugi sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. 

Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah.Lebih-lebih lagi pada waktu keadaan seperti masa pandemik Covid-19 yang lalu,yang mana lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis.So,jom kita lihat tips bagaimana memulakan perniagaan secara online.




TIPS MEMULAKAN BISNES SECARA ONLINE

1. DROPSHIP

Sebagai permulaan, adalah lebih senang dan tidak perlu bersusah payah untuk mencipta produk sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana kita menjual produk yang sedia ada,tetapi pada platform kita sendiri dan keuntungan kita merupakan daripada komisen. 

Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan,kerana kita hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang kita jual sahaja.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai.Jadi,tidak salah untuk kita menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’.


2. MASA BERNIAGA

Ramai yang menganggap bahawa perniagaan atas talian hanyalah kerja sampingan yang boleh diambil ringan.Sebenarnya tidak,kerana sekiranya kita mahu online bisnes kita berjaya,kita perlulah membuang sikap sambil lewa dan ambil mudah itu.

Sangat disarankan agar kita dapat cari masa yang sesuai untuk membuat online bisnes kita dan fokus pada perniagaan itu sahaja. Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif perniagaan atas talian. Ini untuk memastikan masa yang di peruntukkan untuk buat promosi perniagaan atas talian kita dengan lancar. Kita juga boleh meluangkan masa untuk menguruskan wang perniagaan supaya menjadi lebih terurus.




3. MARKETING YANG KONSISTEN

Jangan terlalu excited dalam online bisnes juga kerana tidak ada sebarang teori yang mengatakan jika mengeluarkan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar. Keuntungan yang besar akan datang sekiranya jualan dan promosi kita konsisten.

Namun tidak salah sekiranya kita mahu melaburkan modal yang besar,tetapi kita harus ada ilmu untuk melakukan dan menguruskan jualan kita. 

Mulakan dari modal kecil dan tingkatkan modal kita bila perniagaan kita semakin maju. Namun,kita juga perlu memastikan hasil kerja kita secara online itu lebih menguntungkan dari segi masa dan wang.So,orang online bisnes ini wajib tingkatkan marketing dan buat dengan konsisten.



4. KUKUHKAN PLATFORM ONLINE BISNES

Kita juga dinasihatkan supaya elakkan membuat pinjaman bank atau rakan-rakan untuk memulakan online bisnes ini,kerana kita tidak memerlukan modal yang besar disebabkan tidak memerlukan premis atau pekerja. Dan boleh juga mencari online bisnes yang zero model seperti yang saya pilih di sini Bisnes Online Terbaik Bantu Saya Jana Pendapatan.

Perkara yang penting perlu kita lakukan pada permulaan bisnes adalah memperkasakan platform kita di Facebook atau Instagram. Jika platform medsos sudah kukuh,sudah pasti proses jual beli kita dengan pelanggan lebih lancar.



5. KUKUHKAN TEKNIK MARKETING

Walaupun berniaga secara online nampak mudah,tetapi ia akan menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga online dan bisnes kita mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

Oleh itu,keberkesanan yang boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan adalah dengan platform medsos seperti Facebook,Instagram,Blog.Tiktok dan sebagainya melalui data yang disediakan. 

Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran,teknik marketing kita haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi bisnes kita yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang kita jual.Pastikan cara pemasaran kita lain dari yang lain supaya kita lebih menonjol dan dikenali ramai pelanggan. Ada lagi Tips Bisnes Online disini.



Mencari bisnes online yang tidak memerlukan modal ? Join saya di Jom Shaklee atau boleh direct contact saya di sini HealthyIsAGift


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
















Jumaat, 7 Julai 2023

TIPS KERJA DARI RUMAH YANG PRODUKTIF



TIPS KERJA DARI RUMAH YANG PRODUKTIF




Hai hai,kembali lagi diruangan blog saya 😉
Dalam entri kali ini,saya mahu share dengan semua
Tips kerja dari rumah yang produktif.


1. RUANG YANG SESUAI,SELESA DAN BAIK

Memilih untuk kerja dari rumah,saya percaya mungkin adalah impian untuk sesetengah orang atas sebab sudah mempunyai tanggungjawab (anak) untuk dibagi perhatian penuh. Tidak semua,tetapi ada terutama pada kaum wanita/isteri.

Saya bersyukur,walaupun tidak bekerja,tetapi saya masih boleh bekerja dan mendapatkan gaji hasil usaha berbisnes online. Online Bisnes saya boleh lihat disini apa yang saya buat 😉

Bila saya decide untuk berbisnes,maka saya nyatakan hasrat dengan husband saya,yang saya perlukan meja yang sesuai untuk saya buat kerja. Al maklumlah,bisnes dalam aspek nutritions ini biasanya ada kelas-kelas online kena attend. So,memang perlu ruang sendiri untuk bergerak. Walau kongsi bilik,saya dan husband ada meja kerja masing-masing. Anak-anak pun sangat sporting bila saya mula bekerja di ruangan saya sendiri. Maka penting untuk set up ruang kerja yang sesuai,selesa dan baik.



2. PERANCANGAN / WELL PLANNER

Walaupun kerja dari rumah,perlu juga ada perancangan kerja/well planner yang baik dan sistematik. Ini adalah untuk memudahkan urusan rumahtangga dan kerja dapar berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan.

Saya ada belajar cara menyusun task dari seorang kawan. Suribisnes yang berjaya juga. Banyak dia ajar tentang mengurus plan harian sebagai seorang surirumah dan juga suribisnes. Kelancaran harian seorang surirumah dan suribisnes itu juga memberikan ketenangan dan kebahagiaan jiwa pada diri. Sekiranya berada dalam keadaan serabut atau kelam kabut,maka segala kerja pun akan jadi tidak baik dan emosi sekali akan terganggu. So,sangat penting ada perancangan / well planner yang baik.



3. KERJASAMA HUSBAND/PASANGAN DAN ANAK-ANAK

Sejujurnya,orang yang bekerja dari rumah ini sangat memerlukan satu keadaan yang selesa dan menyenangkan. Surroundings yang baik akan membawa kepada kelancaran kerja yang dibuat. 

So,perlu ada komunikasi yang baik diantara pasangan dan juga anak-anak untuk memudahkan proses kerja kita. Kerjasama sangat penting dalam mewujudkan situasi kerja di rumah yang baik.



4. MASA 

Masa adalah sesuatu yang semua orang wajib ada. Penyusunan masa bekerja dari rumah dan bekerja diluar rumah sangatlah berbeza. Kalau kita memilih kerja dari rumah,maka masa itu kitalah yang akan atur sendiri. Pendek kata,waktunya adalah fleksibel dan tidak terikat dengan kerja overtime dan sebagainya. 

So,menyusun waktu kerja itu adalah sangat perlu sistematik juga. Ini adalah supaya ia dapat memudahkan kelancaran kerja rumah dan juga kerja bisnes atau lain-lain. Waktu kerja yang tersusun,hati pun senang 😊



5. FOKUS

Pekara paling penting adalah fokus. Fokus adalah mengutamakan perkara paling penting dalam keadaan terpenting. Boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu kita sepanjang tempoh bekerja dari rumah ini.

Gunakan:

  • 75%    (Keutamaan kepada kerja)
  • 15%    (Pekara kecemasan)
  • 9%      (Adalah benda yang perlu dilakukan segera tetapi tidak beberapa penting seperti check email)
  • 1%      (Pekara yang memang tidak penting seperti membaca iklan,bermain permainan komputer/REST TIME)


Sekian perkongsian saya dalam entri kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua yang membacanya 😉😊


Jangan lupa,saya adalah pengedar shaklee yang sah. Boleh silik promo shaklee dengan saya Klik sini Healthy Is A Gift

Atau 

Direct contact saya di sini Wasap saya


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi





















Rabu, 28 Jun 2023

VIVIX SHAKLEE DAN KEBAIKANNYA

 


Polifenol yang pertama di shaklee adalah VIVIXSHAKLEE. So,dalam entri kali ini,kita study juga tentang apa itu vivix dan kebaikannya pada umum.


APA ITU VIVIX ?


Vivix shaklee adalah minuman campuran botanical  yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan poliefenol. Ia mengandungi campuran unik botani daripada Anggur muscadine,Purple carrot,Elderberi dan juga Polygonum cuspidatum yang menjadikan VIVIXSHAKLEE ini sangat unik.



BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM VIVIX


Dalam VIVIXSHAKLEE terdapat 4 bahan utama yang mana kesemuanya sangat kaya dengan polifenol dan tinggi antioksidanya. So,jom kita kenali apakah bahan utama tersebut dengan lebih dekat.


1. ANGGUR MUSCADINE (Anggur Muskat)
 

Sama seperti RESV,bahan utama dalam Vivix shaklee juga adalah Anggur Muscadine ini. Anggur yang sangat luar biasa dengan satu kromosom tambahan dimana ia mengandungi asid elagik dan elagitanin.

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang sangat istimewa kerana kandungan dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksida dan mempunyai 
ciri-ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur jenis lain,anggur ini mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah,dan membantu melambatkan proses penuaan. 
Anggur muscadine ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.


2. PURPLE CARROT (Lobak ungu)


Purple Carrot (Lobak ungu) ini merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical. Purple carrot ini juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat terbaik. Anthocyanins ni bertindak sebagai anti-radang,anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain.Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ini bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.


3. ELDERBERI EROPAH (Eldeberry Europe)


Nama saintifik bagi Elderberry ini ialah Sumbucus Nigra.Buah Ini banyak tumbuh di kawasan Eropah,Amerika Utara,Asia dan Benua Inggeris.Elderberry Ini sudah lama digunakan dikalangan pengamal perubatan tradisional. 
Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalamnya membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkita (infection) daripada virus dan bakteria.Selain itu juga,manfaat daripada jus elderberry Ini ialah kemampuan untuk mencegah dan mengubati kanser,mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung,membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal.


4. POLYGONUM CUSPIDATUM (Japanese Knotweed)


Japanese Knotweed juga dikenali dengan nama saintifiknya Polygonum Cuspidatum,adalah tumbuhan berasal dari asia.Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. 
Knotweed Jepun ini adalah sumber komersial Resveratrol.Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan,merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah,meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan (proses detoks).



MANFAAT POLIFENOL DIBUKTIKAN DALAM KAJIAN KLINIKAL 






ANTARA KEBAIKAN LAIN POLIFENOL DALAM ASPEK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT







GOLONGAN TERLIBAT YANG SESUAI AMALKAN VIVIX UNTUK KESIHATAN SECARA OPTIMUM



DAPATKAN RESV DAN VIVIX SHAKLEE SEKARANG !!!



Boleh direct contact saya di sini Healthy Is A Gift
 
Atau 

Boleh juga hubungi saya terus Wasap Saya 

Klik RESV SHAKLEE untuk info dan kebaikannya 😉


#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023😊
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi








































5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...