Hai semua,masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin untuk semua kawan-kawan dan keluarga yang merayakan. Salam kosong-kosong kalian semua 😊. Happy celebrations with lovely family 💓😍.
Semestinya ketika raya atau apa saja perayaan pun,sememangnya kita tidak lari dengan suasana berkumpul bersama family besar. Dari pelusuk negeri balik beraya,semestinya happening sambutan kan. Setahun sekali katakan dapat berkumpul ramai-ramai. Pelbagai juadah raya juga pasti membuka selera setelah sebulan berpuasa.
Dalam entri kali ini,saya mahu berkongsikan Tips-tips kekal sihat dan maintain berat badan di hari raya bersama shaklee. Walaupun dalam sambutan perayaan,kesihatan tetap adalah yang terutama dan sangat utama dijaga.
TIPS-TIPS KEKAL SIHAT DAN MAINTAIN BERAT BADAN DIHARI RAYA
1. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
Manfaat air putih juga adalah bagus untuk mempertahankan fungsi usus yang normal,meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan dengan baik.
2. MENJAGA PORTION MAKAN
Musim perayaan ini,sememangnya banyak hidangan sedap-sedap dihidangkan. Jemputan raya pula banyak,so juadah tu akan pelbagai ada. Rugilah kalau tidak jamah kan. Tetapi,dimusim begini mudah sangat ada masalah penghadaman. Oleh sebab itu jugalah,kena latih diri untuk kawal portion makan. Makan suku-suku separuh atau makan kawal kuantiti sesuai dengan pengambilan diri.
3. KEKAL AKTIF DIMUSIM PERAYAAN
Satu hal yang saya pasti,sangat ramai ambil remeh akan hal senaman lebih-lebih lagi dimusim perayaan. Banyak jemputan,sudah tidak ada masa untuk bersenam. Dan kalau kamu mahu tahu,ada aktiviti fizikal yang boleh kita buat sepanjang musim perayaan. Iaitu dengan berjalan. Cukupkan langkah 10K dalam sehari. Aktiviti ini boleh dijalankan setiap waktu pagi. Tidak sempat diwaktu pagi,ambil masa pula diwaktu petang. Sekurangnya ada aktiviti pembuangan kalori secara berterusan disepanjang musim raya.
4. JANGAN TINGGAL SUPPLEMENT
Wajib booster! tips paling senang dan mudah diapply ketika musim perayaan ini adalah dengan kekalkan pengambilan supplement. Rutin supplement bantu kita sentiasa cukup nutrisi dan bantu kekalkan tahap kesihatan kita ditahap yang baik.
Berkumpul ramai-ramai ni,sangat mudah dapat jangkitan sakit. So sangat perlu wajib ambil rutin supplement untuk sentiasa tingkatkan tahap kesihatan dengan baik. Terutama kanak-kanak,sebab merekalah yang terpaling aktif sekali bila dapat balik kampung jumpa sepupu-sepupu sekalian.
Supplement Immune booster satu keluarga
Supplement Immune booster
5. SET HARI RAYA SHAKLEE
Eh! Set Hari Raya shaklee?
Ya! set ini adalah supplement untuk bantu sistem penghadaman,pencernaan bergerak dengan lancar dan juga bantu elak masalah kolestrol mencanak-canak naik dengan meriah. Semestinya juadah-juadah yang dimasak tu sangat tinggi gula,garam dan sebagainya. So untuk elak risiko kepada kenaikan berat badan dan juga masalah kolestrol. Maka kenalah wajib ambil rutin supplement juga.
Boleh juga ambil Hello New You Misi Kurus Premium Untuk kekalkan gaya hidup yang sihat dan kekal maintain berat badan dengan baik. Dan teruskan amal Tips Kurus Sihat Shaklee.
6. REHAT YANG CUKUP
Di musim perayaan ni,bila buat open house sememangnya tenaga badan itu dikerah habis-habisan. Yala mana mahu memasak lagi,mana lagi melayan tetamu,mana lagi mahu menghias dan membersihkan rumah,sesudah itu mengemas lagi. Saya pasti waktu untuk berehat tu pun jadi semakin pendek/sekejap saja.
Begitu juga dengan halnya bila menghadiri jemputan sanak saudara di kampung. Pasti memakan masa yang lama. Ada lagi anak kecil yang mahu diurus. Sudah pasti rehat itu tidak cukup.
Untuk bantu badan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan muscle pun berada dalam keadaan yang relax,wajiblah telan supplement yang kaya dengan kalsium,magnesium dan Vitamin B.
Begitulah Tips-tips kekal sihat dan maintain berat badan di Hari raya.
Pendek kata,Hari Raya Dengan Shaklee Itu wajib 😉😉😉😉
Ohya! Tidak lupa juga dengan Promo Rahmah Shaklee kita ini. Raya raya juga,jangan dilupa sihat dan kekal cantik bersama shaklee ya. Beli sini Jom Shaklee
Dapatkan info dan konsultasi lanjut dari saya. Klik Healthy Is A Gift
#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan