Ahad, 2 April 2023

Menawan Aki 💓 ( 13 November 2022 - 14 November 2022 ) - PART 2

 Kita sambunggggg Part 2 pula..



Maka bermulalah journey kami pada 12 November 2022 ke Ranau.

Port pertama kami lawat adalah Memorial Park. Sambil-sambil tunggu team dari Tenom sampai. kami berjalan-jalanlah dulu di Memorial Park ni,sambil menghirup angin-angin sejuk kundasang.


Kami 4 team yang turun dari KK


Harus peace and love gituuu...


Selain Aki,disini juga akan selalu menjadi tumpuan pelancong. Sebab disini adalah tempat di mana ratusan nama-nama yang terlibat dalam perang yang berlaku di Sabah suatu ketika dahulu.


Bilang orang,tidak bagus gambar bertiga kan. Syukurlah si angkol interprem gambar kami di situ hahahaa..




Kami ada 1 keistimewaan yang sama kalau kamurang mahu tahu 😆
Kami semua lahir dibulan yang sama.
Kami budak December 💗👩



Selesai di Memorial Park Kundasang. Kami terus menuju ke National Park pula untuk urusan checkin penginapan. Sebelum ke tempat checkin,kena buat pendaftaran masuk dulu di National Park. Senang saja bah,bayar masuk saja 😀


Ticket masuk bagi warganegara Malaysia hanya RM3 saja


Masa ini tengah tunggu staff Sanctury Lodge uruskan pendaftaran bilik kami. So mereka bagilah kami chill-chill dulu dengan Hot milky tea ini. Best pula,dapat me time macam begini 😌. Masa ini saya gunakan sepenuhnya masa saya menikmati peluang yang ada. Masa inilah saya dapat me time lama sikit. Berjauhan dari anak-anak dan suami untuk seketika. 
Terima kasih cinta hati ku kerana bagi peluang ini. Mau ulang lagi nanti !!


 

Masa ini kami berjalan kaki,menikmati alam semulajadi yang ada dalam National Park. Baru saja selesai pendaftaran bilik dan dapat kunci. Waktu ini juga hujan renyai-renyai. Bestnya dapat hirup angin sejuk yang damai,wangi hutan-hutan sebab kawasan itu dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau.



Kami sampai bilik dan wajib duofie gituuu hehe. Aunty Bita peneman bilik ku hehe.


Ini explore kawasan sudah masa ini. Menikmati betul bah saya dengan peluang yang ada ini sebabkan bukan selalu saya dapat Me time yang macam ni. Ditambahkan lagi ini adalah perjalanan yang pertama saya pergi mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara.



Masa ini bergambar di rumah api kot kan? haha Tidak taulah apa mau panggil in Malay dia ni. Saya capture sini,sebab saya rasa unik bangunan dia. Dengan latar belakang berkonsepkan ala-ala english style gituu..

Lepastu,santailah kan duduk di sofa yang antik gituu. Besar sofa ni,saya yang kecil pun tidak sampai kaki haha. Best mau landing-landing disini.




Haha yang ini,kami decide tukar bilik 😂. Sebab tidak mahu tidur di bahagian atas. Jadi kami tukar bilik di tingkat bawah terus. Bilik yang so so so cool betul bah! Kalaulah bukan naik gunung kan,mahu saja landing-landing santai 2-3 hari di sini hehe.


Sambil-sambil tunggu team dari Tenom yang sedang mendaftarkan diri di Sanctury lodge masa ni,kami pun santai-santai sambil minum kupi makan kuih hehe. Masa ini hujan renyai-renyai,fuhh best dengar bunyi hujan di dalam hutan ni. Bau dia pun fresh betul. Terbayang kembali 😆😆




Inilah muka-muka team Naik AKI 😆😆



Makan malam paling simple dan paling nyaman tapi tidak boleh selalu 😂😁


Okay ready mahu tidur sudah. Sebab esoknya akan memulakan misi sudah 😊

Last one sebelum masuk bilik hahaa. Sejuk! Nyaman! Damai! Terpaling healing yang siokkk!!...


Okay cukup untuk setakat ini,jumpa di next entri Part ke 3 nanti 😆😃

#MrsJeremyjeffery
#SiAkiMemories













 













Khamis, 30 Mac 2023

IDEA MENU SAHUR YANG SIHAT LAGI BERTENAGA


"Banyak kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan yang kita boleh dapat dengan cara berpuasa. Salah satunya ketika berpuasa,ia memberi impak kepada tahap kesihatan otak kita terutamanya dalam meningkatkan daya tumpuan. Dalam masa yang sama,kita boleh fokus pada sesuatu yang baik apabila berada dalam keadaan perut yang kosong berbanding dengan perut yang penuh dan kenyang. 
Mengikut kajian lagi,bila keadaan perut yang penuh ia boleh melemahkan daya pemikiran kita menyebabkan kita mudah atau cepat mengantuk."

Kali ini saya mahu berkongsi sedikit tentang Menu sahur yang boleh membantu kawan-kawan dan keluarga beragama Muslim yang berpuasa untuk dapatkan idea menu sahur yang sihat dan memberi tenaga sepanjang berpuasa. Boleh juga diamalkan bagi mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat. 

Sarapan atau bersahur ini adalah waktu makan yang sangat penting bagi memastikan badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bertenaga supaya rutin harian kita berjalan dengan lancar sepanjang hari. So,jangan skip ya 😊

Kebiasaannya,menu-menu yang ringkas dan mudah ini akan menjadi pilihan utama dalam proses penyediaan. Disebabkan kekangan waktu untuk menyediakan sehingga tidak sempat bersiap ke hal yang lain,maka sebab itu orang sekarang mahukan yang lebih ringkas tetapi mampu memberi tenaga sepanjang hari terutama ketika berpuasa. 
Oleh itu,diharapkan dengan perkongsian ini bolehlah membantu mereka yang memerlukan idea-idea simple ini.


MENU-MENU SAHUR SIHAT DAN MUDAH

1. Scrumble Egg with Vege



Resepi ini tersangat mudah. Terutama yang memang liat sangat mahu bangun awal subuh. Ambil 2 biji telur,cukup portion untuk orang dewasa,dan sayur bayam. Kemudian boleh panaskan kuali dan masaklah telur tu ala-ala kacau-kacau sampai masak jadi hancur macam tu dan mixkan dengan sayur tadi. Bolehlah letak perasa seperti garam dan lada sulah. Optionlah kan. Siap! hidang panas-panas dan makan.

Menu ini boleh juga dimakan bersama dengan wholemeal bread atau sewaktu dengannya untuk bekalkan carbo kompleks pada badan.


2. Avocado spread boiled  egg with wholemeal bread


Menu yang paling simple dan tidak memakan masa yang lama untuk disediakan. Lecekkan avocado tu dengan sedikit minyak zaiton atau avocado oil bagi memberikan lemak sihat pada badan,dan rebuskan separuh masak telur. Sesudah itu,bolehlah sapukan lecekan avocado itu tadi ke atas bread dan toppingkan telur separuh masak ini ke atas bread tadi. Just so very nice!! sedap dan yummy. 

Bestnya menu ini padat dengan zat,mineral dan fibernya juga. So,badan tidak akan rasa lemau sepanjang berpuasa. Have good try!


3. Banana peanut butter wholemeal bread


The best and simple menu! Yang ini memang kegemaran sendiri juga. Dan memang amalkan ini kalau tidak mahu menjamah makanan yang berat-berat. Pemilihan menu ini sangat kaya dengan karbo,vitamin dan juga mineral. So kenyang! 

Sesuai dengan orang dewasa,warga emas dan juga kanak-kanak. 


4. Tortilla wrap 



Tortilla wrap juga salah satu cara paling simple untuk disediakan. Semudah abc gituu. Biasanya,saya akan buat resepi macam ni. Tortilla wrap,goreng telur dadar,potong-potong Avocado. Balutkan sekali semua. Siap boleh makan! 

Kaya dengan karbo ringkas,lemak sihat dan protein. Kenyang lama!


5. Protein shake


Esp mix susu kurma


Esp mix strawberry


Esp chia seed


Protein shake adalah menu yang tersangat paling simple antara semua pilihan yang ada. Yala,kita shake-shake saja lalu siap diminum dengan gembira.

Protein shake yang menjadi pilihan adalah ESP yang berasaskan daripada sumber tumbuhan iaitu soya. Diproduce secara tulen tanpa ada bahan suntikan pematang pada soya,tidak ada bahan pewarna,tidak ada gula tambahan dan kaya dengan 9 asid amino badan perlu.

 ESP ini juga sangat terbaik sebagai meal replacement. Kaya dengan mineral dan vitamin. So siapa yang terasa susah betul mahu bersiap cepat,bolehlah amalkan protein shake ini sebagai hidangan ringkas lagi bertenaga 😊

Selain ESP,ada juga pilihan lain iaitu Cinch shake. 




Cinch shake ini ada beza sedikit dengan ESP. Cinch shake ada 3 jenis perisa iaitu perisa coklat,perisa vanila dan perisa cafe latte. Kelebihan Cinch shake ini ia ada kandungan fiber dan juga leucine. Leucine ini membantu mengekalkan kepejalan otot dalam badan. Cinch shake juga sebagai meal replacement terbaik dan sangat direkomenkan sebagai menu sahur paling best,sihat dan bertenaga sepanjang hari. Kenyang lama dari biasa 😊.

Paling best juga boleh amalkan sekali Set Puasa shaklee. Boleh rujuk sini Set Puasa dan bertenaga shaklee.


6. Rolled overnight oats

 


Ada juga pilihan lain iaitu,rolled overnight oats. Menu sahur ini juga sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan pun. Option tu bolehlah add on dengan buahan dan mix nuts kegemaran masing-masing. 


KEBAIKAN BERPUASA 

Berpuasa menuntut kita supaya dapat mengamalkan ibadah dengan baik. Dengan mengamalkan ibadah yang lancar dan baik,seterusnya juga point utama membolehkan kita mendapat kesihatan yang baik. Dapat jaga kesihatan mental fizikal kita supaya selalu aktif,sihat dan bertenaga. Berpuasa adalah wajib untuk semua orang. 


1. Dapat menjaga dan memperbaiki komposisi kecergasa badan 

Ini melibatkan tindakan hormon badan kita dan juga metabolisme badan. Kalau berpuasa,maka kita akan dapat menyumbangkan komposisi tisu-tisu badan ke tahap yang lebih baik.

2. Dapat meningkatkan tahap kekenyangan dalam badan

Tisu badan berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin yang menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satunya adalah hormon Leptin. Apabila berpuasa,tahap leptin dalam badan akan menurun pada peringkat awal. Bila berat badan juga turut menurun,sekaligus rintangan terhadap leptin itu akan berkurang dan ini memberi respon leptin meningkatkan tahap kekenyangan perut dengan baik.

3. Dapat mengurangkan keradangan

Keradangan disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya adalah diet yang tidak sihat. Bila diet tidak sihat,ia mengundang radikal bebas yang sangat banyak. Makanan dan minuman yang tinggi gula,makanan berproses,berminyak atau digoreng,alkohol dan karbo ringkas akan menyebabkan keradangan tinggi. Apabila berpuasa,ia boleh mengurangkan kadar keradangan melalui keseimbangan hormon. Menurut kajian,apabila tahap insulin dalam badan rendah ia mampu mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas.

4. Dapat menyokong kolagen yang sihat dalam kulit

Diet yang sihat sangat mempengaruhi kesihatan kulit. Berpuasa dapat meningkatkan dan menambahbaik intergriti kolagen dalam badan terutama kulit. Sekiranya gula tinggi dalam darah akan menyebabkan struktur kolagen dalam badan rendah dan melemahkan kekuatan serta ketahanannya.

5. Dapat memperbaiki proses kitar semula sel (Cell Recycling)

Usia meningkat (sel jahat) dari luar dan dalam akan membiak dalam badan. Ini akan menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbangkan kepada penyakit progresif. Berpuasa boleh membantu kita memperbaiki badan dalam proses kitar semula sel melalui proses autophagy. Proses ini akan mencernakan sel-sel rosak dan tua pada peringkat selular.


Hebatnya manfaat berpuasa kan!!. Kalau dalam 30 hari kita dapat melakukan puasa dengan baik. Pasti kita akan mendapat manfaat kesihatan yang jauh lebih baik seadanya. Bonusnya dapatlah juga badan yang slim dan berat badan yang ideal. 



Jangan lupa tau kongsikan pada semua orang tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Dan selamat mencuba menu-menu sahur yang sihat lagi bertenaga ini 😉😉

Untuk pertanyaan dan pembelian shaklee boleh hubungi saya di Healthy Is A Gift 



#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


























Khamis, 23 Mac 2023

KEMERIAHAN SHAKLEE FUN DAY DAN HEBATNYA SHAKLEE BISNES 😍

 KEMERIAHAN SHAKLEE FUN DAY 😍



Pada 18 March 2023 yang lalu,bersamaan hari Sabtu shaklee malaysia ada buat program 
"Shaklee Fun Day" di branch-branch terpilih iaitu di Home office (Pj),KL branch,Kota Baharu branch dan juga Johor Baharu branch.

Menariknya yang ada dalam program ini adalah,shaklee menawarkan diskaun setiap item yang shaklee malaysia jual dan memeriahkan lagi suasana terdapat pelbagai free gift untuk mereka yang sudah menjadi ahli dan Exclusive gift bagi mereka yang baru mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee. 

Semenjak kenal shaklee,memang tidak pernah miss dengan event-event shaklee buat ini. Kalau dekat memang akan turut serta hadir dan support. Tapi kalau Jauh,kita support saja dengan pembelian kaw-kaw yang shaklee offer. Family shaklee is everywhere gituuu..


Menarik kan 😍😍


Diskaun kaw-kaw Youth skincare shaklee 😍💓



Borong Twin pack cinch yang tengah promo ni. Sebagai persediaan berpuasa katakan.

Bestnya meriah kawan-kawan ambil peluang ini. Buat belian dapat pula free gift banyak.

Shaklee terbaik !!!!












Biasanya kalau shaklee buat event,mesti shaklee sediakan juadah-juadah sihat juga. Ada saja produk free to test kata orang,terutamanya yang protein shake.

Memandangkan bulan ini adalah promo Twin pack cinch,maka adalah testernya di hidangkan.

Cinch ni ada 3 perisa. Siapa suka kopi,ada Cafe latte. Siapa suka coklat,ada Cinch chocolate dan siapa suka Creamy taste,ada Vanilla juga.

Semua sedapppp !!!! Rugi kalau tidak grab protein cinch shake ni. 



Yang inilah performance drink Lime flavour. Kalau bulan puasa,air basikal ini tersangatlah laku. Dan kebiasaanya,shaklee akan bagi tester untuk semua yang datang berkunjung di shaklee event masa tu.

Air basikal yang sedap !!! 

Ahh.. Inilah free gift yang member dapat hasil datang dan support Shaklee Fun Day masa tu. Meriah giftnya 😍😍. Untung yang dapat grab item-item rare shaklee ni.


HEBATNYA SHAKLEE BISNES 💓



Apa yang bestnya dengan Shaklee Bisnes ini ?? 

1. Produk berkualiti,Semulajadi dan Berkesan 

Shaklee mempunyai produk yang berkualiti,bersifat secara semulajadi dan sangat berkesan. Sebab inilah saya jatuh cinta dengan shaklee. Kerana keutamaan saya pada produk supplement,harus pentingkan keberkesanan,kualitinya dan base on nature. Yang bestnya produk shaklee ini disokong dengan kajian-kajian yang dijalankan sendiri oleh pakar-pakar saintis shaklee. 

2. Shaklee adalah Company yang kukuh

Antara sebab saya memilih shaklee juga adalah disebabkan latar belakang syarikat ini secara global. Shaklee sangat kukuh di US dan baiknya,Malaysia juga sentiasa terbuka dan mengalu-alukan keberadaan shaklee ini di negara kita. Shaklee di Malaysia pun sudah bertapak hampir lebih dari 50 Tahun dan ini menunjukkan bahawa permintaan akan shaklee di Malaysai sangat memberangsangkan. 


3. Shaklee Bisnes adalah adil

Shaklee Bisnes ini mempunyai sistem MLM yang adil. Ia tidak meletakkan shaklee ini adalah syarikat yang menjalankan sistem penipuan mahupun penindasan. Sistem yang adil di mana,tidak semestinya hanya orang atas sahaja akan berpeluang menjana pendapatan yang tinggi. Orang bawah juga mampu mencapai pendapatan tinggi. Ini adalah kerana shaklee mengajar kita untuk berkarya dengan usaha diri. Bukan duduk goyang kaki tapi boleh dapat hasil. Semua dilakukan dengan usaha diri. Untuk berhasil kenalah kerja keras.

4. Teamwork 

Seperti yang saya share di point yang ketiga,bahawa shaklee ini mengajar kita untuk berkarya dengan usaha sendiri. Namun begitu,shaklee juga ada sistem teamwork yang kukuh. Walaupun bergerak secara berkumpulan tetapi usaha diri itu tetap yang paling utama untuk berjaya dengan misi hidup. Teamwork ini membantu kita dari segi mentoring (coaching),kelas-kelas nutrisi,kelas marketing dan sebagainya.

5. Shaklee Bisnes boleh diwarisi

Yang bestnya di shaklee yang tidak akan dapat dalam company lain,adalah shaklee bisnes ini boleh diwariskan kepada anak. Shaklee bisnes ni berkonsepkan 'LEGASI'. Apa yang dikerjakan,dapat dinkimati seisi keluarga dan sekaligus dapat memberi peluang untuk anak-anak mengenali shaklee dengan lebih dekat. Anak-anak sentiasa akan diberi pendedahan mengenai platform bisnes shaklee ni bagaimana ia dijalankan dan yang best anak-anak dapat dididik dari awal betapa pentingnya pengambilan supplement untuk masa depan yang baik-baik.

6. Modal kecil

Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee,maka bolehlah memulakan bisnes shaklee tanpa had. Yuran keahlian shaklee hanya RM35 sahaja. Shaklee juga sudah menyediakn sistem-sistem yang baik yang kita boleh guna pakai untuk marketing. Ada sokongan kelas nutrisi juga untuk kita mudah mengenali produk-produk shaklee supaya kita boleh memberi guideline yang baik pada customer/prospek.

7. Shaklee produk adalah HALAL

Shaklee produk adalah halal. Shaklee mempunyai sijil-sijil halal daripada JAKIM dan ISA dan yang best shaklee juga ada kelulusan KKM. So tidak ada keraguan bila kita mengamalkan produk shaklee ini. Shaklee Malaysia sentiasa peka akan isu-isu sebegini bagi menghormati akan undang-undang dan sistem pentadbiran negara Malaysia. 


Demikianlah point-point utama yang membuatkan saya suka dan sentiasa setia dengan bisnes plan shaklee ini. Hampir 10 tahun bersama shaklee dan sehingga ke saat ini saya masih setia menjadi pengguna shaklee dan menjadi seorang wanita berkerjaya dengan shaklee kerana shaklee adalah punca pendapatan saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa.

Bagi kawan-kawan,student dan surirumah yang mahu ada pendapatan sendiri ataupun sedang mencari side income. Jom bersama kita dalam shaklee bisnes dan contact saya di Healthy Is A Gift .Saya akan consult dan bantu kamu sebaik mungkin sehingga berjaya dalam bisnes shaklee ini.

Rujukan lain boleh klik di sini Kenali Shaklee Dan Supplement Terbaik

Boleh baca juga tentang  keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu perkongsian dari rakan saya. Selamat membaca ☺️

#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Rabu, 22 Mac 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Tahukah kamu,terdapat banyak kaedah-kaedah diet yang digunapakai masa kini,termasuklah yang paling popular sekali iaitu Intermittent Fasting

Sebelum ini di entri saya juga,ada saya share tentang apa itu Intermittent Fasting. Tapi suka saya mahu refresh kembali apakah itu Intermittent Fasting secara umum dan mudah untuk difahami.

    
  " Intermittent Fasting ini lebih dikenali sebagai diet yang berkonsepkan pengaturan pola pemakanan mengikut jaudal tertentu. Pendekatan konsep ini lebih mengutamakan menu diet dan jenis makanan diet serta pengamalannya memerlukan perancangan yang lebih tersusun dan teliti. Kebanyakkan orang sekarang lebih senang memilih konsep Intermittent Fasting ini kerana,ia sangat mudah untuk diikuti. "



Perkongsian kali ini,saya mahu kongsikan sedikit info tentang keberkesanan Intermittent Fasting sehingga ke tahap Autophagy dan juga keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu. 






APA ITU AUTOPHAGY?

Autophagy bermaksud " Makan dengan sendiri " self eating. Ia berlaku apabila kita sudah berpuasa sehingga mencapai jam ke 18-20.
Berpuasa membolehkan kita merawat dan memulihkan tubuh badan. Yang best dalam tahap Autophagy ini mampu menyingkirkan protein toksik yang menyebabkan penyakit pelupa/nyanyuk dan bantu menghidupkan sel sihat yang baru. 


MANFAAT AUTOPHAGY

> Membuang protein jahat dan tidak baik dalam badan.Kebiasaannya mengaitkan kepada simptom penyakit parkinson dan alzheimer.

> Mengitar semula protein baik untuk membina tisu dan organ dalam badan.

> Memberikan tenaga dan menjadi blok bangunan kepada sel yang masih baik.

> Autophagy juga berperanan dalam mencegah dan merawat kanser.
   ( Sel-sel badan berperanan sebenarnya dalam proses Autophagy ini.Tapi bila proses itu menurun selari dengan proses penuaan kita,maka sel tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini akan menyebabkan peningkatan kepada masalah risiko kanser ).

> Autophagy ini juga adalah proses yang membantu merangsang sistem imun dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan.
 

CARA UNTUK KITA CAPAI PROSES AUTOPHAGY 


Kalau dilihat dalam time line seperti diatas,proses autophagy itu akan berlaku bermula pada jam ke 18-20 dan ianya akan mencapai tahap kemuncak selepas IF 72 jam,( IF yang dibuat selama 3 hari tanpa makan,hanya minum air putih ).

Bayangkan kalau kita mampu buat IF ini selama 3 hari bersamaan 72jam. Kita akan mampu melakukan pembersihan sel sehingga ke tahap selular. Badan akan lebih ringan dan lebih aktif dari kebiasaan.

APA KAEDAH YANG MENYOKONG AUTOPHAGY?

- Intermittent Fasting atau berpuasa 

- Mengamalkan lemak baik contohnya asid lemak Omega 3,minyak zaitun dan buah avocado.

- Melakukan senaman yang sesuai dengan penerimaan badan.

- Mendapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.



Dalam Intermittent Fasting,kita biasa akan follow jadual yang sudah pun disusun dengan baik. Dan sebagai langkah pertama dan baru mahu menjinakkan badan dengan puasa,ia bermula dengan jam 12:12. Sekiranya badan boleh menerima,barulah ia akan naik ke jam seterusnya.

Kebiasaannya juga,kita akan disertakan dengan meal plan yang sesuai bagi memberikan tubuh badan kita menerima sesuatu dalam keadaan yang baik. Dan sebaik-baiknya perlu dilakukan dalam kaedah suku-suku separuh.



Mekanisme bagaimana Proses Autophagy perbaharui sel badan kita

Ini adalah table mekanisme bagaimana proses Autophagy itu bertindak dan memperbaharui sel badan kita.
Bila kita mampu berpuasa dan dapat mencapai tahap Autophagy itu,maka kita boleh memperbaiki tahap kesihatan kita dengan lebih baik. 
Cara mudah saja,dengan berpuasa kita dapat berikan yang terbaik dan sayang akan tubuh badan kita.  

Tetapi,kita juga perlu beringat. Bila kita mengamalkan berpuasa dan ingin mencapai tahap Autophagy dengan sistematik. Jangan pula kita mengambil pemakanan yang tinggi toksin. kita buang tapi kita masukkan balik toksin,proses itu pun tidak berjalan dengan lancar. Maka itu,ditekankan juga dengan meal plan yang sesuai ketika melakukan IF ini,supaya IF kita itu lebih bermakna keperluannya. Mahu sihat,kena buat dengan cara yang sihat juga. Jadi,pemilihan makanan dan minuman itu perlu dijaga juga ya. Sebolehnya buatlah cara suku-suku separuh,dan penuhkan ruangan pinggan kita itu dengan cukup fiber,protein dan karbo yang betul.


 SOKONGAN KAEDAH PROSES AUTOPHAGY

- Berpuasa secara sihat dengan mengambil Set Puasa Shaklee.

- Mengamalkan Supplement Terbaik untuk menyokong keperluan nutrisi badan.

- Mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Dan perbanyakkan Omega 3 dalam makanan harian.

- Latih diri untuk dapatkan rehat/tidur yang cukup setiap hari.

- Elak stress.

- Bersenam


Baru-baru ini,saya ada mengikuti kelas Prof.Dr Redza (Seorang pakar saintis Neutraceuticals di Malaysia). Dimana dalam kelas ini,beliau ada berkongsi tentang supplement yang dapat membantu kita mengaktifkan proses Autophagy ;

> Resveratrol ( Polifenol )

> Citrus Bergamot

> Turmeric

> Astaxantin ( Polifenol )

Yang bestnya,apa yang disebutkan oleh Prof.Dr Redza itu,semuanya terdapat dalam Shaklee. So,sangat mudah untuk diperolehi.

Contohnya untuk sumber polifenol,dishaklee ada Vivix dan Resv yang mana dalam kandungan Vivix dan Resv itu kaya dengan polifenol. 
Bahan terlibat dalam Vivix seperti,Anggur muscadine,purple carrot,elderberry dan japanese knotweed.



Vivix - Resveratrol yang menyokong Autophagy

Resv - Polifenol intake yang menyokong daya ketahanan terhadap masalah kurang tidur.


Coq Trol Plus Shaklee - Mengawal selia Q10 semasa proses Autophagy. 


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Biasanya kita akan dengar kebaikan Intermittent Fasting saja kan. Tapi dientri saya kali ini,saya mahu kongsikan tentang keburukan Intermittent Fasting pula.

1. Tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul

- Walaupun IF ini adalah satu kaedah pengaturan pola pemakanan berjadual. Tetapi dalam masa yang sama tidak ada panduan pemilihan makanan yang betul juga. Maksudnya disini,apabila kita berbuka,meal yang kita ambil itu kadang meal yang tidak lengkap dan penuh nutrisinya. Lebih gula dalam pemakanan,Fast food,Processed food dan sebagainya. Ini akan menganggu pembersihan toksin dalam badan. Maka cara ini amatlah tidak digalakkan sama sekali. Sebolehnya,biarlah pemilihan itu seperti yang saya katakan tadi mengikut cara suku-suku separuh dan seimbang nutrisinya dalam pinggan.

2. Tahap kolagen dalam badan akan berkurang sebanyak 90 %

- Tahukah kamu? bahawa Intermittent Fasting ini boleh menyebabkan kesan kepada kulit kita dalam aspek penuaan. Disebabkan kekurangan kolagen dalam badan,faktor keanjalan kulit akan mula mengendur dan alami kekeringan.

- Ada yang buat IF membantu dia kurus,namun pada masa yang kulit mula mengendur dan akan nampak lebih tua dari usia badan sebenar. Situasi sebegini juga tidak bagus. Kalau boleh kita mahu semuanya dalam keadaan seimbang kan. 




- Mahu kurus tapi nampak tua? Mana ngam kan. Mahu kurus tapi nampak makin muda? Yes!!. Bila kita buat IF ini pastikan ada support nutrisi. Boleh ambil Hello New You Set Misi Kurus Premium dan juga Collagen powder shaklee .

Kenapa Kolagen penting? 

> Kolagen merangkumi aspek kesihatan kulit,sendi dan tulang.

> Terdapat 28 jenis kolagen dan ianya di kategorikan dalam type 1,2,3,4. Apabila kita melakukan IF,kemungkinan type 1 akan termusnah lebih banyak.

> Umur dalam 28-an dan ke atas,tahap kolagen dalam badan akan semakin berkurang sehingga 50 %.

> Sebanyak 30% protein dalam badan adalah kolagen.



3. Gangguan tidur atau alami Insomnia 

- Hormon kortisol kita meningkat akan menyebabkan kita rasa lapar yang amat kuat dalam keadaan badan sedang berehat. Ini tidak baik dan akan menyebabkan gangguan untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus seterusnya berlaku insomnia.

- Mahu dapatkan kualiti tidur yang baik ?

> Amalkan ESP shaklee dan minum suam-suam.

> Amalkan Ostenutrix untuk lengkap kalsium dan magnesium intake dalam badan.

> Polifenol yang ada dalam Vivix dan Resv akan membantu relakskan mood kita dan melenakan tidur kita.

4. Sakit sendi dan lenguh otot badan

- Terdapat juga masalah sampingan ketika kita melakukan Intermittent Fasting ini,iaitu masalah kepada sendi dan lenguh otot-otot badan. Ini adalah kerana ketika berpuasa,kita akan kekurangan sumber elektrolit dalam badan. Boleh menyebabkan kita akan alami dehidrasi.

- Untuk mengelakkan masalah sedemikian ;

> Ambil sumber elektrolit seperti Performnce Drink shaklee.


Kesimpulannya yang boleh kita pelajari disini 👇👇👇👇

Orang yang melakukan Intermittent Fasting ini fokus kepada ;

> Kuruskan badan dan dapat berat badan yang ideal.

> Mahu sihat.

> Mahu reverse penyakit.

Tetapi amat digalakkan untuk belajar dan ambil pengetahuan lebih tentang Intermittent Fasting ini dan fahami sebabnya serta ambil kaedah yang sesuai dengan keadaan keperluan badan. Bak kata Prof.Dr Redza,"Tidak mahulah buat IF tapi rupa macam kak limah". Deep bunyinya itu 😅.

Sebolehnya juga,jika kita melakukan Intermittent Fasting ini,ambillah produk supplemen yang boleh membantu kita fokus kepada tujuan kita. Saya amat galakkan kamu ambil Supplement Terbaik

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di HealthyIsAGift
Saya sedia membantu kamu 😉. 

Boleh juga klik Keburukan Intermittent Fasting perkongsian dari rakan saya ini 😉. Membaca amalan yang sangat mulia. Semoga bermanfaat 🤗


#HealthyIsAGift
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
















5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...