Khamis, 11 Mei 2023

MENARIKNYA SET HELLO NEW YOU

 

Hai hai semua,kembali lagi dalam entri Hello New You Shaklee set ini. Tapikan dalam entri kali ini saya mahu kongsikan Apakah itu Hello New You?. Adakah ianya satu program?.

Mesti banyak soalan-soalan yang masih bermain dalam minda kamu,sebabkan selalunya diwar-warkan Hello New Set ini untuk bantu kurus. Betulkah untuk bantu kurus semata-mata? Macammana perjalanan sekiranya mengamalkan set ini untuk jangka masa lama?. 

So,disini kita sama-sama kupas bawanglah kan untuk tahu lebih lanjut tentang Hello New You ini memandangkan May ini,Set ini dikeluarkan sekali lagi sebagai item promosi bulanan 😊. Nampaknya,permintaan untuk Set ini sentiasa naik ya. Bestnya! Thank you shaklee juga sebab memahami keperluan customer dan juga ahlinya hehe.



Perjalanan Transformasi Kamu Bermula Di Sini


soalan-soalan lazim HELLO NEW YOU SET SHAKLE


Apa itu Program "Hello New You Set" ?


Ini adalah salah satu program shaklee yang sangat mudah diikuti oleh semua orang. Dimana dalam program ini,ia menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang,pelan berpuasa iaitu IF yang sangat fleksibel,pemakanan seimbang dan juga senaman yang sistematik untuk membantu kepada fokus menguruskan berat badan dengan berkesan.

Program ini juga disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang yang sudah pun mengamalkannya.Program ini juga membantu mencapai sasaran berat badan dengan lebih bijak dan selamat serta dapat mengekalkan berat ideal secara sihat selepas program untuk kesejahteraan dalam jangka masa yang panjang.



Bagaimana "Hello New You Set" berbeza dengan program pengurusan dan diet yang lain?

Program ini dijalankan dan dibangunkan dengan pendekatan pengurusan berat badan yang lebih selamat,sihat dan lebih berkesan. Tidak seperti kaedah diet yang lain,Set shaklee ini menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambilkira keperluan nurtrisi dan bukan semata-mata untuk solusi sementara atau jangka pendek bagi mempromosikan penyelesaian pantas penurunan berat badan.



Berapa lamakah program ini dijalankan?

Program ini dijalankan secara fleksibel. Program ini,mengambil masa kira-kira 4 minggu bersamaan sebulan untuk menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan. Pelan puasa secara IF ini,membolehkan badan dapat rehat dan akan merasa segar dengan berkualiti. Produk shaklee akan membantu dalam proses berpuasa serta memberikan kesan dalam jangka panjang.




Berpuasa selama 12jam.Adakah ianya pelan yang mencabar?

Hello New You Set ini adalah program yang sangat mudah untuk diikuti. Kerana ia bermula dari pelan IF 12:12. Pelan ini bermaksud 12jam puasa dan 12jam berbuka. Ia adalah pengenalan mudah dan sangat sesuai untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan puasa IF. So,ia tidaklah sesuatu yang mencabar,kerana kebiasaannya ia dijalankan dengan santai.




Adakah kemungkinan akan merasa lapar jika mengikuti program ini? 

Sekiranya memilih untuk join program ini,akan ada guideline untuk bantu kamu bersedia dari segi mental dan fizikal. Sekiranya,,mengikut guideline yang betul,maka tidak akan ada rasa lapar ketika menjalankan puasa IF ini. Pastikan juga,setiap produk dalam Hello New You Set ini diambil sesuai dengan guideline. Yang paling penting,wajib kena ikut cara pemakanan yang seimbang atau menggunakan cara suku-suku separuh. Pengambilan air putih juga sangat wajib ambil.



Sekiranya program tamat,adakah berat badan akan kembali seperti sebelumnya?

Dalam program ini,untuk penurunan berat badan bukannya daripada kehilangan air dan otot kerana leucine yang ada dalam protein shaklee akan membantu mengurangkan lemak dan ukuran badan sambil mengekalkan jisim badan tanpa lemak serta mengalakkan penurunan berat badan yang sihat daripada kehilangan lemak ini. So,tidak perlu risau akan berat badan akan naik semula seperti kesan yo-yo. Namun,dengan tindakan yang konsisten juga akan memberikan hasil yang mantap. Bukan pada produk semata-mata,tetapi kena selari dengan gaya hidup yang lebih sihat juga.



Bolehkah amalkan secara berterusan Hello New You Set ini?

Jawapan: Ya! Boleh sangat. Kerana set ini akan menjadi rutin pengambilan harian untuk bantu konsisten dengan ideal weight kamu. Sangat disarankan untuk terus konsisten.



Perlu bersenam?

Jawapan: Ya! Sangat perlu. Kerana rutin senaman ini akan membantu memaksimumkan manfaat program ini sekaligus fokus kamu terhadap penurunan berat badan. So,tidak boleh skip senaman. 



Apa supplement terlibat dalam Hello New You Set ini? 

Okay,jom kita lihat satu persatu produk terlibat dalam set Hello New You ini 😊


PROTIEN SHAKE - CINCH 







LECITHIN 







OMEGA GUARD 







HERBLAX 






Secara Ringkasnya Fungsi Supplement







TESTIMONI HELLO NEW YOU SET





Saya harap terjawab sedikit sebanyak bagi yang ingin memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Hello New You Set dan mengetahui bagaimana untuk mahu mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik.

Ada tips-tips kurus juga yang boleh kamu rujuk di sini 
Kurus Cepat Sihat Dan Mudah dan boleh juga baca tips-tips hebat dari perkongsian kawan saya di sini Hello New You Set Shaklee

Sebarang pertanyaan boleh klik Healthy Is A Gift 😉😉



#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi






















    





Isnin, 8 Mei 2023

HARI RAYA OPEN HOUSE MERIAH 2023

 


   
Raya kan sebulan! bak kata kawa-kawan semalaysia gitu hehe. Masih belum terlambat saya ucapkan pada kawan-kawan dan keluarga yang merayakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 
Salam kosong-kosong ya semua 😊
Semoga Hari Raya tahun ini penuh dengan kemeriahan yang semestinya dirindui setelah 3 tahun yang lalu berada dalam fasa pendemik akibat Covid-19. Semoga Hari Raya tahun ini juga membawa cahaya berkat indah-indah untuk semua 😊

Macam biasalah,bila hari raya,hal yang utama dan menjadi perkara wajib adalah Hari Raya open house. Mesti banyak jemputan-jemputan raya yang dibuat dari kalangan kawan-kawan dan keluarga sendiri kan. Tidak tinggal juga kalau si Ivy hehe. Ada ja jemputan raya dari kawan-kawan dan keluarga. 

Tapi tahun ini sempatlah beraya di rumah kawan saja di Papar dan Tenom. Tidak banyak jemputan dapat hadir kali ini disebabkan ada hal yang tidak mengizinkan untuk hadir. 

Kalau raya kan,semestinya hidangan paling utama saya cari adalah Lemang,rendang,kelupis kuah kacang. Dua ini memang menjadi kegemaran saya sekian lama. Untuk biskut pula,kali ini kurang ambil perhatian sikit hihi sebab mencari lebih dengan kegemaran paling sedap. Craving!!! 


Ketupat. Kuah kacang dan Satay.


Kelupis kuah kacang. Yang ini memang sabahan style. Ada juga kelupis inti kacang pun sedap juga hehe.



Raya ketiga baru saya menghadirkan diri ke Hari Raya open house kawan. Ini adalah rumah pertama saya untuk tahun ini hehe. Thank you syiera,selalu jemput datang rumah bila raya 💓


Bila raya,dapatlah duit raya untuk anak-anak. The very happy moment untuk anak-anak biasanya hehe.
First duit raya dari syiera untuk anak-anak. Thank you duit rayanya. 



Setiap tahun juga dapat duit raya dari adik. Adik yang merayakan hari raya. Duit raya kedua untuk 
anak-anak. Thank you sister💓


Raya kelima with a must place hehe. Hari raya open house tempat Siti kami yang chomel. Disini dengan pelbagai macam hidangan. Of course,heavy meal yang saya akan tengok dulu. Ada ketupat kuah kacang,laksa kedah,soto ayam,nasi briyani,ayam goreng. So yummmyyyy semua! 



Sesudah kenyang! Terpaksa ambil angin luar hehe. Syukur kenyang dengan semua makanan sedap. Thank you makanannya semua chef-chef hebat hehe.



Masa untuk balik. Tidak boleh stay lama. Nanti malar makan-makan hehe. Thank you for having us 
my dear Siti 💓



Last but not least. 3rd duit raya untuk anak-anak dari Aunty Siti mereka. Syukur! MUrah rezeki selalu auntynya 💓. Happy anak-anak dapat duit raya. Siap simpan tabung terus hehe.


RAYA-RAYA JUGA,SUPPLEMENT JANGAN LUPA!


Seperti biasa,sebelum makan-makan besar. Supplement bantu tidak dilupakan. Bantu apa? 
Bantu elak kolestrol mencanak naik,bantu elak perut buncit,bantu sembelit dan selalu keep on immune booster. 

Sebelum makan besar,saya biasanya akan mulakan dengan Lecithin. Lecithin ini adalah pengemulasi lemak secara semulajadi. Ini membantu memecahkan minyak-minyak lelemak supaya tidak melekat terus ke dalam dinding organ-organ penting. 


LECITHIN







Selepas lecithin,dan sesudah makan. Saya akan ambil Alfalfa dan Omega. Apa yang best dengan 
alfalfa ini??

ALFALFA 


Lepas makan besar,wajib makan dua ini.

Apa itu Alfalfa? 



Fungsi dan kebaikan amal Alfalfa


OMEGA GUARD




Tapi saya biasanya ambil package lengkap untuk elak masalah berat mencanak naik,elak kolestrol,elak perut buncit. Boleh saja rujuk sini Hello New You . Disini memang package lengkap ditambahkan lagi,bulan ini adalah bulan promosi Hello New You Set. 

Mahu balik kepada rutin dan gaya hidup sihat,sangat rekomen untuk kamu ambil set ini 😉. Rata-rata yang ambil set ini sangat memberansangkan respon testimoni mereka. Jangan lupa klik JOM SHAKLEE

Disini juga saya sharekan Tips-tips Sihat Raya

Untuk info lanjut dan pembelian Healthy Is A Gift



#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi

















 






Sabtu, 29 April 2023

RAYA RAYA BERSAMA SHAKLEE

 


Hai semua,masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin untuk semua kawan-kawan dan keluarga yang merayakan. Salam kosong-kosong kalian semua 😊. Happy celebrations with lovely family 💓😍.

Semestinya ketika raya atau apa saja perayaan pun,sememangnya kita tidak lari dengan suasana berkumpul bersama family besar. Dari pelusuk negeri balik beraya,semestinya happening sambutan kan. Setahun sekali katakan dapat berkumpul ramai-ramai. Pelbagai juadah raya juga pasti membuka selera setelah sebulan berpuasa.

Dalam entri kali ini,saya mahu berkongsikan Tips-tips kekal sihat dan maintain berat badan di hari raya bersama shaklee. Walaupun dalam sambutan perayaan,kesihatan tetap adalah yang terutama dan sangat utama dijaga.



TIPS-TIPS KEKAL SIHAT DAN MAINTAIN BERAT BADAN DIHARI RAYA 


1. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH



Ketika perayaan,hidangan paling utama sekali adalah air. Tetapi kebanyakkannya juga memang tidak lari dari menghidangkan air-air manis. Air manis berkarbonat,air manis dalam kotak dan sebagainya. Walau bagaimanapun,air putih adalah air yang sangat wajib diambil. Air puith adalah air yang mampu meneutralkan kadar gula dan asid dalam badan kita apabila kita makan macam-macam makanan manis.

Manfaat air putih juga adalah bagus untuk mempertahankan fungsi usus yang normal,meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan dengan baik.


2. MENJAGA PORTION MAKAN


Musim perayaan ini,sememangnya banyak hidangan sedap-sedap dihidangkan. Jemputan raya pula banyak,so juadah tu akan pelbagai ada. Rugilah kalau tidak jamah kan. Tetapi,dimusim begini mudah sangat ada masalah penghadaman. Oleh sebab itu jugalah,kena latih diri untuk kawal portion makan. Makan suku-suku separuh atau makan kawal kuantiti sesuai dengan pengambilan diri.


3. KEKAL AKTIF DIMUSIM PERAYAAN


Satu hal yang saya pasti,sangat ramai ambil remeh akan hal senaman lebih-lebih lagi dimusim perayaan. Banyak jemputan,sudah tidak ada masa untuk bersenam. Dan kalau kamu mahu tahu,ada aktiviti fizikal yang boleh kita buat sepanjang musim perayaan. Iaitu dengan berjalan. Cukupkan langkah 10K dalam sehari. Aktiviti ini boleh dijalankan setiap waktu pagi. Tidak sempat diwaktu pagi,ambil masa pula diwaktu petang. Sekurangnya ada aktiviti pembuangan kalori secara berterusan disepanjang musim raya.


4. JANGAN TINGGAL SUPPLEMENT



Wajib booster! tips paling senang dan mudah diapply ketika musim perayaan ini adalah dengan kekalkan pengambilan supplement. Rutin supplement bantu kita sentiasa cukup nutrisi dan bantu kekalkan tahap kesihatan kita ditahap yang baik. 

Berkumpul ramai-ramai ni,sangat mudah dapat jangkitan sakit. So sangat perlu wajib ambil rutin supplement untuk sentiasa tingkatkan tahap kesihatan dengan baik. Terutama kanak-kanak,sebab merekalah yang terpaling aktif sekali bila dapat balik kampung jumpa sepupu-sepupu sekalian.



Supplement Immune booster satu keluarga


Supplement Immune booster


5. SET HARI RAYA SHAKLEE

Eh! Set Hari Raya shaklee? 

Ya! set ini adalah supplement untuk bantu sistem penghadaman,pencernaan bergerak dengan lancar dan juga bantu elak masalah kolestrol mencanak-canak naik dengan meriah. Semestinya juadah-juadah yang dimasak tu sangat tinggi gula,garam dan sebagainya. So untuk elak risiko kepada kenaikan berat badan dan juga masalah kolestrol. Maka kenalah wajib ambil rutin supplement juga.





Boleh juga ambil Hello New You Misi Kurus Premium Untuk kekalkan gaya hidup yang sihat dan kekal maintain berat badan dengan baik. Dan teruskan amal Tips Kurus Sihat Shaklee.


6. REHAT YANG CUKUP

Di musim perayaan ni,bila buat open house sememangnya tenaga badan itu dikerah habis-habisan. Yala mana mahu memasak lagi,mana lagi melayan tetamu,mana lagi mahu menghias dan membersihkan rumah,sesudah itu mengemas lagi. Saya pasti waktu untuk berehat tu pun jadi semakin pendek/sekejap saja. 
Begitu juga dengan halnya bila menghadiri jemputan sanak saudara di kampung. Pasti memakan masa yang lama. Ada lagi anak kecil yang mahu diurus. Sudah pasti rehat itu tidak cukup.
Untuk bantu badan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan muscle pun berada dalam keadaan yang relax,wajiblah telan supplement yang kaya dengan kalsium,magnesium dan Vitamin B.







Begitulah Tips-tips kekal sihat dan maintain berat badan di Hari raya. 
Pendek kata,Hari Raya Dengan Shaklee Itu wajib 😉😉😉😉

Ohya! Tidak lupa juga dengan Promo Rahmah Shaklee kita ini. Raya raya juga,jangan dilupa sihat dan kekal cantik bersama shaklee ya. Beli sini Jom Shaklee

Dapatkan info dan konsultasi lanjut dari saya. Klik Healthy Is A Gift 





#HealthyIsAGift
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTenom
#ShakleeLokKawi







 












5 SEBEB SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE TERBAIK MALAYSIA

  TIDAK PERNAH MENYESAL !!!!! Sejak tahun 2013 lagi,saya memilih brand ini untuk pilihan supplement booster saya dan seisi keluarga. Dan bar...